Date: 15 Dec 2010 . . .
Route: Baling ~ Weng ~ Sik ~ Baling . . .
Distance: 93 km . . .
Salam,
Lama tak keluar daerah, lama tak buat 'long ride', lama tak update blog, lama tak jengok ziarah blog para sahabat, semuanya lama. Hinggakan password blog aku nak 'sign in' pun hampir-hampir terlupa. Puas cari selongkar sana-sini baru jumpa. Amboi3 sampai tara tu la.
Kali terakhir buat 'long ride' beberapa hari sebelum KPLR10' lepas tu ni lah kali pertama selepas hampir 3 bulan 'menyepi'. Selama 3 bulan tersebut cuma tumpang seronok kawan2 saja yang sering kali buat ride laluan Baling. Baling dah makin popular dengan kehadiran rider2 dari luar daerah. Kawan2 di pejabat aku pun kalau nampak ada saja orang berbasikal terus saja 'refer' kat aku hahaha. Di Baling pun Alhamdulillah, dah ramai yang berbasikal. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Syukur, semua pakat sedar betapa pentingnya kesihatan.
Hari ni setelah sekian lama aku gagah layan sampai Sik. Mungkin sebagai permolaan hehe. Route tak la heavy sangat. Cuma kurang lebih 93 km ++, final 41 km agak rolling sikit. Dah tu cuaca boleh tahan panasnya. Dah 3 kali aku kayuh ikut route ni, kali ini masa agak meyakinkan dari pada yang 2 kali terdahulu. Alhamdulillah . . .
Hari ini aku bawak Mr. Marshall. Dulu mak dia, kali ni giliran dia pulak. Anak aku, baru dapat lesen motor. Hahaha macam orang 'gila stereng' pi kedai dekat depan rumah pun naik motor. Suruh apa saja janji naik motor line klear hehe. 93 km ? "Kebaih pungkoq la ayah, lepaih ni nak kayuh mana pulak ayah?". Malam sebelum kayuh dia dah dok syok tanya "besok pukoi berapa ayah kita nak pi?" Hehe tawaran hebat, pagi lepas subuh 6.30 dia dah ready. Semangat membara.
No comments:
Post a Comment