Minggu ini xtvt kayuhan aku 'off' kerana urusan keluarga. Kemarin kena antar bini pi maktab di Jitra. Hari ni pulok antar bonda aku ke Tanah Suci @ Umroh. Ni pun kira xtvt juga lah. Seawal 6.30 pagi aku dah tolak dari Baling ke Jelutong (rumah tok aku) disertai oleh 2 orang anak aku. Sampai di Jelutong lagi 5 minit pukul 8, berenti depan simpang 3 Balai Polis Jelutong pekena nasik kandaq dulu...hehehe...lama tak kena, mana buleh tahan maa...Sebelum antar mak aku ke airport aku ke Pantai Telok Bayu, Telok Bahang, saja la ronda2, sebab di rumah tok aku penuh dengan kunjungan jiran tetangga. Time balik dari Telok Bayu aku terserempak dengan 3 riders berhampiran dengan Pekan Bayan Lepas. Selepas membuat pengecaman rupa2nya Khairi dan Pak Nasir. Aku tahan depa untuk sessi 'soal siasat'. Rider yang sorang lagi aku tak dan nak tahan. Dia dah bedesup hilang...Lepas Zohor baru antar mak aku ke airport, sampai di airport terserempak pulak ngan Zainudin, dia nak balik China...tak dan nak sembang lama. Flight dia dah nak depart, jumpa lagi lah Din noo...Flight mak aku pukul 5.30, tapi jam 4 dia dah masuk.ke balai berlepas. Kemudian, aku anak beranak belah la tunggu apa lagi...hehehe...
Masa balik dari ronda2 Telok Bayu jumpa Khairi, Pak Nasir dan sorang lagi kawan depa yang sedang kayuh dari Balik Pulau...tapi aku cuma berjaya 'mereman' Khairi dan Pak Nasir ajer...
Mudah2an Allah beri segala kemudahan untuk Mak, Pakngah, Makcik dan Makngah dalam urusan ibadah Umroh ini dan selamat pergi dan selamat kembali...InsyaAllah...Amin Ya Robbalalamin...
No comments:
Post a Comment