Pagi ni lepas solah subuh bini aku bagitau stok air mineral rumah aku dah habis. Setakat hari ini air minum di rumah aku dah tak gadoh masak banyak-banyak, kami satu family dok minum air galian Gunung Inas. Memang sedap dan berkhasiat. Sekali pi ambik 10 botol, tahan lah dekat-dekat sebulan. Untuk tidak mengganggu rutin mingguan aku, aku suruh bini aku bawak kereta dan aku kayuh tetap kayuh. Mula-mula plan nak kayuh tempat lain, tapi bini punya pasai tak pa, yang mana patut padan boleh turut, sat lagi kalu dia 'mogok' aku juga yang susah...ha ha ha...Celah-celah tu, anak aku pun nak ikut jugak nak teman mak dia. Jadi tanpa membuang masa aku suruh dia rakam sedikit aksi aku pagi ini...
Rupa-rupanya ada offroad yang mengancam kat bawah tu, nanti aku nak try ajak team Kroh teroka jalan di belakang tu...
Lepas isi ayaq aku suruh bini aku chau dulu, aku terus ke Kroh pekena capati...jumpa pulak ngan Tuan Fadzil, apa lagi makan peereee lah...malu..malu..
No comments:
Post a Comment