Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 25, 2009

Kayuh Lepas Gian Lagi . . .

Tarikh kejadian ~ 25 Nov. 2009 . . .
'Venue' ~ Gunung Inas . . .
Riders ~ Aku, Bos Fadhil, Ferhoud & Solihin@ kenalan baru . . .

Taya Golek ~ 5.30 petang . . .

Salam . . . Selepas balik dari 'Classic Ride' minggu lepas aktiviti kayuhan aku dalam 2 minggu ni agak terbatas disebabkan oleh cuaca yang tak mengizinkan pada sebelah petang. Nak jadi cerita hari ini Alhamdulillah, cuaca amat bagus sekali. Kebetulan pula ada kenalan baru yang balik bercuti dan beliau join aku kayuh pada petang ini. Lokasi kayuhan . . ? ? Macam biasa, Gunung Inas . . .

Ini dia . . . saudara Solihin, asal Pengkalan Hulu tapi kerja kat Balik Pulau. Balik bercuti dah 4 hari tapi tak leh kayuh sebab faktor cuaca. aku kenal dia dua tiga bulan lepas selepas terserempak masa dia sorang-sorang dok injut Gunung Inas tengah panas terik. Petang tadi dia on the way balik ke Penang terus sms kat aku ajak kayuh sekali . . .

Gaya nak keluar rumah Tuan Fadhil call bagi tau dia pun nak turun ke Baling. Kami kayuh berempat panjat Gunung Inas bersama anak beliau, Ferhoud . . . Sampai puncak Gunung Inas macam biasa, kami dipaksa minum oleh Tuan Fadhil . . . Terima kasih Tuan . . .


Tak payah nak diperkenalkan . . . Yus (kiri) dan Ferhoud . . .

Tuan Fadhil & Solihin . . .

Solihin dan senyuman mautnya . . . anak muda ni 'still available' . . .
bujang trang tang tang . . .


. . . J U M P A L A G I . . .




Salam Dari Makkah . . .

Assalamualaikum para sahabat semua . . .

Tanggal 22hb November tempohari aku ada mendapat kiriman 'mms' dari Tuan Haji Ramly. Mula-mula confius juga dari mana datangnya 'mms' tersebut. Secara kebetulan dua hari sebelum tu beliau ada call aku betanyakan khabar dan melaporkan khabar haji beliau, dan bila dapat 'mms' tersebut dari nombor yang sama, jadi aku dah agak mesti 'mms' tu dari Bang Ly. Nak jadi cerita 'setting' gprs phone aku tak berapa cun, 'mms' tersebut tak dapat nak didownloadkan. Lantas aku call CELCOM care line untuk ejaskan aku punya phone 'setting'. Akhirnya dapat juga tengok wajah hensem Bang Ly dari Makkah . . .

Tuan Haji RamlySP, nampak 'seroh' sikit . . .
gambar ini dihantar pada tarikh 22hb November 2009 . . .


Bersama-sama gambar ini Bang Ly ada menuliskan bersama kata-kata berikut
"Salam untuk semua rakan-rakan yang mendoakan Abang Ly, Wassalam"

Semoga Bang Ly dan isteri terus dianugerahkan sihat dan sejahtera dan mendapat haji yang mabrur . . . InsyaAllah . . .



Sunday, November 15, 2009

'Classic Ride 2009 '. . . @ . . . Syok Sungguh . . .

Total Riders ~ 380 (tidak termasuk 'ghost rider') . . .
Route Aku ~ Baling > Bukit Hijau > Kulim . . .
Total Distance ~ 78.68 km . . .
Calories Burned ~ 1310.7 . . .

Mula-mula ingat tak mau kayuh, hati berbelah bagi samada nak naik kereta atau kayuh ke Bukit Hijau. Mulanya ingat nak jadi 'cameraman' saja. Last-last ambik keputusan untuk kayuh jugak. Cuma aku sorang saja yang 'flag off' di Baling. Riders lain 'flag off' di Al~Ikhsan, Jalan Kelang Lama. Tepat 7.30 pagi aku injut dari rumah 'serlow~serlow', sampai Bukit Hijau hampir jam 9.30 pagi (distance dari Baling 39.4 km). Yang paling seronok dapat jumpa kawan-kawan jauh dan dekat. Memang best.

Program anjuran MKH, tahniah kepada penganjur . . . penganjuran yang bagus, tahun depan buat lain, insyaAllah kita pakat mai ramai-ramai . . .

Semua gambar yang aku ambik hari ini aku 'attached' kan bersama, mai kita pakat layan . . .


Masa aku nak mula panjat Bukit Hijau tiba-tiba terdengar bunyi siren, rupa-rupanya sama-sama sampai aku dengan para riders yang 'flag off' dari Kulim . . .

Peloton yang paling awal sampai diketuai okeh Khairi Jamis . . .

Saudara Khalid Iron Man, minggu lepas baru balik kayuh dari Phuket, Thailand . . . ish3 . . .








Amboi . . . amboi . . . amboi . . . lama sungguh tak jumpa Tuan Haji Kamal kita ni. . .


Haji Din Estima . . .









Haji Zul Manjung . . .

Anakandanya Haji Din Estima . . . 'bapak borek anak rintek' . . . ish3 . . .

Puan Anilah n Tasya . . .



Cikgu Fisol . . . retak dada dah sembuh . . . bravo cikgu . . .

Di mana saja ada 'event' pasti Bang Lan ngan Cikgu Din ada . . . tahniah untuk Bang Lan dan Cikgu Din . . .


Senyuman maut Pon Hawk MTB . . .


Amro Balik Pulau . . .

Mula-mula ingat bunyi mercun, rupanya taya roadbike ni yang pecah . . . terkezut giler . . .


Nizam, kanan . . .

Toke 'BESTKAL' . . . hari ni jadi cameraman . . .

Sesampai di Bukit Hijau semua pakat dapat 'roti john' sorang sebijik, pengalas perut. Inilah sesatunya 'roti john' yang paling sedap aku peronah rasa . . . tahniah kepada penganjur . . .



Ini dia Toke roti John . . . Saudara Zul . . .










Odd . . . aku kat sini laa . . . tadaaa . . .


Jiran Ustaz Shamsuri . . .



Dari kiri, 2 orang kuat Team Seri Serdang . . . eh eh . . . mana Cikgu Kajai tak dak ka . . ?

Manjung Cycle Team . . . depa ni semua ganas-ganas belaka . . .



Zul Marvelous . . .



Ni semua 'pendekar-pendekar' dari Penang . . .

Three iron ladies . . . L~R: Puan Ros, Princillia n . . ?







Zaini Pedal N Ride . . . mula kenal di Kedah Jamboree, kemudian beliau join KPLR . . . hari ini baru sempat bergambar debgan beliau . . . Siapa lebih besar . . ? Aku atau dia . . ? He he he . . .





Pomen Abang Jamil Bestkal . . . Mait Apit . . .



Tuan Organizer . . .







Bro Zailani n Mr. Ong . . .



Bang Lan n Bro Saiful . . .


Feewwwiiiittttt . . .

Milik siapakah mereka ini . . . ? ? ?



Right: Ja Firdaus . . .





L to R: Giant, Odd n Tuan Haji Kamal . . .

Mizi KHT, hari in layan adik dia ( gambar bawah ) . . .





'Marshall of the day' . . . Pon Alya . . .


























Sesampai di Kelang Lama jumpa Odd, pas tu kami pakat bedal nasik lemak sorang 3 bungkuih . . . hahaha . . .



Terima kasih kepada semua sahabat MCT kerana bersusah payah menumpangkan aku ke Baling, terutamanya Tuan Haji Isa, Haji Din, Haji Zul dan Cikgu Meor . . . Gambar atas kelihatan Haji Isa dan anakanda Haji Din bertungkus lumus 'menambat' GIANT XTC aku . . .

GIANT XTC . . . segak bergaya . . .

Insan yang paling keciwa, Cikgu Meor dari Manjung . . . perut buat hal tak dapat kayuh, tak pa Cikgu tahun depan masih ada . . .





. . . Wassalam . . .