Seperti mana yang dirancangkan, pagi ni jam 7.25 aku solo kayuh ke Sungai Petani. Agak lewat jugak tolak sebab terpaksa bereskan hal anak-anak dulu lepas Subuh. Kebetulan bini aku cuti 2 hari, jadi macam biasalah aku ajak dia folow belakang. Hari ini aku kayuh 'one way' ajer, jarak 57.37 km...kerana nak menyelamatkan Solah Jumaat aku...hehehe...Masa sampai di Binjul aku halo Bang Said TRJ, tapi dia 'outstation', call Lt. pun tak jawab gak, mungkin Lt ada kuliah atau pun kat Sedim, rafting...ingat nak ajak depa minum, apakan daya hajat tak sampai...huhuhu...Habis selesai urusan di bank, aku humban beskal dalam keta dan terus balik. Sampai rumah lagi 10 menet pukul 1, pas tu apa lagi...pi masjid lah...
salam
ReplyDelete