Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 27, 2010

'Blackout Ride' . . Baling to Kamunting . .

Tarikh: 26hb. Jun 2010 . . .
Route: Baling - Selama Kedah/Perak to Kamunting, Taiping . . .
Distance: 137.7 km . . .
Machine used: Mountain Bike . . . hehehe . . .

Salam sejahtera, lama tak jumpa . . apa habag semua, apa cerita ? ? Aktiviti aku agak 'slow' sepanjang musim deroyan ni, asal belahak saja bau deroyan, batuk pun bau deroyan, 'uh uh' bau deroyan, 'syuuu' pun bau deroyan jugak huhuhu . . asyik melantak deroyan saja, pantang jumpa. Dalam peti ais sehari dua ni sentiasa stok dok ada hok 'kaw-kaw' punya, hehehe . . . Nak jadi cerita pada hari ini seluruh Daerah Baling 'diarahkan' blackout oleh TNB, dah seminggu notis keluar. Tak 'torah' nak pi mana aku ambik keputusan untuk buat 'long distance'. Lama tak buat selepas balik dari Gerik tempohari. Daripada berpanas dalam rumah lebih baik bersusah payah panas di luar berkayuh. Sambil-sambil tu dapat jugak lah menjengok ibu mertuaku . . Melompat aku punya b1n1 bila dapat tau aku nak kayuh ke Taiping . . hehehe . .

Tepat jam 7.28 pagi serentak 'switch off' oleh TNB kayuhan aku pun bermula. 5 jam berkayuh sampai di Masjid Selama Perak, kali kedua aku lalu route ini. Time kali pertama dulu setakat Petronas Selama saja. Kali ini aku tekad mesti sampai Kamunting. Alhamdulillah syukur, semua berjalan lancar dan aku selamat tiba di Pekan Kamunting kurang lebih 4.45 petang selepas bertolak dari Masjid Selama Perak pada jam 2.06 petang di bawah panahan terik matahari yang cukup menggoncang mental aku.

Km 51 . . .


Km ke 91 . .

Semasa berada di laluan ini situasi agak menggerunkan. 4 km, kawasan antara Kg. Titi Ijok menuju ke Pondok Tanjung, sekumpulan berok secara besar-besaran telah 'menerpa' sewaktu aku cuba melintas kawasan ini. Pucat aku. Akhir sekali terpaksa ambik keputusan untuk 'campakkan' basikal ke dalam kereta demi mengelakkan sesuatu yang tak dingini. Mau tidaknya, semua berok-berok tu saiz paras pinggang orang dewasa. kalau depa pakat mai kerumun aku mau tinggal tulang la jawabnya . . . hahaha . . .

Bila nampak 'signboard' ni hati aku dah mula seronok, lagi 18 km menuju Kamunting. Kayuhan semakin deras. Matlamat akhirnya tercapai jugak . . .

Depan Sekolah Menengah Teknik Kamunting . . .

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga buat aku punya 'forever n ever' b1n1 kerana ketaatan beliau support aku sampai Taiping 'tanpa' rasa jemu. Aku doakan kesejahteraan untuk beliau . . . SEKIAN . . .

Tuesday, June 1, 2010

Kupang~Gerik~Kupang, Laluan Yang Semakin Diminati . . . .

Tarikh: Ahad . . . 30 Mei 2010,
Route: Kupang-Gerik-Kupang,

Jarak: 120 km (lebih kurang),

Penyertaan: Melebihi 20 rider's . . .

Assalamualaikum . . .
Dah dua tiga minggu tak dak aktiviti. Blog pun dah berabuk, bersawang sana sini. Sampai nak 'sign in' pun terlupa password. Kayuh pun kurang, asyik melantak saja hehe . . .
Hari ini aku tukar profession. Akibat sakit lutut yang melampau terpaksaku menarik diri pada saat-saat akhir 'kejohanan' yang dianjurkan oleh Odd walaupun hati 'memberontak' nak kayuh jugak. Walaupun tak kayuh tapi sokongan kuat tetap aku berdiri teguh. Sekadar menjadi 'paparazi' dengan kamera ditaja sepenuhnya. Memang best tangkap gambag pakai kamera 'berkuasa tinggi'. Aksi pun menjadi-jadi, menerap, melentang, menyuloq semua macam-macam ada style dan gaya. "Biar pape asal gaye" kata orang Perak. Janji dapat join dengan kengkawan baru dan lama, hati mesti mau kasi puas.
Syabas dan tahniah kepada semua yang hadir dan yang menamatkan acara tak kira macamana cara sekalipun janji hati mau senang. Route 'hellway' (ungkapan Odd) ini memang semakin disukai dan diminati ramai. Saban minggu memang ada saja 'event' untuk menerjah di laluan 'maut' ini. Laluan yang sentiasa menguji kewarasan minda lebih-lebih lagi apabila yang 'tua' sentiasa mendahului yang 'muda'. Aduuhhh memang mental giler . . .

Walaupun dah tau 'penyakit' yang akan menimpa tapi semua kelihatan ceria dan gumbira. Laluan Kupang Gerik merupakan laluan 'maut'. Tapi semua macam tak kisah, walaun pun perit tapi pantang ada peluang saja semua pakat terpa mai nak kayuh route ni . . . syabas semua . . .



Si comel ni pun 'kalut' menyokong penyertaan mak dia Puan Princillia. "You can do it, you can do it", cot cet cot cet mulut dia, geram aku rasa nak pi cubit pipi, hehehe "Hang tau la Razif di Penang mana ada ayam dalam pekan, tu yang dia excited sangat tu hehehe" . . . Syed Jaafar Ghouse . . .

Wanita besi . . . pretty and strong . . . Princillia Lee . . .

Geng bas sekolah . . . like bapak like son . . .





Sesuatu tempat sebelum mendaki sepenuhnya di laluan Gunung Kendurong . . .






Cikgu Din sentiasa di depan, untuk makluman kalau tak silap aku umur Cikgu Din dah hampir mencecah 60 tahun. Hahaha . . . tak kan tak faham kot . . . Lu pikir la sendiri . . . Kehebatan Cikgu Din senantiasa dicemburui, kalu tak percaya tanya Zan, Abg Saiful dan Wa Don . . .


Odd dan Mait Apit senantiasa bersaing hebat sehingga ke penghujung hayat . . .


Tauke Ong . . . "manyak ong woo ini punya nyalan, ada mengkang mengkok . . . "

Wan German . . . prestasi kurang menyerlah hari ini . . .

Annas . . . penaja kamera berkuasa tinggi . . .

Semua senyum ada makna tuuu . . . hahaha . . .




3 orang sahabat dari dari team Beskal Bukit Gerik, selamat berkenalan. Nanti kita mai main kot Gerik pulok . . . just keep in touch bro . . . Khairil, Danial n Fard . . .

Di tengah cuaca panas terik peloton memecut menuju ke Gunung Paku . . .


Tarik menarik silih berganti, kerjasama berpasukan yang jitu . . . hebat . . .



Sewaktu aku tunggu di puncak Gunung Paku tut tut nampak Cikgu Din sampai dulu dok kenyih sampai gusi hahaha . . . "Gunung Paku ? ? kacang la Razif oooiii . . . " hehehe . . . pedih . . pedih . . .

Gunung Inas, downhill . . . first time bagi ZanKx tapi tidak bagi Wa Don . . .
first time dulu masa Betong Ezi Ride last year taya ZanKx bocoq . . .


Pemandangan indah di laluan Gunung Inas . . .


Minit-minit akhir kayuhan . . .


Kekuatan dan semangat di akhir kayuhan . . .

Hehehe . . . ho liauuuu loo . . . hahaha . . . inilah dia penganjur kayuhan pada hari ini . . . tadaaa . . .



Jumpa Lagi pada 3 hb Julai 2010, insyaAllah . . .