Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 18, 2012

Petik Bunga . . Aduuuhhh ! ! ! . . Frust Giler, hehehe . . . .

Hahaha . . frust ya'amat tak dapat join ngan Bang Haji Ramly, Odd, Khalib dan kawan-kawan lain pagi ni. 6.53 pagi Bang Ly dah sms kat aku, "hang nak ikut kami dak pagi ni? "Handoiii mintak maaf la Bang Ly ingat kot Bang Ly nak mola dari Baling, saya malaih nak punggah ranggah gerek masuk dalam kereta, tak pa sat ni kita jumpa di Kroh" antara alasan yang aku bagi. Walau macamana pun sementara menunggu kehadiran peserta-peserta dari kejauhan ( Odd, Mait Apit, Tok Wan Muda dan seorang rakan yg aku lupa namanya ) kami semua sempat bergembira ria mengkala sekali sekala jumpa dengan ditanggung beres oleh bos Fadhil hehehe . .

Yang kata frust tu bukan pasai apa, terlupa yang kereta Bang Ly dan kereta Khalib pakat-pakat ada 'menatang' ni hehee . . nak telepon balik pun depa 2 orang dah sampai di Kroh dah . . tak pa lah, kalau ada rezeki lain kali saja . .

Para peserta pada pagi ini . .

yang akan memetik bunga . .

. . . Jumpa Lagi . . .

Thursday, January 26, 2012

Khalib Menuju Banjaran . .

Sebelum nak cerita bab Khalib tour ke Banjaran aku nak cerita dulu pasai 'touring bag' hat di atas tu. Nak jadi cerita beg tu pun Khalib yang tolong belikan dari sebelum dia pi keliling dunia hari tu sampai la dia dah balik Malaysia balik beg tu dok berabuk tang tu la hahaha . . Tiap kali jumpa, Khalib mesti tanya, "bila nak pasang bang ? Mai saya nak tolong pasang". Hehehe sabag . . sabag. Sampai masa insyaAllah beg tu nanti pi berjalan jauh. Beg ni pun pernah dok 'mastautin' setahun lebih di kedai Abang Jarrmiel Kulim. Nasib baik Abang Jarrmiel tak kutip sewa. Kalau tidak jennoh aku.

Kelmarin Khalib dan seorang sahabat beliau dari Titi Serong Yan, saudara Abdul Shukor singgah di rumah aku sebelum melanjutkan perjalanan depa ke Banjaran Titiwangsa. Khalib habag Bang Shukor yang dok ketagih nak pi touring ni, jadi dia temankan la demi melampiaskan nafsu Bang Shukor. Khalib sempat cerita dan tunjuk gambag-gambag dia masa pi touring donnia dulu. Meleleh ayaq liuq tengok.
2 minggu sebelum projek ni Khalib ada pelawa sama aku, "jom la bang join, barang semua bagi saya bawak, Abang kayuh saja". Pedih tuu . .


Bang Shukor kata, tahun lepas dia pi kayuh di Indonesia bukit lagi teruk hehe. Gunung Inas kira biasa la.

Lib kata, kalau touring kita tak payah kalut-kalut, bukan nak race . . betui tu Lib . .

Pesawat yang penuh dengan barangan . . buatan Italy, hand made . .

Lib habag kulit kuda, made in USA, 30 dollar . .


Tiba-tiba saja muncul anak Bos Fadel . . Farhoud . .


Distances . . termasuk yang masa keliling dunia dulu . .

Sampai tang ni saja la 'tanggungjawab aku haha, lepaih tu hampa pandai-pandai la no hehe . .

Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan perjalanan oleh Allah.
Selamat berkayuh Lib dan Bang Shukor, jumpa lagi.

Tuesday, January 24, 2012

Tetamu Dari Penang 'Layan' Lata Mengkuang . .

Assalamualaikum, haha lama tak jumpa tuan-tuan semua. Tah cam mana kemarin masa dok tengah memusin dalam pekan nak gunting rambut choiih terserempak dengan sifu orang kuat Penang, Papa Danish (Tauke ExtraGear). Selamat datanglah kepada semua yang hadir.
Direngkaskan cerita, oleh kerana Papa dan rakan-rakan menetap di Air Panas Ulu Legong maka kawasan yang paling 'relevan' untuk dilawati ialah laluan dari Weng ke air terjun Lata Mengkuang.
Pi balik dalam 62km saja. Kira ok kot, bukan apa takut jugak aku sebab lama tak kayuh jauh-jauh. mau kalu depa mintak tambah lagi dua tiga puluh kilometer fennniiinnnn den haha . . Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, harap-harap semua happy dan jangan menyesal untuk mai lagi. Nanti lain kali kita ejas bagi lagi baguih pada pagi tadi InsyaAllah . . .

Kawasan climbing Bukit Sebelah . . jarak ciput saja, tapi kalau berani mai la try sapa-sapa pun hehe . .

Haha ni sikit saja Bang tarak masalah punya . .


Bro Mie . .






Bro Man . .

Pak Man . . orang lama kederat muda . .




Semoga berjumpa lagi, InsyaAllah . .