MENAKJUBKAN...meriah dan tak dijangka...sambutan yang menggalakkan. Tahniah kepada Abang Ramly. Senarai terakhir yang aku tengok di blog Bang Ly cuma 32 riders saja semalam. Tapi pagi tadi sungguh mengejutkan, rasa-rasa aku lebih 50 peserta yang menyahut cabaran 'Betong Ezi Ride'. Siap dengan 'eskot' Polis lagi, rasa macam VIP la pullok. Aku pun mula-mula cuma nak join takat border saja, tapi tak boleh tahan, tengok ramai punya pasai aku terus henjut sampai Betong. Kami semua sampai Betong lebih kurang pukul 1.30 petang waktu Malaysia...Kayuh dalam cuaca panas terik lit...lit...Diringkaskan cerita, aku keluar dari Betong bersama lima orang riders yang tak bermalam di sana lebih kurang jam 4.45 petang, antaranya Mael Telok Intan, Adharriman, Cg. Fisol, Amer dan Tandope...jadi mai lah kita pakat-pakat tengok hasil kerja aku...he he he...
Aksi Para Peserta Di Baling...
Semasa Di Puncak Gunung Inas...
Semasa Di Kompleks Imigresen...
Waktu balik dari Betong...termasuk dengan aku cuma 6 orang saja...hat lain, tak mau balik sebab tak puas makan tomyam Betong...depa kata, rasa tak sama macam di Malaysia...
Sebelum tirai hari pertama 'Betong Ezi Ride' dilabuhkan aku secara peribadinya mengucapkan penghargaan yang tak terhingga kepada semua sahabat Kroh MTB yang diketuai oleh Tuan Fadzil di atas kesudian bersama-sama meraikan para sahabat 'Betong Ezi Ride' yang mengerah keringat mengayuh dari Sg. Petani...Tahniah kepada Abang RamlySP di atas penganjuran yang cukup bermakna ini...kepada sahabat yang datang dari jauh tu sila lah datang lagi...
MAMA JA tanya shahril P Buntar tu do mana? Mama Ja pun dok sana d Kg Kedah anak menakan Chop Gunting..
ReplyDeletewalau pa pun kami geng manjung ucapkan TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!! dan terima kasih pada geng geng northern bikers semua atas layanan yang cukup bagus & very very friendly macam tiap2 hari dah dok jumpa dah..