Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 17, 2009

Kayuhan Menuju Puncak...

Hari ini aku rasa macam dapat 'World Cup'..PUAS...Impian menjadi nyata, akhirnya berjaya menuju puncak Gunung Jerai dalam cubaan kali kedua selepas cuma mampu setakat Muzium saja pada cubaan kali pertama. Alhamdulillah hari ini baik-baik belaka.

Dua tiga hari dah aku tidok tak lena bila tengok 'provokasi' oleh Sahak RCT. Hari ini aku tekad, by hook or by crook...mesti sampai atas. Tak kira lambat atau cepat, janji sampai...

Penyertaan hari ini agak mengejutkan lebih kurang 40 riders. Boleh tahan meriahnya. Antaranya Team Seri Serdang dan Manjung Cycle Team sanggup mai dari jauh. Team PGA Kroh MTB pun apa kurangnya. Termasuk aku kami semua 8 orang, Kpl. Hanif, Fozi, Wan, Wendy, SM Zali, Ferhud dan Apit, punya ghairah dan terujanya depa nak panjat Gunung Jerai, 6.30 depa dah tunggu depan rumah aku...hehehe...

Hari ini aku ditemani dua orang 'sherpa' istimewa...Lt. dan Fuad RCT...hehehe...terima kasih banyak la kepada Tuan Lt. dan Fuad...jasa mu akan dikenang...Hari ini Bang Ly tak baharui rekod dia. Dia teman aku dari bawah sampai atas puncak. Fuad pun sama, tak habih-habih dok kata "sikit lagi bang, satu kilo lagi"...hehehe...berapa banyak satu kilo daa...macam nak kenakan aku ajer...Fuad pun sakan dia ni, dah dua tiga kali dia dah renew lesen 'E'...sampai puncak lebih kurang dekat 4 jam...mengikut catatan jam Bang Ly...kalau catatan jam aku tak sampai 3 jam...hehehe...Agak mengecewakan juga sebab tak leh sembang lama dengan Bang Said TRJ, Bang Lan Mobil, Bang Chop Skot, Pak Mail, Cikgu Din dan Chief Talas (depa ni semua golongan 'maqam' tinggi, sampai puncak awai lagi)...masing-masing ada keja.

Kepada semua yang hadir hari ini terutamanya sahabat-sahabat yang bertolak dari Baling, (Team PGA, Wendy, SM Zali & Apit)...diucapkan tahniah kerana berjaya menjayakan 'misi' ini...Apa yang terkurang harap diampunkan
...





Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada sesi kayuhan hari ini...





Jangan sangka ayaq tenang tarak boya...diam-diam ubi berisi...first time 'enjut' dah sampai puncak Tahniah Bro Haniff..

Wan PGA, tahniah kerana cubaan pertama dah sampai puncak...Wendy dan Bang Zali pun tahniah...walaupun takat Muzium...caya lah...

Bad & Rani...RCT Team...

Abang Kelate & Fuad Iguano...

Tuan Lt...dengan penampilan jersi yang satu-satunya ada dalam negeri Kedah Perlis...hehehe...

Bang Said TRJ...tak dan nak sembang lama...sori lah bang...








Puncak Muzium Perhutanan...


Persimpangan Telaga Tok Syeh...jumpa dengan Chief Talas, Bang Chop dan Hanif...depa dok turun dah dari puncak menara...ikh..ikh..ikh..

Menuju puncak...


Inilah dia jagoh-jagoh di puncak...


...Hehehe...antara yang hansome dipuncak...

Bro Mim...

Ladang strawbery...

Bang Ly bagi aku hadiah, sebab berjaya menuju puncak...terima kasih daun keladi Bang Ly...kalau ada bagi lah lagi...hehehe...muda-mudahan murah rezeki...


Tahniah Ferhud...waris Tuan Padhil...first time...dah sampai puncak...lepas ni Tuan Padhil pulak...

Lunch...



Buah penamat...aku bedal di Hussain Restoran Gurun...nasik bryani kambing campur sotong...blurrrppp....belahak...






6 comments:

  1. Salam RAZIF!
    X tau pula ada acara serahan JERSEY
    keramat SPMTB oleh TESTER Tuan Lt.kita
    kepada Razif yang telah tamat ilmu pengayuhan
    BASIKAL BUKIT,dengan minum AYAQ TELAGA TOK SHEIKH sebanyak 3 cedok (tapak tangan)he..he..he.

    Sory Zif, x dapat tunggu acara tersebut kerana Pak Mail mahu pulang awal, kerana keluarganya telah berkumpul dirumah, untuk ziarah keluarga sakit.

    Walau apa pun "TAHNIAH", atas ketamatan ilmu
    pengayuhan pada hari ini,semoga ilmu itu dibawa kejalan yang BENAR..... SEE U next time, TQ untuk semua yang hadir.

    "KAYUH TETAP KAYUH"

    ReplyDelete
  2. Bang Said...jersey tu kalau berat turun lagi 2 kilo memang cun...la pun buleh pakai...tapi kena bagi kecut sikit tang paruit tuh...hehehe...walaumacamana pun memang teruja dapat 'anugerah' dari Lt...

    ReplyDelete
  3. wendy the only one girl yang join all this trip?

    ReplyDelete
  4. Ya Cik Ziela...Wendy is one n only lady yang aktif ride ngan kite orang...terima ksih untuk Cik Ziela kerna sudi layari blog saya...Cik Ziela pun kayuh ker..?

    ReplyDelete
  5. wahwah... salute kat dia... mst setanding ngan rider yang kan?

    sama2... actually ada sorang kawan yang kasi link layari blog ni... mmg best.

    sy sorang peminat... tp x penah join ride events mcm yg razif n members buat... kat umah kalau dah jemu jogging petang2, saya akan round2 ngan basikal buruk sy tu... hehehe...

    keep it up ur good work!!

    ReplyDelete
  6. Cik Ziela ~ kata doktor - cycling is good four our heart ... cuba lah ...

    ReplyDelete