Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 26, 2009

Baling International Duathlon 2009 ... Day 2 ...

Hari ini Baling menjadi tumpuan dunia, selepas berlangsungnya acara 'Baling International Duathlon 2009'. Antara negara yang menyertai termasuk Australia, USA, German, Hong Kong, Thailand dan Singapura serta tuan rumah Malaysia. Acara ini dijayakan oleh 250 peserta yang dibahagikan kepada beberapa kategori.

Hari ini jugalah menyaksikan kesesakan yang melampau berlaku di kawasan Baling. Aku pun tak peronah melihatnya sebelum ini. Semua arah pintu masuk pekan Baling 'jam'. Hebat, memang hebat.

Tumpuan aku pada hari ini hanyalah pada 2 orang peserta tempatan iaitu Ismael Telok Intan dan Tok Wan TRM. Syabas dan tahniah kepada kedua-dua mereka kerana 'berani' menyertai acara ini. Begitu juga kepada beberapa rakan dari Manjung Cycle Team. Seperti yang dijangka Tok Wan menamatkan acara di kedudukan 10 peserta terbaik iaitu di tangga ke-9 bagi kategori veteran 46 tahun dan ke atas. Kepada Cikgu Ismael Telok Intan dan rakan-rakan anak buah To'Ki semoga anda semua akan terus berusaha di masa akan datang.


Hiruk pikuk pada pagi ini ...

Tok Wan ...

Bersama pengacara merangkap Event Director ... Jasni Shafie ...

Anak-anak buah To'ki ... yang aku kenal Azhar (Red and bold) ...

He..he..he.. Tok Wan suruh aku cuci gambaq ni 4 keping ...

Aikkkk ... macam di tepi pantai la pullokkkp ...

Ketua 'penyamun' Kroh MTB pun ada ...

On your mark ...


Australian ...

Peserta tumpuan ... Shahrum Abdullah ...

Germany ...

Another Australian ...

Ultraman ...






Malaysian ...

Semua peserta asyik kayuh, tapi aku kerja dok 'bantai' Milo free...he3...

Selalu dok tengok Tok Wan kayuh jer ... ni aksi Tok Wan dok berlari pulok ...

Aksi Mael Telok Intan ...

Seperti diduga, Shahrom sampai dulu ...




Second place ...

First and third place ...

Ladies first ... Hong Kong mali ...

Akhirnya Tok Wan sampai ...

Ladies third ...

Mael sampai, dan aku kalung hadiah untuknya ...

Aku dan Mael dengan 'toke' Triathlon Malaysia ... Mr. Chan ...

Peserta paling alhir tiba ... jam 12.15 baru sampai ketika upacara penyampaian hadiah hampir berlangsung ...

Acara pertunjukan ... jangan cuba di atas jalan raya ...






Sewaktu pertengahan acara, berlaku kemalangan kecil, aku tengok teruk jugak kecederaan bro ni ... dia terbabas sewaktu jalan 'jam' depan balai polis Baling...

Kebetulan, kereta yang dia tibai tu kereta kawan sepejabat aku ... tapi Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik ...



... SEKIAN LAH ADANYA...





Saturday, July 25, 2009

Baling International Duathlon 2009 ... Day 1 ...

Date : 26 July 2009, Sunday
Time : 8.00 am
Venue : Dewan Tun Abdul Razak, Pekan Baling, Kedah

Prizes: RM20 000 to be won.

Entry Fee Participants:

Individual (20 years & above) 50.00
Junior Boys & Girls (19 years & below) FREE

Note:

  1. Entry fees include event t-shirt and lunch.
  2. Finishing medals and certificates will be awarded to the finishers only.
  3. Entry fees shall be collected on registration day, 25 July 2009. No online payment is required.

Distance:

  1. Junior Run 3km - Bike 18km - Run 3km ...
  2. Open Run 6km - Bike 36km - Run 6km ...

Aku tak join pun event ni. Dah secara kebetulan diadakan di Baling, terpaksalah aku 'menyibuk'. Itu pun disebabkan event duathlon ni ada acara berbasikal. Kalau tidak jangan harap jugak. Secara kebetulan ada jugak rakan-rakan yang berkebolehan yang menyertai acara ini, iaitu Ismael Telok Intan dan Tok Wan TRM. Mudah-mudahan kedua-dua rakan kita ini beroleh kejayaan yang memuaskan hati mereka. Sama-samalah kita tunggu acara ini pada hari esok. Berita lanjut akan menyusul ...

Ismael Telok Intan, peserta paling awal tiba, aku jemput dia ke rumah aku dan 'suntik' Mael dengan deroyan dan cucoq cempedak untuk bagi lebih tenaga pada dia besok ... hehehe ...

Aku tolong daftar dan ambil 'goodies' untuk Tok Wan ...

Sejurus melangkah keluar dari tempat pendaftaran, terserempak dengan para peserta yang baru tiba ...


Kesibukan yang berlaku di meja pendaftaran ... aku tak jadi balik ...

Sempat juga aku rakam beberapa aksi 'setting' para peserta yang hadir ...

Aksi 'ghairah' jurugambar bertugas ...

Bro ni from K.L ...

Peserta antarabangsa ...

Beberapa spesis basikal yang menarik perhatian aku ...

Menurut tuan ampunya basikal ni, rega nya 20 riban ... meleleh ayaq liuq ...



Peserta yang paling akhir tiba ... cuba teka siapa ... ??


... S E K I A N ...