Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 26, 2010

Setelah Sekian Lama . . Baling > Sedim > Karangan > Jangkang > Pdg. Meiha > Baling . . .

Riders: Tengku Reza, Bad RCT, Hj. Ramli, Tn. Padel, Koko Odd n Cg. Din Si Raja Bukit . . .

Date: 25th September 2010 . .
Dist: 128.6km . .
Calories burned: 1989.3 . .
Av. speed: 20.8 (janji sampai) . .

Hampir 3 bulan dah tak buat long ride, hari ni pun join malu-malu kucing. Takut tak buleh kampoi. Time Ramadhon cuma dapat kayuh 4 hari saja untuk rutin harian, baki 26 hari lagi semua kayuh dalam pinggan. Orang lain Ramadhon 'kuruih' tapi aku perut koi dok ke depan. 'Pantang jumpa' dan 'tumpang lalu' , itu lah moto aku dalam bulan Ramadhon he3 . . .

Mula dari rumah pukul 7.20 pagi, janji dengan Bang Ly sapa sampai dulu dia tunggu. Masa sampai di Kupang Tn. Padel call bagitau dia pun nak ikut juga. Ok, aku kayuh dulu pelan-pelan. Di simpang Binjul, sementara menunggu ketibaan para sahabat dari SP aku 'isi minyak' dulu, sebat 2 bungkus nasik lemak habis lincin, legaaa . .

Masa bertolak ke Sedim cuaca boleh tahan jugak, jalan 'light rolling' tapi agak sunyi. Seram jugak kalau kayuh sorang-sorang . Aku dah dua tiga kali layan route ni. Kali terakhir semasa 'Blackout Ride' . . .
Ni dia Bad RCT, Bang Ly habag rantai Bad putuih time kayuh balik tapi dia kayoh steady ja. Geng RCT memang hebat-hebat . .

Tuan Padel n Tengku Reza . . .

Odd, Cg. Din n Bang Ly . . .

Masa bertolak balik dari Sedim aku n Tn. Padel mohon untuk 'permisi' lebih awal sementara Bang Ly dan yang lain buat lawatan ke 'Tree Top Walk' . Boleh tahan jugak 'orang tua' ni sejak injut RB. Jenoh hambat, Tn. Padel kata ni latihan terakhir dia sebelum ke KPLR 10'. Lawan tarik dengan Tn. Padel dalam 6km saja bermula dari simpang 4 Padang Meiha menuju Baling, lepas tu aku dah mula rasa lain macam, perut dah mula bergelora dan tenaga semakin 'liau'. Call Tn. Padel suruh dia tunggu di kedai simpang pagi tadi. Pekena nasik satu pinggan tambah siap baru boleh kayuh balik . . . Puaaaihhh . . .