'Promosi Hebat Kebun Bunga Ride'
Kalau ikutkan jadual asal, maka hari ini akan beramai-ramailah kita yang akan berkunjung ke 'Kebun Bunga' mengikut program anjuran Tuan Lt kita. Malangnya hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana pihak tuan rumah kita berkunjung ke Yala untuk join race di sana.
Kepada semua diharap bersabar, masanya kan tiba jugak nanti...SABAAAR...

(Sengaja aku ambik dua gambar ni untuk suntikan semangat kawan-kawan...hehehe...)
Namun begitu, petang kemarin Bang Ly call aku ajak masuk Betong. Kata dia ada hal sikit. 'Pucuk dicita, ulam menerpa', la ni memang tak leh dengaq nama Betong... ada keja pun sanggup tinggai wooo...kalau nak ikut petang kemarin lagi kami dah nak mai. Malangnya 'Tok Pengulu' Padel dan Nizam keja petang. Jadi kami terpaksa mai pagi ni...Dengan kerjasama dan bantuan penuh 'Tok Pengulu' Padel maka kami bertiga pun 'bergembira' lah di Pekan Betong selama beberapa jam...termasuk di Kedai Amin...
AWAS...para 'penyamun' semua, lepaih ni hang pa tau...langit tinggi rendah...
ORIGINAL...Made In Japan...Malaysia tarak jual maaaa...
ORIGINAL...Made In Japan...Malaysia tarak jual maaaa...
Bang Ly dok pegang letak, pegang letak dua tiga kali...nasib baik frame kecik, kalau tidak memang angkut...
...MOSSO...brand macam tak pernah dengaq dan tengok...tapi kalau hang pa semua nak tau berapa kilo berat dan harga dia kena mai tengok sendiri...memang takazuik punyo...
Lagi sekali aku mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih bebanyak kepada Tuan Padel yang sudi 'melayan' kami berdua pada pagi ini...terima kasih daun keladi...nanti mai lagi...
No comments:
Post a Comment