Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 16, 2011

Once Upon A Time . . .

Assalamualaikum,
posting ni agak lama terbengkalai dok dalam draft aku. Mai baca pi lah no, tu pun kalau ada masa. Sedikit kisah dulu-dulu sebelum kayuh gerek inilah permainan aku. Antara punca lutut aku sakit, main benda ni la. Sebelum kenai gerek hok ni saja lah aktiviti sukan yang aku mampu lakukan bersesuaian dengan saiz badan aku. 'Sepak Raga Tuju'. Cerita ini adalah daripada pengalaman dan persepsi aku sepanjang aku berkecimpung dalam dunia Sepak Raga Tuju. Permainan tradisional ini dimodenkan caranya dengan 'menuju' opponent di depan. Sebelum ni lebih dikenali sebagai 'Sepak Raga Ratus @ Timbang'. Sekirannya ada yang bermain 'timbang' ia dianggap ketinggalan zaman.

Dulu, habis kerja 5.30 hingga 7.00 petang inilah kerja aku. Sapa pun tak boleh ganggu, kalau ada kawan nak jumpa, sori "hang mai lepas magrib, aku ada keja", kalau bini anak suruh beli apa-apa "u pegi beli sendirilah atau suruh anak-anak pi beli". Hahaha . . pernah berlaku bila sampai tempat nak main tapi tak cukup 'korum', aku sanggup terpa sejauh 15 km pergi, dan balik 15 km semata nak melampiaskan nafsu nak bagi keluaq peluh.

Sila lihat pada gambar di bawah untuk cerita seterusnya hehehe . .

Kalau dalam arena basikal 'Jamboree' bertujuan menghimpunkan semua riders dengan skil dan basikal masing-masing serta mengenali antara satu sama lain begitu juga dengan acara Sepak Raga Tuju disebut pula 'Kenuri'. Macam-macam sytle dan gaya permainan boleh dilihat. Dunia basikal disebut skil dan kemahiran riders, tapi sepak raga tuju pulak di panggil 'buah' antaranya
  1. buah landoq,
  2. buah pulaih,
  3. buah pukai dan macam-macam buah lagi . . haha . .
  4. buah badek . .
kehadiran pada setiap 'kenuri' boleh mencecah 1000 pemain yang akan bermain sehari suntuk sambil dijamu nasik kawah sebagai hidangan makan tengahari.

Satu bulatan dipanggil 'lunggok', setiap lunggok boleh di'layan' hingga 12 pemain, kelajuan bola pada lunggok 12 pemain boleh mencecah 100 km/j pada 'skala richter' hehe . . Jarang ada lunggok sebesar ini, kebanyakannya 5, 6 hingga 8 pemain saja pada satu-satu lunggok.

Dimulakan dengan melontar bola pada lawan . .

Ada beberapa teknik menampan, seperti di atas adalah 'teknik sila'. Teknik ini agak bahaya kerana silap-silap haribulan boleh bolos di celah kangkang pemain. Mau riuh satu kampung dibuatnya. Bolos dicelah kangkang adalah 'maruah' yang perlu dijaga oleh setiap pemain sepakraga tuju. Sekali bolos pemain 'dinasihatkan' supaya tidak memakan benda-benda gatai sepertinya udang, sotong dan ketam. Antara bentuk gurauan dalam sepak raga tuju.

'Teknik kuda', lebih selamat sewaktu menampan bola dan susah untuk 'bolos . . hahaha . .


'Teknik petik' . .

Ini adalah antara aksi 'menuju' pada pihak lawan, silap haribulan tampan mau berdarah betis kering dibuatnya . .

Tabiat buruk semasa bermain, inilah satu-satunya sukan yang membenarkan pemainnya kemut rokok time dok tengah main. Aku paling benci aksi ini, tak ada disiplin. Kadang-kadang ada yang balut rokok daun masa tu, hampeh sunggoh. Dulu kalau ada yang buat aksi ni duduk dalam lunggok aku, 'tobat' aku perambat depan-depan.

Fokus dan ketenangan amat perlu semasa menimbang bola sebelum membuat tujuan kepada pihak lawan bagi menjaga bola supaya tidak tersasar dari sasaran.

Ini pun teknik jugak, hahaha . . 'teknik kutip bola'. Inilah situasi yang paling aku 'fed up' semasa main. Bola boleh begolek hampir sebatu kalau silap-silap tuju hahah, jenoh ligan. kalau 4-5 kali ligan sepetang kutip bola sebatu alamatnya balik bebai macam tu saja. Kadang-kadang peloh bukan kerana main sangat tapi sebab terlangsong dok ligan pi kutip bola saja.

Begitulah seadanya . . kita jumpa lagi . .