Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 16, 2010

Baling ~ Sik . . . The Returns ? ? . . .


Date: 15 Dec 2010 . . .
Route: Baling ~ Weng ~ Sik ~ Baling . . .
Distance: 93 km . . .

Salam,

Lama tak keluar daerah, lama tak buat 'long ride', lama tak update blog, lama tak jengok ziarah blog para sahabat, semuanya lama. Hinggakan password blog aku nak 'sign in' pun hampir-hampir terlupa. Puas cari selongkar sana-sini baru jumpa. Amboi3 sampai tara tu la.

Kali terakhir buat 'long ride' beberapa hari sebelum KPLR10' lepas tu ni lah kali pertama selepas hampir 3 bulan 'menyepi'. Selama 3 bulan tersebut cuma tumpang seronok kawan2 saja yang sering kali buat ride laluan Baling. Baling dah makin popular dengan kehadiran rider2 dari luar daerah. Kawan2 di pejabat aku pun kalau nampak ada saja orang berbasikal terus saja 'refer' kat aku hahaha. Di Baling pun Alhamdulillah, dah ramai yang berbasikal. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Syukur, semua pakat sedar betapa pentingnya kesihatan.

Hari ni setelah sekian lama aku gagah layan sampai Sik. Mungkin sebagai permolaan hehe. Route tak la heavy sangat. Cuma kurang lebih 93 km ++, final 41 km agak rolling sikit. Dah tu cuaca boleh tahan panasnya. Dah 3 kali aku kayuh ikut route ni, kali ini masa agak meyakinkan dari pada yang 2 kali terdahulu. Alhamdulillah . . .

Hari ini aku bawak Mr. Marshall. Dulu mak dia, kali ni giliran dia pulak. Anak aku, baru dapat lesen motor. Hahaha macam orang 'gila stereng' pi kedai dekat depan rumah pun naik motor. Suruh apa saja janji naik motor line klear hehe. 93 km ? "Kebaih pungkoq la ayah, lepaih ni nak kayuh mana pulak ayah?". Malam sebelum kayuh dia dah dok syok tanya "besok pukoi berapa ayah kita nak pi?" Hehe tawaran hebat, pagi lepas subuh 6.30 dia dah ready. Semangat membara.

Sekian.



Sunday, September 26, 2010

Setelah Sekian Lama . . Baling > Sedim > Karangan > Jangkang > Pdg. Meiha > Baling . . .

Riders: Tengku Reza, Bad RCT, Hj. Ramli, Tn. Padel, Koko Odd n Cg. Din Si Raja Bukit . . .

Date: 25th September 2010 . .
Dist: 128.6km . .
Calories burned: 1989.3 . .
Av. speed: 20.8 (janji sampai) . .

Hampir 3 bulan dah tak buat long ride, hari ni pun join malu-malu kucing. Takut tak buleh kampoi. Time Ramadhon cuma dapat kayuh 4 hari saja untuk rutin harian, baki 26 hari lagi semua kayuh dalam pinggan. Orang lain Ramadhon 'kuruih' tapi aku perut koi dok ke depan. 'Pantang jumpa' dan 'tumpang lalu' , itu lah moto aku dalam bulan Ramadhon he3 . . .

Mula dari rumah pukul 7.20 pagi, janji dengan Bang Ly sapa sampai dulu dia tunggu. Masa sampai di Kupang Tn. Padel call bagitau dia pun nak ikut juga. Ok, aku kayuh dulu pelan-pelan. Di simpang Binjul, sementara menunggu ketibaan para sahabat dari SP aku 'isi minyak' dulu, sebat 2 bungkus nasik lemak habis lincin, legaaa . .

Masa bertolak ke Sedim cuaca boleh tahan jugak, jalan 'light rolling' tapi agak sunyi. Seram jugak kalau kayuh sorang-sorang . Aku dah dua tiga kali layan route ni. Kali terakhir semasa 'Blackout Ride' . . .
Ni dia Bad RCT, Bang Ly habag rantai Bad putuih time kayuh balik tapi dia kayoh steady ja. Geng RCT memang hebat-hebat . .

Tuan Padel n Tengku Reza . . .

Odd, Cg. Din n Bang Ly . . .

Masa bertolak balik dari Sedim aku n Tn. Padel mohon untuk 'permisi' lebih awal sementara Bang Ly dan yang lain buat lawatan ke 'Tree Top Walk' . Boleh tahan jugak 'orang tua' ni sejak injut RB. Jenoh hambat, Tn. Padel kata ni latihan terakhir dia sebelum ke KPLR 10'. Lawan tarik dengan Tn. Padel dalam 6km saja bermula dari simpang 4 Padang Meiha menuju Baling, lepas tu aku dah mula rasa lain macam, perut dah mula bergelora dan tenaga semakin 'liau'. Call Tn. Padel suruh dia tunggu di kedai simpang pagi tadi. Pekena nasik satu pinggan tambah siap baru boleh kayuh balik . . . Puaaaihhh . . .

Sunday, July 18, 2010

Baling - Kupang - Gerik - Baling . . . @ . . . Terimalah Seadanya . . .

Date: 17 Julai 2010 . . .
Penyertaan: 18 Riders . . .
Total Distance: 118km . . .
Assalamualaikum . . .

Bila sebut saja route ni, semua pakat mengeluh Allahuakbar ! ! ! Macam nak nangis hehehe . . . Dari awal lagi dah tak sedap hati nak join. Lutut kanan masih terasa kesakitan lama. Bila petang hari Jumaat terima called dari Bang Ly. Sebelum jawab talipon dalam hati dok doa jugak mintak-mintak kot-kot Bang Ly nak kata "Zif, esok tak jadi kensel" . . . hehehe . . . harapan 'berkecai' bila Bang Ly kata "Zif, esok hang ada dak ? Hehehe depa suruh on jugak" . . Maka aku terimalah seadanya . . hahaha . . . Laluan 'maut' kali ini dimulakan mengikut laluan 'anti clock wise', selepas km yang 18 dah mula climbing sejauh hampir 13 km, mak datok la punya 'nikmat'nya. Lagi 5 km ke RnR, lutut aku dah mula mencucuk-cucuk. Gagah jugak bagi sampai Gerik, keadaan bertambah runcing bila dah sampai Gerik, lutut semakin pedih dan akhirnya terpaksa mintak supaya 'coach mengeluarkan aku dari permainan'. Separuh masa pertama sahaja.
Alhamdulilah dan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini terutama kepada Lalok RCT yang teman aku dari awal sampai Gerik. Jumpa Lagi . . .

Di perkarangan Masjid Baling . . . Azam Perlis Power . . . lama tak jumpa . . .

Oney, rendey, muney, nalley . . . Bang Ly membuat kiraan awal . . .


Lalok RCT . . "pasai pa depa pangge Lalok ? Tak berasa hati ka ?, tak bang bini pun dah tau kawan-kawan semua pangge Lalok" Hehehe . . . Terima kasih Lalok . . .

Check point 1, RnR . . . Ampun semua kerana tuan-tuan menunggu terlalu lama, faham-faham sajalah . . . huhu . . .

'Pokok Demokrasi' ? ? Satu-satunya pohon tempat perlindungan dari panas terik matahari di laluan Kupang - Gerik . . .

Wendy . . . "kalau Bang Ly kayuh saya mesti mai punya" hahaha . . .


Saudara Asri . . . semakin dahsyat . . .

Cg. Jamaludin n bro Sokri . . . hati puas, dendam sudah berbalas . . . syabbas . . .

Azam . . Perlis Power, hari ini nampak macam 'simpan kuku' kerana tidak menunjukkan prestasi sebenar . . .

Bagai dikata, siapa berani cucok dia mai la, gerenti kena punya hehehe . . . Bang Lan memang hebat . . . 'Rimula X, diesel power' . . .


Cg Azlisham pun semakin menjadi-jadi 'miangnya' . . . huhuhu . . .


Terima kasih Bang Ly . . . lama tak tengok Bang Ly berMTB . . . hehehe . . .



. . . Sekian . . .






Sunday, June 27, 2010

'Blackout Ride' . . Baling to Kamunting . .

Tarikh: 26hb. Jun 2010 . . .
Route: Baling - Selama Kedah/Perak to Kamunting, Taiping . . .
Distance: 137.7 km . . .
Machine used: Mountain Bike . . . hehehe . . .

Salam sejahtera, lama tak jumpa . . apa habag semua, apa cerita ? ? Aktiviti aku agak 'slow' sepanjang musim deroyan ni, asal belahak saja bau deroyan, batuk pun bau deroyan, 'uh uh' bau deroyan, 'syuuu' pun bau deroyan jugak huhuhu . . asyik melantak deroyan saja, pantang jumpa. Dalam peti ais sehari dua ni sentiasa stok dok ada hok 'kaw-kaw' punya, hehehe . . . Nak jadi cerita pada hari ini seluruh Daerah Baling 'diarahkan' blackout oleh TNB, dah seminggu notis keluar. Tak 'torah' nak pi mana aku ambik keputusan untuk buat 'long distance'. Lama tak buat selepas balik dari Gerik tempohari. Daripada berpanas dalam rumah lebih baik bersusah payah panas di luar berkayuh. Sambil-sambil tu dapat jugak lah menjengok ibu mertuaku . . Melompat aku punya b1n1 bila dapat tau aku nak kayuh ke Taiping . . hehehe . .

Tepat jam 7.28 pagi serentak 'switch off' oleh TNB kayuhan aku pun bermula. 5 jam berkayuh sampai di Masjid Selama Perak, kali kedua aku lalu route ini. Time kali pertama dulu setakat Petronas Selama saja. Kali ini aku tekad mesti sampai Kamunting. Alhamdulillah syukur, semua berjalan lancar dan aku selamat tiba di Pekan Kamunting kurang lebih 4.45 petang selepas bertolak dari Masjid Selama Perak pada jam 2.06 petang di bawah panahan terik matahari yang cukup menggoncang mental aku.

Km 51 . . .


Km ke 91 . .

Semasa berada di laluan ini situasi agak menggerunkan. 4 km, kawasan antara Kg. Titi Ijok menuju ke Pondok Tanjung, sekumpulan berok secara besar-besaran telah 'menerpa' sewaktu aku cuba melintas kawasan ini. Pucat aku. Akhir sekali terpaksa ambik keputusan untuk 'campakkan' basikal ke dalam kereta demi mengelakkan sesuatu yang tak dingini. Mau tidaknya, semua berok-berok tu saiz paras pinggang orang dewasa. kalau depa pakat mai kerumun aku mau tinggal tulang la jawabnya . . . hahaha . . .

Bila nampak 'signboard' ni hati aku dah mula seronok, lagi 18 km menuju Kamunting. Kayuhan semakin deras. Matlamat akhirnya tercapai jugak . . .

Depan Sekolah Menengah Teknik Kamunting . . .

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga buat aku punya 'forever n ever' b1n1 kerana ketaatan beliau support aku sampai Taiping 'tanpa' rasa jemu. Aku doakan kesejahteraan untuk beliau . . . SEKIAN . . .

Tuesday, June 1, 2010

Kupang~Gerik~Kupang, Laluan Yang Semakin Diminati . . . .

Tarikh: Ahad . . . 30 Mei 2010,
Route: Kupang-Gerik-Kupang,

Jarak: 120 km (lebih kurang),

Penyertaan: Melebihi 20 rider's . . .

Assalamualaikum . . .
Dah dua tiga minggu tak dak aktiviti. Blog pun dah berabuk, bersawang sana sini. Sampai nak 'sign in' pun terlupa password. Kayuh pun kurang, asyik melantak saja hehe . . .
Hari ini aku tukar profession. Akibat sakit lutut yang melampau terpaksaku menarik diri pada saat-saat akhir 'kejohanan' yang dianjurkan oleh Odd walaupun hati 'memberontak' nak kayuh jugak. Walaupun tak kayuh tapi sokongan kuat tetap aku berdiri teguh. Sekadar menjadi 'paparazi' dengan kamera ditaja sepenuhnya. Memang best tangkap gambag pakai kamera 'berkuasa tinggi'. Aksi pun menjadi-jadi, menerap, melentang, menyuloq semua macam-macam ada style dan gaya. "Biar pape asal gaye" kata orang Perak. Janji dapat join dengan kengkawan baru dan lama, hati mesti mau kasi puas.
Syabas dan tahniah kepada semua yang hadir dan yang menamatkan acara tak kira macamana cara sekalipun janji hati mau senang. Route 'hellway' (ungkapan Odd) ini memang semakin disukai dan diminati ramai. Saban minggu memang ada saja 'event' untuk menerjah di laluan 'maut' ini. Laluan yang sentiasa menguji kewarasan minda lebih-lebih lagi apabila yang 'tua' sentiasa mendahului yang 'muda'. Aduuhhh memang mental giler . . .

Walaupun dah tau 'penyakit' yang akan menimpa tapi semua kelihatan ceria dan gumbira. Laluan Kupang Gerik merupakan laluan 'maut'. Tapi semua macam tak kisah, walaun pun perit tapi pantang ada peluang saja semua pakat terpa mai nak kayuh route ni . . . syabas semua . . .



Si comel ni pun 'kalut' menyokong penyertaan mak dia Puan Princillia. "You can do it, you can do it", cot cet cot cet mulut dia, geram aku rasa nak pi cubit pipi, hehehe "Hang tau la Razif di Penang mana ada ayam dalam pekan, tu yang dia excited sangat tu hehehe" . . . Syed Jaafar Ghouse . . .

Wanita besi . . . pretty and strong . . . Princillia Lee . . .

Geng bas sekolah . . . like bapak like son . . .





Sesuatu tempat sebelum mendaki sepenuhnya di laluan Gunung Kendurong . . .






Cikgu Din sentiasa di depan, untuk makluman kalau tak silap aku umur Cikgu Din dah hampir mencecah 60 tahun. Hahaha . . . tak kan tak faham kot . . . Lu pikir la sendiri . . . Kehebatan Cikgu Din senantiasa dicemburui, kalu tak percaya tanya Zan, Abg Saiful dan Wa Don . . .


Odd dan Mait Apit senantiasa bersaing hebat sehingga ke penghujung hayat . . .


Tauke Ong . . . "manyak ong woo ini punya nyalan, ada mengkang mengkok . . . "

Wan German . . . prestasi kurang menyerlah hari ini . . .

Annas . . . penaja kamera berkuasa tinggi . . .

Semua senyum ada makna tuuu . . . hahaha . . .




3 orang sahabat dari dari team Beskal Bukit Gerik, selamat berkenalan. Nanti kita mai main kot Gerik pulok . . . just keep in touch bro . . . Khairil, Danial n Fard . . .

Di tengah cuaca panas terik peloton memecut menuju ke Gunung Paku . . .


Tarik menarik silih berganti, kerjasama berpasukan yang jitu . . . hebat . . .



Sewaktu aku tunggu di puncak Gunung Paku tut tut nampak Cikgu Din sampai dulu dok kenyih sampai gusi hahaha . . . "Gunung Paku ? ? kacang la Razif oooiii . . . " hehehe . . . pedih . . pedih . . .

Gunung Inas, downhill . . . first time bagi ZanKx tapi tidak bagi Wa Don . . .
first time dulu masa Betong Ezi Ride last year taya ZanKx bocoq . . .


Pemandangan indah di laluan Gunung Inas . . .


Minit-minit akhir kayuhan . . .


Kekuatan dan semangat di akhir kayuhan . . .

Hehehe . . . ho liauuuu loo . . . hahaha . . . inilah dia penganjur kayuhan pada hari ini . . . tadaaa . . .



Jumpa Lagi pada 3 hb Julai 2010, insyaAllah . . .