Lepas ride ke Binjul minggu lepas aku dan Wan pakat nak try ride pi Air Panas Ulu Legong plak. Kami ajak Rahim sekali, malangnya beskal Rahim tayar pancit dia tak dan nak ganti. Jadi, pagi ni aku dan Wan sajalah yang kayoh. Jarak kayohan kami pagi ni hampir mencecah 47 km, hampir 10 km saja off road yang selebihnya on road. Off road tu pun selepas kami lencong masuk ke laluan Kg Siput melalui jalan Lebuh Raya Baling > Durian Burung (Dalam pembikinan). Inilah kali pertama aku layan off road, memang syiok ooo...
MERIDA aku berlatar belakangkan Sungai Ketil Baling... Time ni aku tengah tunggu kemunculan tiba Wan...
Depan kolam air panas Ulu Legong... semasa kami nak masuk ke dalam air panas ni kami telah diberikan 'surat pekeliling' oleh kaunter boy yang menjaga jualan tiket...
Time balik kami terserempak dengan lori hantu yang 'bermaharajalela' sempena pembikinan lebuhraya Baling > Durian Burung...
No comments:
Post a Comment