Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 27, 2010

'Blackout Ride' . . Baling to Kamunting . .

Tarikh: 26hb. Jun 2010 . . .
Route: Baling - Selama Kedah/Perak to Kamunting, Taiping . . .
Distance: 137.7 km . . .
Machine used: Mountain Bike . . . hehehe . . .

Salam sejahtera, lama tak jumpa . . apa habag semua, apa cerita ? ? Aktiviti aku agak 'slow' sepanjang musim deroyan ni, asal belahak saja bau deroyan, batuk pun bau deroyan, 'uh uh' bau deroyan, 'syuuu' pun bau deroyan jugak huhuhu . . asyik melantak deroyan saja, pantang jumpa. Dalam peti ais sehari dua ni sentiasa stok dok ada hok 'kaw-kaw' punya, hehehe . . . Nak jadi cerita pada hari ini seluruh Daerah Baling 'diarahkan' blackout oleh TNB, dah seminggu notis keluar. Tak 'torah' nak pi mana aku ambik keputusan untuk buat 'long distance'. Lama tak buat selepas balik dari Gerik tempohari. Daripada berpanas dalam rumah lebih baik bersusah payah panas di luar berkayuh. Sambil-sambil tu dapat jugak lah menjengok ibu mertuaku . . Melompat aku punya b1n1 bila dapat tau aku nak kayuh ke Taiping . . hehehe . .

Tepat jam 7.28 pagi serentak 'switch off' oleh TNB kayuhan aku pun bermula. 5 jam berkayuh sampai di Masjid Selama Perak, kali kedua aku lalu route ini. Time kali pertama dulu setakat Petronas Selama saja. Kali ini aku tekad mesti sampai Kamunting. Alhamdulillah syukur, semua berjalan lancar dan aku selamat tiba di Pekan Kamunting kurang lebih 4.45 petang selepas bertolak dari Masjid Selama Perak pada jam 2.06 petang di bawah panahan terik matahari yang cukup menggoncang mental aku.

Km 51 . . .


Km ke 91 . .

Semasa berada di laluan ini situasi agak menggerunkan. 4 km, kawasan antara Kg. Titi Ijok menuju ke Pondok Tanjung, sekumpulan berok secara besar-besaran telah 'menerpa' sewaktu aku cuba melintas kawasan ini. Pucat aku. Akhir sekali terpaksa ambik keputusan untuk 'campakkan' basikal ke dalam kereta demi mengelakkan sesuatu yang tak dingini. Mau tidaknya, semua berok-berok tu saiz paras pinggang orang dewasa. kalau depa pakat mai kerumun aku mau tinggal tulang la jawabnya . . . hahaha . . .

Bila nampak 'signboard' ni hati aku dah mula seronok, lagi 18 km menuju Kamunting. Kayuhan semakin deras. Matlamat akhirnya tercapai jugak . . .

Depan Sekolah Menengah Teknik Kamunting . . .

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga buat aku punya 'forever n ever' b1n1 kerana ketaatan beliau support aku sampai Taiping 'tanpa' rasa jemu. Aku doakan kesejahteraan untuk beliau . . . SEKIAN . . .

No comments:

Post a Comment