Hari ini aku dengan Fuad Iguano menjadi tetamu khas Lt dan rakan-rakan Sungai Petani. Just 7 raiders saja, aku, Fuad, Bang Lan Mobil, Bang Said TRJ, Lt, Bang Chop dan Cg. Din. Mungkin pasai hari Jumaat kot...tapi tak pa...kayuh tetap kayuh...
Hari ni jugak lah baru terasa nikmat dan lazatnya kayuh 'offroad'. Total distance 28.61 km sampai puncak DiGi tower. First time aku sampai sini dan mungkin akan datang lagi...cewaahhh...aku dan Fuad ada mengesyorkan pada Bang Ly dan Bang Chop lagi sekali kami mai kilometer mau tambah lebih sikit...hahaha...
Apa pun hari ini semua nampak enjoy, walaupun kurang penyertaan. Kepada yang terlibat diucapkan terima kasih teristimewa kepada Bang Said TRJ dan isteri serta keluarga yang menyediakan hidangan yang lazat...Ayaq oren saja aku belasah 10 gelas paaa...hahaha...jugak kepada Bang Chop yang sentiasa 'menyucuk pungkok' aku pagi ini...
Terima kasih daun keladi kepada semua...
