Dah 3 hari aku tak kayuh, asal petang ajer hujan, apo nak dikato , bukan kerja kita, hujan rahmat dari yang Maha Esa, syukur. Sepanjang 3 hari ni balik keja ajer asyik dok nengok bini, hehehe...bini pun naik rimas dan 'takut', darah mula naik kepala, tak tau nak buat apa. Tak boleh tahan, tapi Alhamdulillah, petang ni cuaca sungguh cun, apa lagi tanpa membuang waktu aku atur strategi setakat nak buat kayuhan ringan. Aku ragas dua tiga bukit dekat dengan rumah aku. Boleh tahan jugak, peloh berketoi-ketoi, cover balik peluh yang tak keluaq 3 hari kemarin, memang betoi la, ragaih bukit ni memang lazat...
Bukit Taman Saga...1 km climbing pacak, lutut belaga dagu oooiii...belengaih gak pungkok...hehehe...
Boleh tahan jugak route aku petang ni...lepas aku ambik gambar ni, tetiba dengar suara memanggil-manggil dari arah belakang...aku toleh, dan kelihatan Si Razak @ Bukan Baginda PGA dok kenyih sampai telinga...hehehe...
Razak pun ganaih gak ragas Bukit Taman Saga...sampai terkeluaq angin ataih bawah...kah kah kah...kalau tak caya tanya dia...hehehe...
Puaih...peloh becerau...
Puaih...peloh becerau...
No comments:
Post a Comment