Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 26, 2010

PENGUMUMAN . . . Siapa Nak Masuk 'Jamboree Hatyai' . . .

Assalamualaikum . . .

Kepada semua para sahabat MTBikers ini ada satu pengumuman menarik. Kepada anda yang berminat untuk menyertai JAMBOREE HATYAI sila baca pesanan ini . . .

Tarikh Jamboree Hatyai: 12hb Jun, 2010 . . .
Hari Sabtu . . .
Yuran Penyertaan: RM 55 . . .
Jarak 50 km . . .
Hotel Penginapan: RM 80 untuk satu hari, boleh kongsi . . .
Tarikh Berlepas ke Hatyai: Petang 11hb Jun 2010 . . . Hari Jumaat . . .
Tarikh Tutup penyertaan Jamboree Hatyai: 31hb Mei, 2010 . . .
Sesiapa yang berminat perlulah membuat bayaran sebelum 10hb Mei bagi melancarkan urusan tempahan hotel dan penyertaan.

Untuk lebih lanjut keterangannya sila berhubung terus dengan pihak penganjur cawangan Malaysia . . .

Saudara Megat Halim 0134331909 dan 0134235551 . . .


Announcement: . .

HATYAI JAMBOREE

12th JUNE 2010 SATURDAY 50 km

Participation Fee RM55,

Hotel RM80 per day

Plan depart Friday evening of 11th June 2010

Closing date for Hatyai Jamboree 31st May 2010

Need to pay earlier for hotel booking Anyone interested please pay before 10th May 2010

More details and payment ...

please contact this person

Megat Abdul Halim 0134331909 . . 0124235551 . . .

Kayuhan Akan Datang . . . 'Road To Taiping' . . . 128 km . . .

InsyaAllah, jika diberi kesihatan dan kekuatan oleh Allah kayuhan solo ini akan dilaksanakan dalam bulan Jun 2010 (cuti penggal persekolahan) . . .

10hb Jun 2010 . . .
Hari Khamis . . .

Semoga kayuhan ini berjaya . . . InsyaAllah . . .



View Larger Map

Sunday, April 18, 2010

Betong Uummpphh . . . @ . . . Bungkus Awal . . . hehehe . . .

Tarikh: 17hb April 2010 . . .
Lokasi: Offroad sekitar Betong, Thailand . . .
Riders: Dari Malaysia sahaja 52 orang . . .
Total Distance: 50 ++ . . .

Betong Uummpphh . . . memang ummpphh tapi aku terpaksa bungkus awal, frustrated. Dari awal lagi dah rasa tak sedap hati, lutut sakit sejak balik dari Banding minggu lepas. Mula-mula ingat nak tengok sambil jadi jurugambar saja, tapi bila dah tengok ramai kawan-kawan yang hadir nafsu terus bergelora tak terkira, Sakit lutut belakang kira kayuh dulu apa-apa pun.

Jarak keseluruhan mencecah 60 km, tapi aku takat 21 km saja. Cuai sewaktu melalui satu kawasan becak. Tayar tersangkut tak dan nak release klip kasut. Gedebuk . . . terpelanting macam nangka buruk hahaha. Akibatnya luka dan calar sikit bahagian siku tangan. Try jugak nak sambung kayuh tapi bila laluan bergetar tangan aku rasa sakit dan sengal. Tak mau ambik risiko aku terus quit . . .

Betong Uummpphh . . . first 15 km single trail all the ways, perggghhh mengancam you, sapa tak mai rugi loo, kiri kanan ada cerun bukit, silap haribulan dan teknik boleh tergolek. Ada di beberapa kawasan yang bersimen di tengah-tengah laluan, kalau lah tergelinciaq . . . nauzubillah . . .

Bila mula nak masok fasa yang ke-2, malang tak berbau . . . kesilapan yang sedikit membawa padah. Dalam dok gelak-gelak aku jatuh tergolek, hahaha . . . maluuu maluuu . . . cobaaannn . . .

Kepada semua yang hadir tahniah dan jumpa lagi, terima kasih kepada pihak penganjuran yang hebat. Tak lupa juga kepada Betong MTB yang diketuai oleh Amin. Betong MTB memang hebat, kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi dan bersungguh-sungguh dari mereka . . .

Hidup BETOOONNNGGG. . . .


Mai kita layan gambar pulak . . .


Orang kuat Sg. Petani pun mai . . . Cikgu Din . . .

Orang kuat Baling . . . Cikgu Sham . . .

Anak Siong . . .

Danny Khaw . . . betol-betol khaw . . .



Tuan Penganjuran . . .



Bos dan tauke Baling . . .


Edi and Anas . . .

Wiramergong . . .















Pusing pekan Betong . . .













Aksi istimewa dari Khalib Iron Man . . .














Najib Merida . . .









Halib . . .


Bapak borek anak rintik . . .


Milik siapakah gadis ini . . . ? ? ?

Ahli baru . . .

Geng Bas Sekolah . . .


Sikit saja, Alhamdulillah . . .

Ini hadiah untuk B1N1 aku, terok jugak nak kena tonyoh ni . . . cobaaannn . . .


Sekian . . .