Route Aku ~ Baling > Bukit Hijau > Kulim . . .
Total Distance ~ 78.68 km . . .
Calories Burned ~ 1310.7 . . .
Mula-mula ingat tak mau kayuh, hati berbelah bagi samada nak naik kereta atau kayuh ke Bukit Hijau. Mulanya ingat nak jadi 'cameraman' saja. Last-last ambik keputusan untuk kayuh jugak. Cuma aku sorang saja yang 'flag off' di Baling. Riders lain 'flag off' di Al~Ikhsan, Jalan Kelang Lama. Tepat 7.30 pagi aku injut dari rumah 'serlow~serlow', sampai Bukit Hijau hampir jam 9.30 pagi (distance dari Baling 39.4 km). Yang paling seronok dapat jumpa kawan-kawan jauh dan dekat. Memang best.
Program anjuran MKH, tahniah kepada penganjur . . . penganjuran yang bagus, tahun depan buat lain, insyaAllah kita pakat mai ramai-ramai . . .
Semua gambar yang aku ambik hari ini aku 'attached' kan bersama, mai kita pakat layan . . .
Program anjuran MKH, tahniah kepada penganjur . . . penganjuran yang bagus, tahun depan buat lain, insyaAllah kita pakat mai ramai-ramai . . .
Semua gambar yang aku ambik hari ini aku 'attached' kan bersama, mai kita pakat layan . . .
Masa aku nak mula panjat Bukit Hijau tiba-tiba terdengar bunyi siren, rupa-rupanya sama-sama sampai aku dengan para riders yang 'flag off' dari Kulim . . .
Saudara Khalid Iron Man, minggu lepas baru balik kayuh dari Phuket, Thailand . . . ish3 . . .
Di mana saja ada 'event' pasti Bang Lan ngan Cikgu Din ada . . . tahniah untuk Bang Lan dan Cikgu Din . . .
Sesampai di Bukit Hijau semua pakat dapat 'roti john' sorang sebijik, pengalas perut. Inilah sesatunya 'roti john' yang paling sedap aku peronah rasa . . . tahniah kepada penganjur . . .
Zaini Pedal N Ride . . . mula kenal di Kedah Jamboree, kemudian beliau join KPLR . . . hari ini baru sempat bergambar debgan beliau . . . Siapa lebih besar . . ? Aku atau dia . . ? He he he . . .
Sesampai di Kelang Lama jumpa Odd, pas tu kami pakat bedal nasik lemak sorang 3 bungkuih . . . hahaha . . .
Terima kasih kepada semua sahabat MCT kerana bersusah payah menumpangkan aku ke Baling, terutamanya Tuan Haji Isa, Haji Din, Haji Zul dan Cikgu Meor . . . Gambar atas kelihatan Haji Isa dan anakanda Haji Din bertungkus lumus 'menambat' GIANT XTC aku . . .
Insan yang paling keciwa, Cikgu Meor dari Manjung . . . perut buat hal tak dapat kayuh, tak pa Cikgu tahun depan masih ada . . .
. . . Wassalam . . .
No comments:
Post a Comment