Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 9, 2010

Gunung Kendurong . . . @ . . . Macam Nak Pitam . . .

Tarikh: 08/05/2010,
Distance: 108.07 km . . . hilly . . . scorching . . . mental torture . . .
Calories burned: 2125.3,
Penyertaan: 31 rider's . . . Luar jangkaan . . .





RCT:
. . Zale, Bad, Sokri, Naseer, Bob n Laloq . . .
Sg. Petani: . . Tuan Lt, Abg Lan, Wan German, Cg. Din, Reza n Abg Shaiful Manjung . . .
KrohMTB: . . Wiramergong, Wendy, Yus, Farhoud, SM Zali n Razak PGA . . .
Alor Setar: Cg. Fisol n Cg. Jamaluddin . . .
BalingBikers: . . Anak Siong, Zaini, Razif, Asri, Sumi n Cg. Azlisham . . .
Harap maaf yang 3 lagi aku terlupa nama . . .

Salam,

Allahuakbar . . . Tak tau nak habag betapa azabnya route Gunung Paku - Gerik - Kendurung ni. Seksa jiwa raga. Nak pitam, muntah pun ada. Asal langut saja . . bukit, panggung kepala saja . . . bukit. Bila nak downhill ni ? Cuaca panas terik, kiri kanan jalan nak berteduh pun tak dak tempat.

Perkembangan route ni aku ikuti sejak Banding Ride 1 anjuran Bang Ly pada tahun 2008. Masa tu aku belum mula berbasikal lagi. Cuma dok 'relin' kot jauh saja. Aku tengok ramai sahabat yang 'tewas'.time tu Masa tu badan Bang Lan Mobil pun masih 'besar', tapi sekarang dah kecik. Bang Lan la cukup hebat, kayuh dah tak pandang belakang. Jangan sapa-sapa yang try dok 'gertak' dia, sat ni gerenti buleh panggu. Event hari ni pun cadangan Bang Lan, dia nak balas dendam pasai masa Banding Ride 2 Bang Lan 'krem' terok, masa balik Bang Lan tak dapat layan route ni. Hari ni hati Bang Lan puas. Semua kerja sudah settle. Tunggu nak tangkap RB la pulok . . . Bravo Bang Lan . . .

Aku dari awal kayuhan aku dah set janji bagi sampai saja. Perlan-perlan, ikut kemampuan sendiri. Aku memang dah tau 'bala' yang dok tunggu selepas 50 km dari Gerik. Selepas makan di simpang 4 kari kepala ikan baru lah cobaan yang betul-betul punya cobaan. Paling tidak pun semua riders mesti rasa jugak sorang sekali. Baru tau dia punya 'nikmat'.

Alhamdulillah, yang penting semua selamat. Kepada yang hadir diucapkan tahniah dan terima kasih. Mudah-mudahan kita akan kayuh sekali lagi melalui route ini dengan prestasi yang lebih mem'bangga'kan . . . huhuhu . . .

Kali ini ramai sahabat dari RCT yang hadir, la depa dah semakin kuat. Berdesup desap tak dan aih nak hambat. Tapi malangnya RCT tanpa kelibat Fuad yang berkursus . . .

Cg. Fisol dan Cg. Jamaluddin, mai jauh dari Alor Star . . .

Kalau sapa tak kenai depa ni, memang hangpa semua mata buta . . .


Lt memberi sedikit taklimat ringkas sebelum kayuhan . . . "100% laluan kita pada hari ini adalah 'flat' dan downhill saja, harap-harap tuan-tuan semua bersedia . . . "

Melewati Pekan Baling, yang semakin hari semakin didatangi oleh rider-rider yang 'suka' kepada Gunung Inas dan Gunung Paku . . .







ReGroup di Petronas Kroh, bersama dengan team Kroh MTB . . .

Jumpa group Betong di kepala ikan yang berkebetulan nak ke Banding . . .

Anak Siong bersama Juara Kayuhan Terang Bulan Kulim . . . Farhoud. Walaupun bawak MTB, maintain 40-43 km/h laluan flat dari Kg. Lalang ke Gerik sejauh 28 km . . . perrrggghhhh . . .

Pemandangan indah Gunung Kendurung dan aksi donwhill sejauh kurang lebih 12 km . . .
layaaaannnnnnnn . . .










Lebih kurang 8 jam 'bertarung nyawa' meredah kepayahan menggapai ke mercu Gunung Inas, Gunung Paku dan hampir 50 km kawasan pendakian Gunung Kendurong. Perit, tapi tiada seorang pun yang menyatakan kekesalan atau 'bertaubat' tak mau mai dah route ini. Malah ada yang berteriak dan berjanji "KAMI NAK MAI LAGIIIII . . . "

Semoga berjumpa lagi . . . Tahniah dan terima kasih untuk semua . . .