Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 27, 2009

Kayuh Ke Lata Celak...

LATA CELAK...? Nak tau kat mana...? Lebih kurang 20km dari pekan Baling. Laluan ke Lata Celak perlu melalui laluan ke highway baru Kupang > Gerik. Pagi ni aku, Yus dan Jet kayuh pi Lata Celak. Laluannya tak lah mencabar sangat. Terdapat bukit2 kecil yang dikelilingi pokok getah dan kelapa sawit sepanjang laluan. Aku pun first time sampai kat sini...Kepada kawan2 semua boleh la kalau takat nak bawak famili mai bekelah kat sini...syok jugak...Distance hari ini lebih kurang 40.56 km ajer...Ok lah tu kan...

Masa ni dok tunggu Yus mai dari Kroh... panaih pungkok jugak... ha ha ha

Tu dia... Yus dah sampai dah...

Sampai rumah Jet, dia dok tengah boh angin taya...Jet cuti 2 hari...

Apa lagi, posing dulu...

On the way...

Masuk simpang kanan Kampung Hangus menuju ke Kampung Bukit Iboi...depan sana tu highway ke Gerik...

Dekat nak sampai dah...

Hah tu dia...

Simpang masuk Lata Celak...Offroad tapi tak mencabar sangat dalam 2 - 3 km ajer...

Laluan offroad berbatu...di sebelah kiri laluan ni ada anak sungai yang cantik airnya sujuk wooo...

Woooiii...cepat la sikit...

Jeng...jeng...jeng...jangan cuba nak ceroboh naa...

Anak sungai sepanjang laluan masuk ke Lata Celak...


Downhill...

Dalam ni pokok rambutan pun banyak...

Dewan dalam pembinaan...

Wall Climbing...

Khemah untuk kanak2 sekolah bereakrasi...


Depan jalan ni menurut rakan setempat ada laluan offroad balak, mengancam jugak. Dengak kata tapak bigfoot pun ada pernah dijumpai...bukan melawak nih bang ooiii... SERRAMMM...

MERIDA TFS 300, model 2009...



Aksi sepanjang di Lata Celak...






Bunga cicar...sedap untuk buat lepat...

Selalunya aku dok turun Gunung Inas sorang2, kali nih giliak Yus pulak ragaih sorang2, padan muka hang...ha ha ha...

Biasa lah, basuh beskal...kadang2 bini dok perli jugak, pasai pa tak mau basuh kereta, kereta mahai lagi pada beskal bang oiii...mau tak pedih telinga...ha ha ha...

Sunday, February 22, 2009

Kayuh Dengan 'Aktivis' Baru...

Petang ni aku kayoh sorang-sorang, sampai tang Petronas Baling aku terserempak dengan sahabat kita nih. Namanya Abdul Razak...bukan Abdul Razak Baginda tau...ha ha ha. Dia pun baru dok berjinak-jinak dengan MTB. Aku kata baguih la, hari-hari kita kayoh sekali...Dia kata no poblem...Sebagai mukadimah, hari ini kami enjut sampai Kupang patah balik...wah, nampak Mr. Razak ni enjoy kayoh ngan aku...Ok lah tu, dapat kawan baru lagi... ha ha ha...


Mr. Razak PGA...

Yang syoknya aku ngan Razak nih ialah senyumannya yang tak putuih-putuih...kayuh penat pun dia dan dok kenyih sedia...

Selamat berkayuh, esok jumpa lagi broo...

Saturday, February 21, 2009

Kayuh OffRoad Dengan Abang RamlySP...

Dah beberapa kali aku dok tolak pelawaan Abang Ramly, last last minute semalam aku 'on' kat Bang Ly untuk kayuh 'short offroad' di Sungai Petani, kalau tak silap Bang Ly habag kat aku kawasan tu di Ladang Sawit Petani Para, tu pun sebab Kroh MTB tak dapat join kayuh pi Weng Dalam hari ini. Kayuh hari ini memang aku terasa nikmatnya, cukup mencabar bagi 'beginner' MTB macam aku nih. Betoi-betoi menduga endurance dan mental, inilah offroad yang pertama yang aku rasa amat mencabar sepanjang baru tak sampai satu tahun aku dok kayuh beskal. Baru permulaan, insyaAllah aku akan teruskan...Kepada Abang Ramly, Abang Roslan Mobil, Abang Chop Skot dan Abang Said TRJ saya ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas tunjuk ajar dan nasihat serta segala2nya pada hari ini dan jangan menyesal nak ajak mai kayuh di Sungai Petani lagi...Untuk aksi kayuh hari ini aku tak banyak tangkap gambar kerana dok focus kayuh, kalau tidak alamat kena tinggai jauh la...Kena tinggai jauh mana pun Bang Ly sentiasa dok cover aku, terima kasih Bang Ly, ha ha ha...Distance tak lah berapa jauh sangat tapi downhill dan climbing pergghhhh, kaw kaw looo...ha ha ha...


Pintu Masuk...

Tak perasan pulak berapa orang riders hari ini

Sessi taklimat oleh Abang Chop Skot...

Gambar ni blur sikit, blur pun blur lah...hang pa tengok pi lah kira apa...ha ha ha...

Di awal kayuhan, malang menimpa Ricky Martin yang terjatuh sewaktu membelok, dia tak dan buka klip kasut...

Namun begitu tiada kecederaan serius...

Bang Said dan Pak Mael...

'Taiko' Ramly, jangan menyesal no Bang Ly kayuh dengan saya...terima kasih...

Aku dengan Pak Mael...

Hospital Sungai Petani...

Gunung Jerai...nun jauh di mata tapi dekat di hati nak pi kayuh sana...

Bang Ly kata jom, depan tu bukit yang pengabih...

Time keluar balik...


Di bawah ni adalah sessi gurau senda dan usik mengusik jiwa...

L to R: Abang Lan, Bang Chop, Bang Ly, Aku dan Bang Said TRJ...

Pak Man 'The Dragon' Uncle, 63 years of age...tapi still strong...

Md. Noq Laguna, mangkit lambat tak dan join kami...

Your bike too sexy...moto Md. Noq, kalau aku naik gerenti lingkup ha ha ha...


LonTruth (black) and Jamil (red) first time jumpa tapi mesra...

Yang baju putih tu Cg. Din, bro sebelah tu aku lupa la pullokp...

Time bersurai, Bang Chop ajak aku pi rumah dia tapi aku kata lain kali lah bang terima kasih, Bang Ly pulak buangkan masa dia teman aku kat Makbul Restoran sementara bini aku mai ambik...WASSALAM...dan jumpa lagi semua...