Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 27, 2009

Offroad Di Laguna Merbok . . .

Tarikh: 25 Disember, 2009 . . .
Lokasi: Di suatu tempat di sekitar Merbok . . .
Distance: 31.7 km . . .
Penyertaan: Asnizam, Din, Che Razi, Apit PO n Md. Noq Laguna (Sg. Petani) . . . Ahmat Nazit, Aku, Yus KrohMTB n Yusri Kayuh Beb . . .


Trek baru yang mengancam jugak. Selepas 'diracun' oleh Md. Noq Laguna dalam 'chat box' Haji Ramly, aku tanpa membuang masa terus saja halo Nizam untuk keterangan lanjut kerana dia adalah antara AJK yang membongkar laluan baru ini. Selepas kata sepakat tercapai maka pada hari Jumaat kelmarin aku dan 3 teman dari Baling menyertai 5 orang sohabah di Sg. Petani untuk cubaan pertama di kawasan ini. Trail yang 'rangup' dan menurut Nizam dan Md. Noq mereka akan mengusahakan supaya ianya akan lebih panjang di masa akan datang . . . insyaAllah . . . mudah-mudahan usaha mereka beroleh kejayaan dan kita kawan-kawan akan dapat merasakan 'keseronokan'nya . . . Apa-apa pun kepada semua yang hadir diucapkan terima kasih daun keladi kerana sudi melayan kami dari Baling . . . jumpa lagi . . .


L~R: Bro Din, Che Razi, Nizam Razif Baling, Md. Noq Laguna, Yus Kayuh Beb, Jet n Yus KrohMTB . . . tiada dalam gambar Apit PO . . . Gambar bawah Apit PO paling kiri . . .

















Md. Noq Laguna . . . terima kasih kerana sponsor minuman . . .







Titi Semeling . . . khabarnya adalah 'zon kelajuan' RamlySP, Lan Mobil, Cg. Din n Pak Yusof . . .

Terima kasih pada Yus Kayuh Beb . . . Giant aku yang menumpang kasih pada 'hanger' kereta dia . . .


. . . Sekian . . .





Sunday, December 20, 2009

Kayuh Ke Lata Bayu . . .

Hari ini Ahad 20hb Disember 2009 cuti umum gantian cuti Awwal Muharram pada hari Jumaat 18hb Disember tempohari. Tak 'torah' nak pi mana. Just kayuh ke Lata Bayu dengan Nizam Imigration, kebetulan dia 'off' hari ini. Tujuan asal nak join Jet, Yusri dan Ferhoud 'offroad' kat Waduk, Weng Dalam. Waduk adalah sebuah lokasi terpencil di Baling, kawasan laluan balak. Khabarnya trail bagus untuk mereka-mereka yang 'ganas'. Disebabkan kesuntukan masa aku dengan Nizam terpaksa membatalkan hasrat kami untuk ke sana. Apa-apa pun kayuh mesti kayuh, kami berdua ambik keputusan untuk ke Lata Bayu. Kami terpaksa berpuas hati dengan Jarak kayuhan yang cuma 58,22 km, jarak yang agak kurang memberansangkan, tu pun kami tak balik ikut jalan biasa kami lencong masuk laluan Tebing Tinggi dan Kuala Pegang. 'Rolling'nya pun buleh tahan jugak. Apa pun kira ok jugak sebab 'calories burned' di meter aku mencatatkan 1052.9 dalam tempoh 2 jam 30 minit 44 saat masa kayuhan . . . . perrrggghhh . . . .

Hari ini dua jentera Giant XTC Team bersedia untuk beraksi untuk julung kalinya secara ber'duet' . . .

Eh. . . eh. . . baju kami pun sama la pulok, bezanya baju Nizam dia beli tapi aku punya baju Tok Megat bagi freee . . . hehehe . . .

Nizam berposing di Lata Bayu . . .

Nizam sedang mengorek sesuatu dari kasutnya . . .

Pemandangan indah di Lata Bayu yang sempat aku rakamkan . . .


Jejaka tampan . . . masih ada kosong lagi 3 . . .

Perut mau kasi 'cover' jugak . . .

Nizam control jiwa . . .

'Gendang gendut tali kecapi . . . '

Sekianlah untuk kali ini, hidangan yang tak seberapa. Kepada Nizam diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menghabiskan masa bersama aku untuk kayuh pada hari ini dan kepada Jet dan rakan-rakan yang ke Waduk insyaAllah lain kali kita jumpa . . .

Wassalam . . .




Sunday, December 13, 2009

Rindunya Pada Offroad . . .

Salam semua . . .

Tarikh kejadian ~ 12hb. Disember 2009 . . .
Lokasi ~ Kampung Selarong, Pengkalan Hulu . . .

Aduhai lama sungguh tak layan offroad. Terasa rindu la pulok. Offroad yang terakhir sehari sebelum Ramadhon yang lalu, LES COPAQUE. Minggu lepas masa jumpa dengan Yus, aku terus suruh Yus cari 'route' yang patut padan dengan golongan 'marhain' macam aku nih.

Route ni berdekatan dengan rumah Yus dan jaraknya pun tak terlalu panjang, dalam 10 km saja. Tapi MasyaAllah, dua jam lebih baru habis. Memang karen giler. Walau macamanapun aku tetap aku, tahap kegayatan aku time nak downhill memang parah . . . hehehe . . .

'Kejohanan' hari ini disertai oleh 5 orang peserta saja . . . kepada peserta yang telah dipelawa tapi tidak dapat join pada hari ini memang rugi . . . Terima kasih kepada yang hadir pada hari ini

Yus ~ yang 'menaja' route pada hari ini . . .
Nizam ~ kesian dia, meter Cateye Wireless Nizam hilang entah ke mana waktu downhill . . . sabar Nizam sabar . . .
Farhoud @ We ~ jurugambar sepenuh masa . . . dan
Azizi ~ rakan baru yang baru balik dari Nepal . . . dua tahun setengah Azizi layan offroad di Katmandu . . .

Sebelom kayuh 'setting' mesti mau cun . . .

Azizi dan Nizam . . . dua-dua warga Imigration . . .

Hat balik kiri tu tak payah dok habag bagi . . . dan Ferhoud . . .

Kayuhan pun bermula . . .

Pemandangan indah dalam kebun getah . . .

Bersama Azizi . . .

Tuan tanah sedang beraksi . . .

Check point 1, gambar duluuuu . . .


Mari Tolak Beskal . . .


Yaaaaaahhhhh . . . tolak bang tolak . . .

Dia ni memang tak buleh nak kata apa kat dia " tolak tolak apa baranggg " . . .

'Power stick' time . . .

Senyuman maut . . . I'm still available . . .

Senyum la sket Nizam . . .

Tengok macam kami ni, senyum saja . . . he he he . . .

Climbing lagi . . .

Nahhaaaii . . . ambik kau . . .


Sekian lah adanya, pada keseluruhannya kayuhan hari ini memang best dan puas. Start pukul 8.10 pagi dan tamat lebih kurang 10.45, lebih kurang 2 jam setengah masa berkayuh dan menolak. Menurut Yus ada lagi kawasan yang akan diterokai. Sama-samalah kita nantikan, insyaAllah . . .