Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 26, 2009

Kayuhan 'Antarabangsa' Pengkalan Hulu (Kroh). Betong Hot Spring > Pengkalan Hulu...

Date: 26th January 2009.

Hu la la... hari ini first time dalam tempoh sepuluh tahun aku masuk kembali ke Betong. Kalau sebelum ni masuk ngan kereta tapi kali ini berbezalah sikit, itulah sebabnya kayohan hari ini aku namakan kayuhan 'Antarabangsa' baru gah sikit kan, he...he...he... Aku join dengan team Kroh yang diketuai oleh Tuan Fadzil, kami kayoh sampai Betong Hot Spring kurang lebih (kalau tak silap) 12km dari pekan Betong. Semua urusan 'border pass', makan minum kami ditanggung beres oleh Tuan Fadzil, terima kasih daun keladi... Kami mulakan kayuhan lebih kurang jam 8.30 am dan tamat dan selamat sampai di depan PETRONAS Kroh dekat-dekat nak masok waktu Zohor. Yang syoknya Wan ingat hari ini hari Jumaat, aku habag kat dia kalau hari Jumaat memang dari awal aku tak pi laaa. Kayohan hari ini memang best giler, time balik kami kayuh dalam cuaca panas terik, aduh mak ooi azab...jarak kayohan dalam 47km saja...ayaq aku bedal 3 botoi tidak termasuk ayaq depa lain yang aku belasah...


Apa cerita pun sebelum kayoh, kita 'posing' duluuu...


Wan Imigresen @ Wan Bunga, dok kayoh pun awek tepon pesan pi kayoh saja jangan dok pi masaj plak nooo...

Kawan baru, Zainudin dari Kuala Lumpur tapi asal orang Baling...(Profesional) kayohan berdesup desap..

'Man Of The Day', Tuan Fadzil dan anaknya Farhud (nice name), like father like son...

Nizam, dia hantaq kami sampai 'Betong Hot Spring' saja pas tu bergegas balik naik 'pickup' sebab takut tak sempat masuk kerja pukul 12.30... Sat lagi tak pasai-pasai Tuan Fadzil reman beskal dia..he...he...he...

Aku posing dengan Zainudin, banyak yang aku dapat daripada dia hari ini, thanks bro...dengaq kata dia baru kehilangan isteri tercinta, moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Amin...

Lagi 2km, tengok tulisan pun dah meleleh ayaq liuq...tap...tap...tap....

Kompleks Kastam & Imigresen Pengkalan Hulu...

Majlis perbincangan...

Ooi sabaq ooii sabaq...

Jangan tinggal dakuuuuu...

Welcome to Betong, Thailand...Sawa Dee Khap...


Lorong apa tu haaa....

Kalau di Malaysia orang lelaki yang tebaq roti canai....

Sampai dah di 'Betong Hot Spring'...



Wan dan Yus, yang kenyih sampai telinga...

Rehat sat, ambik angin...

Di sini tak payah masuk bayaq duit tiket, tak macam di Ulu Legong...

Jaga sikit sat gi kot naga tu libaaih hampa naya...

Depan Masjid Biru Betong...

Sebelum balik, singgah di kedai Betong Mountain Bike...

Aku dengan Amin, tauke kedai. Dia kerja bomba, dia pun kaki kayoh jugak...

Melilau dan menerai-nerai dalam kedai Amin...

Aku ngan Jet...

Beskal kecik ni harga dia RM1600, kalau aku naik sepertilah 'gajah yang menunggang kancil' keh...keh...keh...

Kan aku dah kata, kalau bab posing memang buleh kat dia...he.he..

Nampak saja 'signboard' ni aku mula urut dada...

Biasalah, sebelum bersurai kami pekena capati Haji Zullah...






1 comment: