Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 27, 2009

Mountain Bike 'vs' Road Bike . . .@. . . Gunung Inas . . .

Date : 27th September 2009,
Route : Gunung Inas,
Riders : Me, Afif, Umi, Fauzan, Zamri, Ammar & Azrol.

Kali pertama selepas puasa 'panjat' Gunung Inas. Pukul 4.32 petang aku dapat sms dari Adik Fauzan bagitau yang hari ni dia tak dak 'training' dan nak join kayuh ngan aku petang ni. Ahlan Wa Sahlan, kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan. Aku bagitau Fauzan 5.30 mai rumah, tut tut pukul 5.15 depa dah terpacak depan rumah aku, semangat sungguh depa. Thumbsup untuk depa. Fauzan bagitau jugak, hari ni kami ramai sikit. Tak pa no hal punya, janji mau kayuh. Kayuh ramai ni rasa lain dan syok sikit. Ada teman, jadi boring pun tak terasa. Tambahan pulak budak-budak ni semua pakai 'roadbike'. Hehehe...jenoh kampoi aku. Memanglah tak boleh lawan kudrat depa ni. Masa climbing Gunung Inas panggong kepala tengok depa semua dah lesap berdesup. Kayuh ngan 'youngsters' ni memang bagus, bukan apa terasa malu kalau tertinggal jauh sangat ke belakang. Tertinggal tu memanglah tertinggal, tapi cuba juga nak hambat walaupun tak dapat. Apa pun memang enjoy kayuh ngan depa. Harap-harap kalu boleh kayuh selalu pun bagus.

Fauzan led the 'peloton' . . .

Ummi Aida . . .

Zamri, baru form 1 . . . bagus . . . tapi helmet kena pakai dek noo . . .

Afif . . .

Di pertengahan pendakian Tok Pengulu call, entah macamana dia terbau kami nak naik atas. Terus 'paksa' kami singgah R & R. Untuk mengelakkan dari kemurkaan beliau kami semua akur. Habis satu kampung Tuan Fadhil belanja. Terima kasih daun keladi tuan . . .



Left ~ Right: Ammar, Afif, Zamri, Azrol, Fauzan & Ummi Aida . . .

Aksi penamat pada hari ini dan jumpa lagi . . .

Hari ini kali pertama downhill Gunung Inas melebihi 70km/h . . . gerun ooooiiii . . .






No comments:

Post a Comment