
Route: Baling - Selama Kedah/Perak to Kamunting, Taiping . . .
Distance: 137.7 km . . .
Machine used: Mountain Bike . . . hehehe . . .
Salam sejahtera, lama tak jumpa . . apa habag semua, apa cerita ? ? Aktiviti aku agak 'slow' sepanjang musim deroyan ni, asal belahak saja bau deroyan, batuk pun bau deroyan, 'uh uh' bau deroyan, 'syuuu' pun bau deroyan jugak huhuhu . . asyik melantak deroyan saja, pantang jumpa. Dalam peti ais sehari dua ni sentiasa stok dok ada hok 'kaw-kaw' punya, hehehe . . . Nak jadi cerita pada hari ini seluruh Daerah Baling 'diarahkan' blackout oleh TNB, dah seminggu notis keluar. Tak 'torah' nak pi mana aku ambik keputusan untuk buat 'long distance'. Lama tak buat selepas balik dari Gerik tempohari. Daripada berpanas dalam rumah lebih baik bersusah payah panas di luar berkayuh. Sambil-sambil tu dapat jugak lah menjengok ibu mertuaku . . Melompat aku punya b1n1 bila dapat tau aku nak kayuh ke Taiping . . hehehe . .
Tepat jam 7.28 pagi serentak 'switch off' oleh TNB kayuhan aku pun bermula. 5 jam berkayuh sampai di Masjid Selama Perak, kali kedua aku lalu route ini. Time kali pertama dulu setakat Petronas Selama saja. Kali ini aku tekad mesti sampai Kamunting. Alhamdulillah syukur, semua berjalan lancar dan aku selamat tiba di Pekan Kamunting kurang lebih 4.45 petang selepas bertolak dari Masjid Selama Perak pada jam 2.06 petang di bawah panahan terik matahari yang cukup menggoncang mental aku.


Depan Sekolah Menengah Teknik Kamunting . . .

No comments:
Post a Comment