Hahaha . . frust ya'amat tak dapat join ngan Bang Haji Ramly, Odd, Khalib dan kawan-kawan lain pagi ni. 6.53 pagi Bang Ly dah sms kat aku, "hang nak ikut kami dak pagi ni? "Handoiii mintak maaf la Bang Ly ingat kot Bang Ly nak mola dari Baling, saya malaih nak punggah ranggah gerek masuk dalam kereta, tak pa sat ni kita jumpa di Kroh" antara alasan yang aku bagi. Walau macamana pun sementara menunggu kehadiran peserta-peserta dari kejauhan ( Odd, Mait Apit, Tok Wan Muda dan seorang rakan yg aku lupa namanya ) kami semua sempat bergembira ria mengkala sekali sekala jumpa dengan ditanggung beres oleh bos Fadhil hehehe . .
BalingBiker
Ride for health, fun and to find friends ...
Saturday, February 18, 2012
Thursday, January 26, 2012
Khalib Menuju Banjaran . .
Sebelum nak cerita bab Khalib tour ke Banjaran aku nak cerita dulu pasai 'touring bag' hat di atas tu. Nak jadi cerita beg tu pun Khalib yang tolong belikan dari sebelum dia pi keliling dunia hari tu sampai la dia dah balik Malaysia balik beg tu dok berabuk tang tu la hahaha . . Tiap kali jumpa, Khalib mesti tanya, "bila nak pasang bang ? Mai saya nak tolong pasang". Hehehe sabag . . sabag. Sampai masa insyaAllah beg tu nanti pi berjalan jauh. Beg ni pun pernah dok 'mastautin' setahun lebih di kedai Abang Jarrmiel Kulim. Nasib baik Abang Jarrmiel tak kutip sewa. Kalau tidak jennoh aku.
Kelmarin Khalib dan seorang sahabat beliau dari Titi Serong Yan, saudara Abdul Shukor singgah di rumah aku sebelum melanjutkan perjalanan depa ke Banjaran Titiwangsa. Khalib habag Bang Shukor yang dok ketagih nak pi touring ni, jadi dia temankan la demi melampiaskan nafsu Bang Shukor. Khalib sempat cerita dan tunjuk gambag-gambag dia masa pi touring donnia dulu. Meleleh ayaq liuq tengok.
2 minggu sebelum projek ni Khalib ada pelawa sama aku, "jom la bang join, barang semua bagi saya bawak, Abang kayuh saja". Pedih tuu . .
Bang Shukor kata, tahun lepas dia pi kayuh di Indonesia bukit lagi teruk hehe. Gunung Inas kira biasa la.
Lib kata, kalau touring kita tak payah kalut-kalut, bukan nak race . . betui tu Lib . .
Pesawat yang penuh dengan barangan . . buatan Italy, hand made . .
Lib habag kulit kuda, made in USA, 30 dollar . .
Tuesday, January 24, 2012
Tetamu Dari Penang 'Layan' Lata Mengkuang . .
Assalamualaikum, haha lama tak jumpa tuan-tuan semua. Tah cam mana kemarin masa dok tengah memusin dalam pekan nak gunting rambut choiih terserempak dengan sifu orang kuat Penang, Papa Danish (Tauke ExtraGear). Selamat datanglah kepada semua yang hadir.
Direngkaskan cerita, oleh kerana Papa dan rakan-rakan menetap di Air Panas Ulu Legong maka kawasan yang paling 'relevan' untuk dilawati ialah laluan dari Weng ke air terjun Lata Mengkuang.
Pi balik dalam 62km saja. Kira ok kot, bukan apa takut jugak aku sebab lama tak kayuh jauh-jauh. mau kalu depa mintak tambah lagi dua tiga puluh kilometer fennniiinnnn den haha . . Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, harap-harap semua happy dan jangan menyesal untuk mai lagi. Nanti lain kali kita ejas bagi lagi baguih pada pagi tadi InsyaAllah . . .
Saturday, April 16, 2011
Once Upon A Time . . .
Assalamualaikum,
posting ni agak lama terbengkalai dok dalam draft aku. Mai baca pi lah no, tu pun kalau ada masa. Sedikit kisah dulu-dulu sebelum kayuh gerek inilah permainan aku. Antara punca lutut aku sakit, main benda ni la. Sebelum kenai gerek hok ni saja lah aktiviti sukan yang aku mampu lakukan bersesuaian dengan saiz badan aku. 'Sepak Raga Tuju'. Cerita ini adalah daripada pengalaman dan persepsi aku sepanjang aku berkecimpung dalam dunia Sepak Raga Tuju. Permainan tradisional ini dimodenkan caranya dengan 'menuju' opponent di depan. Sebelum ni lebih dikenali sebagai 'Sepak Raga Ratus @ Timbang'. Sekirannya ada yang bermain 'timbang' ia dianggap ketinggalan zaman.
Dulu, habis kerja 5.30 hingga 7.00 petang inilah kerja aku. Sapa pun tak boleh ganggu, kalau ada kawan nak jumpa, sori "hang mai lepas magrib, aku ada keja", kalau bini anak suruh beli apa-apa "u pegi beli sendirilah atau suruh anak-anak pi beli". Hahaha . . pernah berlaku bila sampai tempat nak main tapi tak cukup 'korum', aku sanggup terpa sejauh 15 km pergi, dan balik 15 km semata nak melampiaskan nafsu nak bagi keluaq peluh.
Sila lihat pada gambar di bawah untuk cerita seterusnya hehehe . .
Kalau dalam arena basikal 'Jamboree' bertujuan menghimpunkan semua riders dengan skil dan basikal masing-masing serta mengenali antara satu sama lain begitu juga dengan acara Sepak Raga Tuju disebut pula 'Kenuri'. Macam-macam sytle dan gaya permainan boleh dilihat. Dunia basikal disebut skil dan kemahiran riders, tapi sepak raga tuju pulak di panggil 'buah' antaranya
- buah landoq,
- buah pulaih,
- buah pukai dan macam-macam buah lagi . . haha . .
- buah badek . .
kehadiran pada setiap 'kenuri' boleh mencecah 1000 pemain yang akan bermain sehari suntuk sambil dijamu nasik kawah sebagai hidangan makan tengahari.
Satu bulatan dipanggil 'lunggok', setiap lunggok boleh di'layan' hingga 12 pemain, kelajuan bola pada lunggok 12 pemain boleh mencecah 100 km/j pada 'skala richter' hehe . . Jarang ada lunggok sebesar ini, kebanyakannya 5, 6 hingga 8 pemain saja pada satu-satu lunggok.
Dimulakan dengan melontar bola pada lawan . .
Ada beberapa teknik menampan, seperti di atas adalah 'teknik sila'. Teknik ini agak bahaya kerana silap-silap haribulan boleh bolos di celah kangkang pemain. Mau riuh satu kampung dibuatnya. Bolos dicelah kangkang adalah 'maruah' yang perlu dijaga oleh setiap pemain sepakraga tuju. Sekali bolos pemain 'dinasihatkan' supaya tidak memakan benda-benda gatai sepertinya udang, sotong dan ketam. Antara bentuk gurauan dalam sepak raga tuju.
'Teknik petik' . .
Ini adalah antara aksi 'menuju' pada pihak lawan, silap haribulan tampan mau berdarah betis kering dibuatnya . .
Tabiat buruk semasa bermain, inilah satu-satunya sukan yang membenarkan pemainnya kemut rokok time dok tengah main. Aku paling benci aksi ini, tak ada disiplin. Kadang-kadang ada yang balut rokok daun masa tu, hampeh sunggoh. Dulu kalau ada yang buat aksi ni duduk dalam lunggok aku, 'tobat' aku perambat depan-depan.
Fokus dan ketenangan amat perlu semasa menimbang bola sebelum membuat tujuan kepada pihak lawan bagi menjaga bola supaya tidak tersasar dari sasaran.
Ini pun teknik jugak, hahaha . . 'teknik kutip bola'. Inilah situasi yang paling aku 'fed up' semasa main. Bola boleh begolek hampir sebatu kalau silap-silap tuju hahah, jenoh ligan. kalau 4-5 kali ligan sepetang kutip bola sebatu alamatnya balik bebai macam tu saja. Kadang-kadang peloh bukan kerana main sangat tapi sebab terlangsong dok ligan pi kutip bola saja.
Begitulah seadanya . . kita jumpa lagi . .
Wednesday, January 19, 2011
JMJ 2011 @ Jumpa Kawan-kawan . .
JMJ 2011 . . Ahad 16 Januari 2011 . .
Alamak apa sudah jadi, aku terlupa posting pasai JMJ aduih ampun pada semua. Jamboree pembuka tirai untuk tahun 2011. Aku join, tapi tak kayuh, sekadar jumpa kawan-kawan dan 'menyibuk' di sekitar starting point. Ambik gambag dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa. Patut dok berasa ada sesuatu yang tertinggai, rupanya draft JMJ ini belum di utarakan. Tak palah aku on kan jugak, jangan marah aaa . . .
Penganjuran yang hebat dan menakjubkan. Julung-julung kali penganjuran dari Kelab MTB Perwaja, menyaksikan 1609 (kalau tak silap pendengaran aku semasa pengumuman beberapa detik sebelum 'flag off') penyertaan dari seluruh negara termasuk juga beberapa penyertaan antarabangsa. Tahniah kepada pihak penganjuran. Seingat aku, pernah sekali aku join kayuhtrail ni, tak banyak 'singel track', laluan bak 'highway' luas boleh potong memotong sesuka hati anda. bagi mereka yang power memang boleh pecut semau-maunya. Dengar kata ramai juga yang berguling golek kerana terlalu laju. Haha, biasa la tu.
. . Sekian . .
Subscribe to:
Posts (Atom)