Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 28, 2009

Kayuhan 'Darah Naik Kepala'...

Dah 3 hari aku tak kayuh, asal petang ajer hujan, apo nak dikato , bukan kerja kita, hujan rahmat dari yang Maha Esa, syukur. Sepanjang 3 hari ni balik keja ajer asyik dok nengok bini, hehehe...bini pun naik rimas dan 'takut', darah mula naik kepala, tak tau nak buat apa. Tak boleh tahan, tapi Alhamdulillah, petang ni cuaca sungguh cun, apa lagi tanpa membuang waktu aku atur strategi setakat nak buat kayuhan ringan. Aku ragas dua tiga bukit dekat dengan rumah aku. Boleh tahan jugak, peloh berketoi-ketoi, cover balik peluh yang tak keluaq 3 hari kemarin, memang betoi la, ragaih bukit ni memang lazat...

First time aku lalu route ni, nyamuk banyak...hutan getah...


Bukit Taman Saga...1 km climbing pacak, lutut belaga dagu oooiii...belengaih gak pungkok...hehehe...






Ada sikit ofroad...layan downhill...

Kat belakang aku tu IPD baru Baling...Kenapa..? Mengapa..? Masih belum diduduki...


Boleh tahan jugak route aku petang ni...lepas aku ambik gambar ni, tetiba dengar suara memanggil-manggil dari arah belakang...aku toleh, dan kelihatan Si Razak @ Bukan Baginda PGA dok kenyih sampai telinga...hehehe...

Razak muncul dengan jersey barunya dan....

tayar sotongnya yang baru...mengancam you...

Nice view...atas puncak Bukit Taman Saga...

Razak pun ganaih gak ragas Bukit Taman Saga...sampai terkeluaq angin ataih bawah...kah kah kah...kalau tak caya tanya dia...hehehe...

Puaih...peloh becerau...

Dah nak masuk maghrib...sembang-sembang sat, kami pun membawak haluan masing-masing...




Monday, April 20, 2009

Kayuh Dengan 'Mangsa' Baru...

Petang ni aku kayuh dengan 'mangsa' baru...Apit... enam bulan lepas besa la aku kayuh sekali dengan dia...Pas tu lost kontek...tetiba dua hari lepas dia call aku ajak kayuh...aku kata no hal, any time...tapi aku bagi syarat kat dia, oleh kerana lama hang tak kontek aku hang kena
bayar 'denda'. Aku 'pekena' Apit ragaih Gunung Inas...meleleh jugak dia ...he he he... pertama kali Apit naik Gunung Inas...Lebih syoknya petang ni, aku kayuh pakai baju baru 'hadiah' pemberian dari Burger. Dia kata baju tu sebab aku berjaya dapat lesen B2 di Gunung Jerai, siap tertulis nama aku di baju tu...ha ha ha... bak kata pepatah ~ orang memberi kita merasa, rezeki jangan ditolak...aku pun bedal ajer lah...Terima kasih lah kepada rakan-rakan Callbaru'P kerana hati you all yang mulia tu ...ha ha ha...Ada lagi ka..? Bok mai la hi hi hi...tak malu...

Apit bertungkuih lumuih 'bertarung'...

AAaaaahhhh...legaaa...

Apit berjaya juga mendapat 'lesen' Gunung Inas...walau mcmana pun hang kena pecukup 'rukun' dia..iaitu menghirup air galian Gunung Inas...hari ini tak pa, excuse...cuaca dah nak gelap...nanti kita mai lain..


Aku juga telah berjaya 'meracun' Apit untuk join 'Kebun Bunga Ride'...Apit kata..."InsyaAllah..."




Saturday, April 18, 2009

Gunung Jerai 'Nasik Minyak Ride'...

Dari semalam lagi aku tak leh tidok, dok teringat macamana gayanya aku nak panjat Gunung Jerai pagi esok...lepas ka tak lepas...bangun awai, pukul 6.30 pagi aku dah tolak, semangat..!!! Masa sampai kaki Gunung Jerai tengok baru Abang Chop, Wan German, Abang Said TRJ dan Abang Ramly saja yang ada. Dalam tak sampai 15 minit dah pakat ramai dah yang sampai...Terkezut jugak aku, sambutan amat menggalakkan...kalau tak silap aku 35 orang ada...Tahniah kepada penganjur dan tuan rumah...Sebelum 'taya golek', Bang Ly bagi tau ada tiga kategori 'puncak' yang mesti dicapai oleh para riders iaitu:~

  1. Muzium Perhutanan ~ Sapa sampai sini dapat lesen B2 (Moto),
  2. Resort ~ yang sampai sini kira dapat lesen D (Kereta), dan
  3. Menara TM ~ yang sampai sini dapat lesen E...buleh bawak trailer, ha ha ha...

Ok.., nak tau aku dapat lesen apa, mai pakat kongsi tengok keseronokan pada pagi ini...


Gambar ni Fuad RCT yang tolong tangkap...ma kasih lah Fuad...

Sessi sembang bersembang, semua nampak teruja jer...

Wan German dan...???

Bersama Abg Lan Dan Tauke Nasik Minyak...ha ha ha...

Ameer...


Cg. Fisol dan Md. Noq Laguna pun ada..

Beskal Md. Noq yang menjadi perhatian ramai..


Mula-mula ingat Tuan Fadhil yang hantaq Abg Polis ni untuk eskot kami...


Abg Ly membuat pesanan penaja sebelum tayar bergolek...

Semua pakat beri perhatian...


Tauke Nasik Minyak..Bang Said TRJ...sejak-sejak Taman Ria Jaya ayaq kena catu wajah hensem Bang Said ni kurang senyum...ayaq naik pala...hi hi hi...

Dengan Nyan Semangat 46...

Sori la Nyan...blurr la pullok...

Bukan sikit 'kona bertingkat' yang ada yang menggoncang jiwa...

Keindahan Gunung Jerai...

Ambik gambar sendiri...

Bro baju kuning sebelah kanan dan merah di kiri aku (maaf nama tak ingat...) depa 2 orang dapat lesen 'D'...aku ngan Nyan lesen 'B2' ajer...jadilah nooo...

Para 'dewa-dewa' yang sedang tersenyum...


Inilah dia 'dewa-dewa' yang dapat Lesen 'E'...tak payah diperkenalkan lagi...

Aksi sebelum pakat cunggit turun...

Dan lagi...L>R: Lan & Sahaq...

Nasik minyak time...

Bang Haji Shuib...sedang memasukkan ramuan ke dalam pinggan...

Bang Lan kata, "kalau selalu-selalu pun baguih..."

Nah haaaih...Lesen 'D' punya pasai aku balun 2 pinggan...hi hi hi...

Long Mie...cool ajer...

Pak Mail kata..."tahun ni umur saya 64 tahun..."

Tetiba saja Zul Perda ni muncul...agak2 sapa yang lebih hansem aaaa...sama-sama hansem laaa...ha ha ha...

Sebelum bersurai...

Jumpa lagi 'KEBUN BUNGA RIDE' pada 2 & 3 Mei 2009...

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA

Abang RamlySP ~ Penaja...
RCT Team ~ Tuan Rumah...
Bang Said TRJ ~ Nasik Minyak Lunch...dan
kepada semua rakan-rakan yang menjayakan program pada pagi ini...

TAHNIAH ... kepada anda semua...