Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 27, 2009

Mountain Bike 'vs' Road Bike . . .@. . . Gunung Inas . . .

Date : 27th September 2009,
Route : Gunung Inas,
Riders : Me, Afif, Umi, Fauzan, Zamri, Ammar & Azrol.

Kali pertama selepas puasa 'panjat' Gunung Inas. Pukul 4.32 petang aku dapat sms dari Adik Fauzan bagitau yang hari ni dia tak dak 'training' dan nak join kayuh ngan aku petang ni. Ahlan Wa Sahlan, kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan. Aku bagitau Fauzan 5.30 mai rumah, tut tut pukul 5.15 depa dah terpacak depan rumah aku, semangat sungguh depa. Thumbsup untuk depa. Fauzan bagitau jugak, hari ni kami ramai sikit. Tak pa no hal punya, janji mau kayuh. Kayuh ramai ni rasa lain dan syok sikit. Ada teman, jadi boring pun tak terasa. Tambahan pulak budak-budak ni semua pakai 'roadbike'. Hehehe...jenoh kampoi aku. Memanglah tak boleh lawan kudrat depa ni. Masa climbing Gunung Inas panggong kepala tengok depa semua dah lesap berdesup. Kayuh ngan 'youngsters' ni memang bagus, bukan apa terasa malu kalau tertinggal jauh sangat ke belakang. Tertinggal tu memanglah tertinggal, tapi cuba juga nak hambat walaupun tak dapat. Apa pun memang enjoy kayuh ngan depa. Harap-harap kalu boleh kayuh selalu pun bagus.

Fauzan led the 'peloton' . . .

Ummi Aida . . .

Zamri, baru form 1 . . . bagus . . . tapi helmet kena pakai dek noo . . .

Afif . . .

Di pertengahan pendakian Tok Pengulu call, entah macamana dia terbau kami nak naik atas. Terus 'paksa' kami singgah R & R. Untuk mengelakkan dari kemurkaan beliau kami semua akur. Habis satu kampung Tuan Fadhil belanja. Terima kasih daun keladi tuan . . .



Left ~ Right: Ammar, Afif, Zamri, Azrol, Fauzan & Ummi Aida . . .

Aksi penamat pada hari ini dan jumpa lagi . . .

Hari ini kali pertama downhill Gunung Inas melebihi 70km/h . . . gerun ooooiiii . . .






Saturday, September 26, 2009

Mountain Bike 'vs' Road Bike . . .

Date : 26th September 2009,
Route : Baling ~ Kupang ~ Kuala Pegang ~ Parit Panjang ~ Baling,
Distance : 51.12km,
Cal. Burned : 926.0 . . .

First time kayuh dengan 2 orang 'youngsters' ni . . . Afif n Fauzan. Walaupun selalu aku 'ushar' setiap kali berselisih dengan aku time aku kayuh lepas balik pejabat. Kedua-dua mereka khabarnya 'budak projek' MSN Negeri Kedah. Selalu masuk 'race' dan selalu jugak menang. Tok Guru depa pun katanya bekas pelumba negara. Tahniah kepada anda berdua kerana bijak memilih aktiviti.
Maka hari ini barulah 'bertemu jodoh'. Tapi sebelum kayuh aku awal-awal lagi dah pesan hangpa jangan laju sangat . . . Kayuh dengan 'roadie', dah tu kudrat muda pulak, adehhh macam nak tercabut lutuik dok hambat. Apa-apa pun terima kasih kepada Afif n Fauzan kerana sudi teman dan 'layan' aku pagi ini. aku pesan kat depa dua kalau hangpa tak 'training' belah petang boleh la join aku. Ser low ~ ser low . . .


Fauzan . . .

Afif . . .

Kedua-dua depa umur 17 tahun, sama umurnya dengan anak sulung aku dan memangnya kawan anak aku pun. Yang syoknya depa tak pangge aku 'Pakcik' tapi pangge Abang . . . Terperasan muda la pullok . . . hehehe . . .



Sebelum 'blah' kami minum di Petronas Parit Panjang . . .



. . . S E K I A N . . .

Wednesday, September 23, 2009

Kayuh Dengan Bos & Kunjungan Tuan Lt . . .

Hari ini ada 2 'peristiwa' yang berlaku.

Pagi aku kayuh dengan 2nd bos pejabat aku. Nak tau siapa? Nak tau Tok Guru dia siapa? Sat nak cerita bagi. Encik Rinizan Bin Razali, anak menakan kepada Cikgu Din kita. Beliau juga adalah Tuan Presiden 99 Bikes Langkawi. Baru transfer mai Baling 16 Ogos lepas. Rezeki aku la, dapat bos 'kaki gerek'. Lepas ni aku mungkin lebih rancak kayuh. Mengikut cerita Che Zan ( nama manja ) beliau lebih suka 'offroad' dan dari apa yang aku tengok memang ganas Che Zan nih, macam pak menakan dia jugak la, hehehe . . . Pagi ni kayuh dekat jer, just 20 km lebih sikit. Kayuhan pengenalan dengan Cik Zan. Sambil-sambil aku memperkenalkan 'keindahan' Baling pada Che Zan.


Ok, hat ni cerita seterusnya. Cuba teka siapa..? Masa aku dok cucuk pungkok dia masih tak perasan. Pukul 8.30 pagi, lebih kurang Bang Ly call bagitau dia dah ada kat Kola Ketil on the way ke Baling. Bang Ly dah mula 'mengganas'. Aku ingat Bang Ly berteman, rupanya mai sorang.


Sempena hari raya aku paksa Bang Ly mai rumah, jamu apa yang ada. Aku tanya "Bang Ly nak makan bihun sup..?" Bang Ly kata ..."hang nak bagi aku terborai kot jalan..?" Last-last jamu ayaq Milo panas jer. Kira ok lah tu . . .

Suruh masuk rumah pun Bang Ly tak mau, hehehe . . . Peluh bercerau. Kami ber 'jamu' di bawah pohon yang rendang jer . . .

. . . SEKIAN . . .





Monday, September 21, 2009

Hari Ini Aku Dah Start Kayuh ...

Assalamualaikum . . .
Salam sejahtera . . .
Selamat Hari Raya Eidul Fitri . . .

Hari ini aku dah mula kayuh. Cuaca pagi ni pun baguih. Sebagai permulaan selepas Ramadhan just 30km lebih sikit jer. Kira ok lah tu. Kayuh pun 'per lan, per lan' dan sorang-sorang saja. Mungkin Sabtu ni aku 'tibai' jauh sikit InsyaAllah, persiapan untuk KPLR '09.

Pada sebelah petang aku terima kunjungan dari Mat Kedah dan isteri. Lama aku tak jumpa Mat. Kali terakhir aku jumpa Mat pada 26 Januari lepas. Seminggu sebelum beliau terbang ke Sarawak. Terima kasih kepada Mat yang sudi datang beraya di rumah aku. InsyaAllah panjang umur jumpa lagi. Menurut cerita Mat, dia 'jeles' dengan aktiviti yang padat di Semenanjung tak macam di Kucing, banyak main road dan beliau terpaksa kayuh sorang-sorang. Kesian Mat, mudah-mudahan Mat cepat dapat 'transfer' balik semenanjung, insyaAllah. Sekian, idea dah liau...mungkin pasai makan ketupat banyak kot...hahaha...

. . . Jumpa lagi . . .


Mat Kedah dan isteri, selamat datang . . .

Perut Mat nampak macam kempis sikit, mungkin sebab 'berjauhan' kot . . .

Semoga persaudaraan terus kekal abadi dan berjumpa lagi . . .











Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Eidul Fitri ...





Di kala lembayung senja berlabuh

Ramadhan mula berlalu

Semoga rahmat~Nya membuka pintu lembaran baru yang suci

Meleburkan dosa-dosa lama yang tidak kita sedari

Memadukan langkah pasti di Eidul Fitri


Di hari yang mulia ini aku dan seluruh keluargaku mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI ... MAAF DZAHIR DAN BATHIN ... kepada semua muslimin dan muslimah (especially to all MTbiker's) yang mengenali diri kami sekeluarga ... Ampunkan segala yang tersalah cakap, terkasar bahasa, dan halalkan yang termakan dan terminum ...


* * * * *