Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 20, 2009

Kayuh Ke Lata Bayu . . .

Hari ini Ahad 20hb Disember 2009 cuti umum gantian cuti Awwal Muharram pada hari Jumaat 18hb Disember tempohari. Tak 'torah' nak pi mana. Just kayuh ke Lata Bayu dengan Nizam Imigration, kebetulan dia 'off' hari ini. Tujuan asal nak join Jet, Yusri dan Ferhoud 'offroad' kat Waduk, Weng Dalam. Waduk adalah sebuah lokasi terpencil di Baling, kawasan laluan balak. Khabarnya trail bagus untuk mereka-mereka yang 'ganas'. Disebabkan kesuntukan masa aku dengan Nizam terpaksa membatalkan hasrat kami untuk ke sana. Apa-apa pun kayuh mesti kayuh, kami berdua ambik keputusan untuk ke Lata Bayu. Kami terpaksa berpuas hati dengan Jarak kayuhan yang cuma 58,22 km, jarak yang agak kurang memberansangkan, tu pun kami tak balik ikut jalan biasa kami lencong masuk laluan Tebing Tinggi dan Kuala Pegang. 'Rolling'nya pun buleh tahan jugak. Apa pun kira ok jugak sebab 'calories burned' di meter aku mencatatkan 1052.9 dalam tempoh 2 jam 30 minit 44 saat masa kayuhan . . . . perrrggghhh . . . .

Hari ini dua jentera Giant XTC Team bersedia untuk beraksi untuk julung kalinya secara ber'duet' . . .

Eh. . . eh. . . baju kami pun sama la pulok, bezanya baju Nizam dia beli tapi aku punya baju Tok Megat bagi freee . . . hehehe . . .

Nizam berposing di Lata Bayu . . .

Nizam sedang mengorek sesuatu dari kasutnya . . .

Pemandangan indah di Lata Bayu yang sempat aku rakamkan . . .


Jejaka tampan . . . masih ada kosong lagi 3 . . .

Perut mau kasi 'cover' jugak . . .

Nizam control jiwa . . .

'Gendang gendut tali kecapi . . . '

Sekianlah untuk kali ini, hidangan yang tak seberapa. Kepada Nizam diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menghabiskan masa bersama aku untuk kayuh pada hari ini dan kepada Jet dan rakan-rakan yang ke Waduk insyaAllah lain kali kita jumpa . . .

Wassalam . . .




No comments:

Post a Comment