Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 9, 2010

Lonely Ride . . .

9hb. Januari 2010 . . .
Sabtu . . .
Distance : 84.58 . . .
Calories Burned: 1401.8 . . .
Route : Baling > Merbau Pulas > Kuala Ketil > Baling . . .

Kayuh berseorangan, plan asal nak join Tok Megat kayuh di area Kulim tapi aku terlambat bangun pagi ini dan terpaksa kensel hajat tersebut. Sepanjang minggu ini langsung tak dapat kayuh kerana cuaca yang tak mengizinkan dan angin malas yang melanda aku. Badan pun rasa tak selesa lengoh-lengoh dan berat, dah tu makan pun banyak pulak. hari ini aku terpaksa cari jarak yang jauh sikit untuk 'cover' balik sebab hampir seminggu tak kayuh. Untuk mendapatkan lebih kilometer aku kayuh ikut laluan lebuhraya menuju ke Kulim dan 'tembus' melalui Merbau Pulas, Alhamdulillah, mula-mula ingat dapat cecah 100 km tapi silap haribulan, cuma 84.58 km saja . . . kira ok lah tu . . .

Hari ini cuma dapat tangkap gambag GIANT XTC Team aku saja tanpa tuannya . . .


Sampai di Batu 1 Kuala Ketil, aku belasah betik dua potong . . . betik memang buah favourite aku, buah yang memberi 'kesenangan dalaman' . . . sebijik pun aku boleh bedal sorang . . .



3 comments:

  1. Salamm! Razif!
    kalau Razif makan juga sebiji
    kat Kuala Ketil...alamat tak dan balek
    Kuala Baling... betabok kut jalan he he...

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Bang Said . . . Betik memang memberi laluan mudah untuk ke jamban . . . hahaha . . .

    ReplyDelete
  3. Brader Razif, hari tu naik bukit Fraser road 70km 5460 calory, hari naik RRI dengan Ezad Offroad 25km 3660 calory. Ingat offroad lagi banyak makan tenaga la. Kalau ada kat KL bagitau, lagi pun projek kami terakhir untuk budak budak kat Perlis

    ReplyDelete