Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 23, 2009

Kayuh Dengan Bos & Kunjungan Tuan Lt . . .

Hari ini ada 2 'peristiwa' yang berlaku.

Pagi aku kayuh dengan 2nd bos pejabat aku. Nak tau siapa? Nak tau Tok Guru dia siapa? Sat nak cerita bagi. Encik Rinizan Bin Razali, anak menakan kepada Cikgu Din kita. Beliau juga adalah Tuan Presiden 99 Bikes Langkawi. Baru transfer mai Baling 16 Ogos lepas. Rezeki aku la, dapat bos 'kaki gerek'. Lepas ni aku mungkin lebih rancak kayuh. Mengikut cerita Che Zan ( nama manja ) beliau lebih suka 'offroad' dan dari apa yang aku tengok memang ganas Che Zan nih, macam pak menakan dia jugak la, hehehe . . . Pagi ni kayuh dekat jer, just 20 km lebih sikit. Kayuhan pengenalan dengan Cik Zan. Sambil-sambil aku memperkenalkan 'keindahan' Baling pada Che Zan.


Ok, hat ni cerita seterusnya. Cuba teka siapa..? Masa aku dok cucuk pungkok dia masih tak perasan. Pukul 8.30 pagi, lebih kurang Bang Ly call bagitau dia dah ada kat Kola Ketil on the way ke Baling. Bang Ly dah mula 'mengganas'. Aku ingat Bang Ly berteman, rupanya mai sorang.


Sempena hari raya aku paksa Bang Ly mai rumah, jamu apa yang ada. Aku tanya "Bang Ly nak makan bihun sup..?" Bang Ly kata ..."hang nak bagi aku terborai kot jalan..?" Last-last jamu ayaq Milo panas jer. Kira ok lah tu . . .

Suruh masuk rumah pun Bang Ly tak mau, hehehe . . . Peluh bercerau. Kami ber 'jamu' di bawah pohon yang rendang jer . . .

. . . SEKIAN . . .





No comments:

Post a Comment