Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 17, 2010

Bestnya Gunung Paku . . .


Date: 17hb. Januari 2010 . . .
Route: Pengkalan Hulu > Gunung Paku > Baling . . .
Distance: 64.50 km . . .
Calories Burned: 1276.9 . . .
Participated by: 20 Riders . . .

Daulat Tuanku . . . hari ini seluruhnya Negeri Kedah cuti umum sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sulthon Kedah. Mudah-mudahan Tuanku diberi kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah Subhanahuwataala. Bersempena dengan cuti hari ini maka dapatlah aku join kayuh pada hari Ahad secara 'percuma', kalau tidak selalunya alamat kena isi borang cuti lah.

Letih hari kelmarin (ke Pantai Murni) ditokok pulak kayuh pada hari ini, aduh leteh 'tehele' aku. Laluan hari ini sebagaimana yang telah maklum memang berbukit dan berbukau. Memang best. Kepada semua rakan-rakan yang hadir terima kasih kepada tuan-tuan semua, awal-awal pagi Subuh dah sampai di masjid Baling, pukul brapa la you all tolak, dengar kata ada yang takdan nak tido malam tadi kerana syok nak mai layan Gunung Paku, siapa lah agaknya tu haa? Kepada semua semoga jumpa lagi . . . seronok besama tuan-tuan hari ini . . .

Aku nyaris-nyaris tak dapat kayuh hari ini kerana sedikit masalah pada bahagian depan taya aku . . . terima kasih pada Yus . . .


Dua orang 'pelakon' bawah umur . . .
Imran (10 tahun) dan Zulfaqar (8 tahun) tak gayat langsung time downhill Gunung Paku tabik sama depa lah, berdesup depa hilang . . . ish . . ish . . . ish . . .

Bang Jamil, Haji Kamal n pendatang baru . . . Siti Anizar . . .

Ah Hong . . .

Wendy . . .

Haniff . . .

Sumi dan Fizi . . . ?

Boss Fadhil . . .


Hehehe . . . nak bagitau lagi ka sapa ni . . .


Taklimat ringkas dari boss . . .

Milik siapakah gadis ini ? ? ?. . . ( ikut rentak lagu Sudirman . . . )


Bang Zali dari Sg. Siput aku kembali . . .

Jom kayuh . . . awai-awai lagi Yus dah buat 'breakaway' . . .





Macam ni pun ada ka . . . hehehe . . .

Anak Siong . . .

Di puncak Gunung Paku, cuma 402 meter dari paras laut . . .




Waktu ni di persimpangan masuk Felda Nenering . . .

Din kata inilah rokok yang terakhir dia hisap dalam tahun 2010 . . . lepas ni tak hisap lagi dah . . .

Nizam dan Nasir . . . start lambat tapi dapat 'tangkap' kami di Kg. lalang . . .





Bang Jamil senantiasa mengekori rapat Cik Siti demi menjaga keselamatan beliau . . . maklumlah pendatang baru . . . hehehe . . .


Taya Din pancit akibat terkena duri sawit . . .

Sewaktu memasok kan angin ke dalam tiub Din menggunakan teknik 5 ***** 1, tapi telah ditegur oleh Sumi maka Din pun menggunakan teknik seperti di dalam gambar ini . . .


Hansom of the day . . .

Pintu masok Felda Lepang Nenering . . .

Cari perbezaan dua gambar ini . . .


Nizam n Nasir kerja pukul 2, terpaksa cunggit awal . . .

Alhamdulillah . . . Fozi nampak bertambah sihat . . .

Hari ini Sarjan Azmi jadi camera man . . .

Lunch time . . .

Time balik aku dan Abg Megat menyempurnakan hajat Siti untuk menghirup air galian Gunung Inas . . . kami berlima balik ikut jalan lama . . .


Siti kata "air Gunung Inas ni manis la Abg Megat . . . nanti nak kena mai lain ni . . . "



Zul tanya aku, "awat depa tak katop kepala paip ayaq ni pakcik . . . ka kepala paip dia pecah ?
. . . hehehe . . .



Sekianlah saja, dah letih cek oooiii, dok upload gambag dari lepaih Isyak sampai waktu la dah jam 11.23 malam, orang Baling kata 'cemuh nak mapoh' dah . . . jumpa lagi la dih . . .