Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 18, 2009

Gunung Jerai 'Nasik Minyak Ride'...

Dari semalam lagi aku tak leh tidok, dok teringat macamana gayanya aku nak panjat Gunung Jerai pagi esok...lepas ka tak lepas...bangun awai, pukul 6.30 pagi aku dah tolak, semangat..!!! Masa sampai kaki Gunung Jerai tengok baru Abang Chop, Wan German, Abang Said TRJ dan Abang Ramly saja yang ada. Dalam tak sampai 15 minit dah pakat ramai dah yang sampai...Terkezut jugak aku, sambutan amat menggalakkan...kalau tak silap aku 35 orang ada...Tahniah kepada penganjur dan tuan rumah...Sebelum 'taya golek', Bang Ly bagi tau ada tiga kategori 'puncak' yang mesti dicapai oleh para riders iaitu:~

  1. Muzium Perhutanan ~ Sapa sampai sini dapat lesen B2 (Moto),
  2. Resort ~ yang sampai sini kira dapat lesen D (Kereta), dan
  3. Menara TM ~ yang sampai sini dapat lesen E...buleh bawak trailer, ha ha ha...

Ok.., nak tau aku dapat lesen apa, mai pakat kongsi tengok keseronokan pada pagi ini...


Gambar ni Fuad RCT yang tolong tangkap...ma kasih lah Fuad...

Sessi sembang bersembang, semua nampak teruja jer...

Wan German dan...???

Bersama Abg Lan Dan Tauke Nasik Minyak...ha ha ha...

Ameer...


Cg. Fisol dan Md. Noq Laguna pun ada..

Beskal Md. Noq yang menjadi perhatian ramai..


Mula-mula ingat Tuan Fadhil yang hantaq Abg Polis ni untuk eskot kami...


Abg Ly membuat pesanan penaja sebelum tayar bergolek...

Semua pakat beri perhatian...


Tauke Nasik Minyak..Bang Said TRJ...sejak-sejak Taman Ria Jaya ayaq kena catu wajah hensem Bang Said ni kurang senyum...ayaq naik pala...hi hi hi...

Dengan Nyan Semangat 46...

Sori la Nyan...blurr la pullok...

Bukan sikit 'kona bertingkat' yang ada yang menggoncang jiwa...

Keindahan Gunung Jerai...

Ambik gambar sendiri...

Bro baju kuning sebelah kanan dan merah di kiri aku (maaf nama tak ingat...) depa 2 orang dapat lesen 'D'...aku ngan Nyan lesen 'B2' ajer...jadilah nooo...

Para 'dewa-dewa' yang sedang tersenyum...


Inilah dia 'dewa-dewa' yang dapat Lesen 'E'...tak payah diperkenalkan lagi...

Aksi sebelum pakat cunggit turun...

Dan lagi...L>R: Lan & Sahaq...

Nasik minyak time...

Bang Haji Shuib...sedang memasukkan ramuan ke dalam pinggan...

Bang Lan kata, "kalau selalu-selalu pun baguih..."

Nah haaaih...Lesen 'D' punya pasai aku balun 2 pinggan...hi hi hi...

Long Mie...cool ajer...

Pak Mail kata..."tahun ni umur saya 64 tahun..."

Tetiba saja Zul Perda ni muncul...agak2 sapa yang lebih hansem aaaa...sama-sama hansem laaa...ha ha ha...

Sebelum bersurai...

Jumpa lagi 'KEBUN BUNGA RIDE' pada 2 & 3 Mei 2009...

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA

Abang RamlySP ~ Penaja...
RCT Team ~ Tuan Rumah...
Bang Said TRJ ~ Nasik Minyak Lunch...dan
kepada semua rakan-rakan yang menjayakan program pada pagi ini...

TAHNIAH ... kepada anda semua...



1 comment:

  1. Salam Razif!
    Dok tengah pikiaq nak kayuh naik ka nak turun,
    tu yang tak senyum tu,(badan x berapa sihat) C.Mail pesan kalau org nak ambik gambaq kena la senyum..he.he.he.

    Dari mana hendak ke mana
    Tinggi rumput dari padi
    Hari mana bulan yang mana
    Dapat kita berkumpul lagi.

    Dari Melaka pergi kePahang
    Singgah di Johor beli barangan
    Terima kaseh semua kerana sudi datang
    Apa yang kurang di keji jangan.

    Taman Lagundi tumbuh kelapa
    terbit bunga pokoknya mati
    Budi kekawan saya tak lupa
    Memang pun dah ada dalam hati.

    ReplyDelete