Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 27, 2009

Baling ~ Selama Perak...@...Balik Rumah Mertua...


View Larger Map


Sambil menyelam minum air, itulah umpamanya kayuhan aku hari ini. Sambil kayuh dan terus balik rumah mertua aku di Taiping. Aku target kayuh takat Selama Perak jer. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan aku selamat sampai ke destinasi sambil ditemani oleh isteri aku. Terima kasih untuk isteri aku.

Pada awalnya aku dalam dilema untuk memilih route mana yang lebih selamat ke Selama Perak. Samada laluan Kulim ~ Serdang atau pun ikut jalan Sedim ~ Mahang. Akhirnya aku pilih route Baling ~ Sedim ~ Mahang ~ Selama.

Laluan ini memang ternyata agak lengang dan sunyi sikit. Kenderaan yang lalu lalang pun tak banyak, tapi sekali sekala tersirap jugak darah aku apabila treler yang panjang-panjang time selisih jer berasa dekat sangat dengan bahu aku, heee...kecut jugak ***** aku...hehehe...

MERIDA TFS 300...

Sampai di Sedim distance baru 51 km...

Pengiring setia...

Padang Golf di kawasan Ladang Dublin...

...A...W...A...S...

Sampai Selama Kedah...

Mission completed...



* Kayuhan hari ini agak mengecewakan, aku target 100 km atau lebih tapi hasrat tersebut tak tercapai. Kira ok lah tu...

* Yang peliknya hari ini, peluh kurang. Sampai ke balik aku dok pikiaq pasai apa...

Sekian...

Friday, June 19, 2009

Revenge Ride...Off Road...Sg. Petani Digi Tower...

Aktiviti minggu ini, kayuhan 'balas dendam' ladang sawit Ambangan Height. Nak tau pasai apa aku kata 'balas dendam'? Pada 21 Feb. lepas aku 'tewas' teruk di track ni. Selepas dapat undangan dari Bang Ly, aku tidok tak lena...takut kalah lagi. Tapi hari ni Alhamdulillah, sesuatu yang tidak diduga, Where There's A Will.....There's A Way, semua bukit yang aku tewas dulu aku ragaih sekali harung saja. Puas...peloh mencerau-cerau.

Hari ini aku dengan Fuad Iguano menjadi tetamu khas Lt dan rakan-rakan Sungai Petani. Just 7 raiders saja, aku, Fuad, Bang Lan Mobil, Bang Said TRJ, Lt, Bang Chop dan Cg. Din. Mungkin pasai hari Jumaat kot...tapi tak pa...kayuh tetap kayuh...

Hari ni jugak lah baru terasa nikmat dan lazatnya kayuh 'offroad'. Total distance 28.61 km sampai puncak DiGi tower. First time aku sampai sini dan mungkin akan datang lagi...cewaahhh...aku dan Fuad ada mengesyorkan pada Bang Ly dan Bang Chop lagi sekali kami mai kilometer mau tambah lebih sikit...hahaha...

Apa pun hari ini semua nampak enjoy, walaupun kurang penyertaan. Kepada yang terlibat diucapkan terima kasih teristimewa kepada Bang Said TRJ dan isteri serta keluarga yang menyediakan hidangan yang lazat...Ayaq oren saja aku belasah 10 gelas paaa...hahaha...jugak kepada Bang Chop yang sentiasa 'menyucuk pungkok' aku pagi ini...

Terima kasih daun keladi kepada semua...

Aku sampai last, walaupun tolak dari rumah jam 6.35 a.m

Jumpa ngan Pak Mail, tapi Pak Mail tak join...hari ni dia kayoh sorang sorang...

Traffic Light Ambangan Height...

Jumpa ngan Mr. Ong...toke beskal kepala simpang...

Senyuman manis dari Bang Said TRJ...

Check point 1...



Bang Lan sekarang perut dah nipis...caya lah...Bang Lan...

Bukit yang pertama, dulu time pertama kali mai sampai bukit ni aku mengelat ikut jalan bawah...hahaha...

Bang Chop...tak jemu-jemu 'cucok pungkok' aku...

Aku ngan Fuad Iguano...tahniah Fuad...first time tapi mengagumkan...

Fuad menjelma dari dalam belukar...

Nak tau pasai pa..? Bang Ly dah pesan 'downhill tang ni teknikal sikit...becarefull'...tapi bukan aku derhaka cumanya tak daya, aku cuma dan kata AllahuAkbar, pastu terpelanting dari beskal. Nasib baik landing elok...kalau tidak tak tau apa nak jadi...Alhamdulillah...selamat...

Tengok tu...Cg Din...sentiasa senyum...

Bukit ni pun dulu aku tewas...

Tapi hari ini...berjaya...alhamdulillah...


Bang Said sedang berceloteh...


Cewahh...gaya nampak ranggi...kat belakang tu DiGi tower...sat sat, tunggu sat kami sampai...

Time panjat DiGi tower aku ngan Fuad berhenti ambik nafas...

Last last sampai jugak kat atas...


Para peserta pada hari ini...

Time ni di rumah Bang Said TRJ, Bang Said buat jamuan ringan yang penuh bermakna...terima kasih kepada Bang Said suami isteri dan keluarga...

Kami semua pakat dok 'kerabu' juadah Bang Said...ayaq oren saja aku ingat aku balon 10 gelas ada la...roti kapit tak dan nak kira...sebab laju sangat...hahaha...



TERIMA KASIH SEMUA...DAN...JUMPA LAGI...





Saturday, June 13, 2009

Pengkalan Hulu ~ Gerik ~ Pengkalan Hulu...

Sebagaimana yang telah dirancangkan, hari ini aku dan teman-teman KrohMTB 'menyeksakan' diri kami sejauh lebih kurang 85 km yang 'menyelerakan'. Malangnya penyertaan agak 'muram', tanpa kelibat peserta-peserta dari luar. Tunggu punya tungu just 8 orang ajer yang ada, aku, Haniff, SM Zali, Boss Fadzil, Wendy, Nizam, Ferhud and Yad (New Comer). Kira ok lah tu. Lebih kurang jam 8 kami mula golek ikut selera masing-masing. Route hari ini memang menarik. Bila rasa sekali memang nak lagi, begitulah perumpamaannya. First 45 km, it's ok...time balik ada lagi 45 km yang mesti diredah, masa ni kayuhan kami di'temani' oleh panas terik matahari dan bahang jalan raya yang pedih, memang 'best', habih berbelang tangan aku...hehehe...bayangkanlah pukul 1.30 tengahari kami sedang ghairah climbing Gunung Paku...mental betul-betul diuji...Walau macamanapun semuanya selamat 'mendarat' dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan jumpa lagi...

Ferhud and Nizam, discussing the strategy...

Hari ini cuma ada sorang penyamun saja...

Yad...red shirt, new comer...

Bos Fadzil, Zali & Haniff...

One and only lady...Wendy

Yad, walaupun baru tapi semangat tinggi...

On the top of Gunung Paku...
Left to Right ~ Haniff, SM Zali, Boss Fadzil, Wendy, Razif, Nizam, Ferhud and Yad...


Ferhud...

MERIDA TFS 300...

Kami pakat 'balon' di restoran mamak kepala simpang...

Jom balik, another 'lovely' 45 km to go...


Nizam...kontrol hensom...

Bos Fadzil...

SM Zali...

Yad...

Inilah saki baki yang tertinggal di puncak Gunung Paku...yang lain dah lesap...




... J U M P A L A G I ...