Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 27, 2009

Today Is My 42nd Birthday...

Maka hari ini adalah hari lahir aku yang ke 42 tahun. Kemarin ulangtahun perkahwinan aku yang ke 18. Pejam celik, pejam celik dah 18 tahun hidup berumah tangga. Rasa macam baru kahwin dua tiga tahun lepas. Begitulah masa yang begitu cepat berlalu dan tak leh nak 'gostan' dah. Hakikatnya, kehidupan ini semakin hampir dengan kematian. Anak aku yang sulung pun dah 17 tahun, sikit hari lagi dapat menantu, lepas tu dapat cucu, jadi tokwan...hahaha...tapi hati dok muda lagi...hehehe...Sekarang aku dah punya satu orang isteri dan dua orang anak lelaki...syukur Alhamdulillah...

Di bawah ni beberapa keping gambar2 lama aku untuk tontonan. Gambar perubahan diri aku dalam tempoh 42 tahun ini...

Gambar ni dah berusia hampir 42 tahun...waktu ni aku dalam lingkungan 8 bulan...hehehe...

Kurus kering, macam tak cukup makan...tak lagu la ni...time ni umur 18 tahun...


Upper 6...

Zaman remaja aku...


Aku menikah pada 26hb. Mei 1991, sehari sebelum tarikh lahir aku...time tu umur aku 24 tahun...

Masa ni lepas kahwin badan aku dah mula naik...hehehe...

Target aku sehingga hujung tahun ni, kalau buleh turun tara ni pun kira ok lah...
Where there's a will ~ there's a way...aku genggam kuat kata-kata ni...insyaAllah...

Dan aku pada hari ini...sudah 42 tahun...

"Pada hari ini Ya Allah...aku bersyukur kepada Mu kerana Engkau telah mengizinkan kehidupan aku sehingga ke hari ini. Kepada Mu aku bermohon, Engkau lanjutkanlah dan berkatilah usiaku di dalam kebajikan. Aku bermohon Engkau lorongkanlah kepadaku rezeki2 yang halal. Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, anugerahkanlah kepada aku isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh. Aku bermohon kepadaMu agar Engkau peliharalah kesejahteraan hidup kami sekeluarga dan jauhkanlah dari kami sekeluarga api nerakaMu yang sangat2 kami takutkan...
Amin Ya Robbalalamin..."



Time aku nak keluar gi kerja, tengok dah ada sepasang kasut baru dok depan pintu. Hadiah hari jadi aku tahun ini.

...bini bagi...Alhamdulillah...







Begitulah adanya...cukuplah sampai di sini dulu...jumpa lagi...


7 comments:

  1. Tahniah...Selamat Hari Jadi pada Abang walaupun umur kita sama dan abang muda 4 bulan tapi tengok badan kena pangge abang la. ke ke

    ReplyDelete
  2. hey happy birthday and happy many returns!

    ReplyDelete
  3. pergh.. aku tak sangka dulu hang memang kejap.. slim river tak hingat.. tak sangka badan naik.. sapa rupa pun dah lain.. tapi aku kagum skang nampak skit badan hang dah mengecut.. aku harap boleh turun lagi jadi time muda2.. aku pun sama.. dalam proses.. aku harap dengan hari lahir ni hang akan sambung azam untuk turun lagi lagi badan hang.. apapaun.. walaupun tak penah jumpa hang.. aku support hang all the way.. keep it ip.. "If you put ur mind to it, you can accomplish anything" :)

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI JADI ABANG..MOGA TERUS DIMURAHKAN REZKI...YOU'LL NEVER WALK ALONE

    ReplyDelete
  5. Al~Balingi & Riezal...terima kasih di atas sokongan padu tuan-tuan...where there's a will, there's a way...

    ReplyDelete