Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 19, 2009

KPLR 2009 ~ Ragam Hari Pertama . . .

Hari pertama KPLR, jarak kayuhan 148.84 km. Hari ini dalam sejarah, jarak yang paling jauh pernah aku buat sepanjang setahun jagung berkecimpung dalam dunia MTB. Cukup perit tapi tetap seronok walaupun kedua belah tapak tangan kebas sampai ke hari ini. Misi aku pada hari pertama berjaya disudahkan dengan jayanya tanpa sebarang situasi buruk yang berlaku, syukur pada Allah. Beberapa kali jugak 'tertipu' dengan jarak papan tanda yang dipamerkan sepanjang 30 km terakhir ke Hat Yai. Rasa macam kayuh tak mau nak sampai-sampai. Apa pun kayuh tetap kayuh jugak. Berenti merata, asal berenti saja minum, minum dan minum. Pada km yang ke 97 baru aku dapat 'tangkap' tiga sahabat RCT, Fuad Iguano, Rani Merida dan Pak Ya, tu pun masa tu depa dok tengah 'melantak' sup perut hehehe ( maaf pada Pak Ya kerana terpaksa meninggal kan anda di 20 km terakhir ) seterusnya kami bertiga tiba di Hotel Florida dalam lingkungan 5.30 petang . . .



Lt, ASP Padel & Saiful Manjung . . .

Pesanan penaja . . .

Iguano
. . . beriya-iya janji nak kayuh ngan aku tapi hampeh hehehe . . .

Haji Zul MCT & anakandanya Syami . . .

Long Mie . . .

From Taiping With Love . . .

Wendy & Anak Siong . . .




Pendakian Wang Kelian . . .

Penolakan di Wang Kelian . . .

Gerek Tua Hatinya Muda . . . G2A . . .

Downhill Wang Kelian . . .


Amro Balik Pulau . . .

Bang Ly, To'ki, Din Discovery, Apit & Odd . . .

Dua orang penyamun's . . . Wan German & Dik Man . . .

Dua orang roadie dari Penang. . . maaf, terlupa nama. . .


Dahaga betul tu . . . terima kasih pada tuan-tuan semua . . . sewaktu di sini aku di'derma'kan pisang . . .

Kenyang peghut, kenyih sampai telinga . . .



Fuuhhhh . . . legaaaa . . .

Bandar Hat Yai . . .

Nampak dak tu, mana boleh tahan dia dok melentok liok . . . tepi aku 'perangat' . . .


Tok Wan . . .

Time wak naik gerek dalam bilik aku nampak iklan ni dalam lif . . .


Bad RCT, Zaidi PFK & Tok Wan dok tunggu bagasi . . .


Nasrul @ Lontruth . . . & Adi . . .

Ketibaan ComelFz disambut meriah oleh Nasrul secara lintas langsung . . .

Zol Marvelous . . .

Pon Alia . . . wakil tunggal HawkMTB . . .


Besok ~ Last Update . . . Ragam Hari Ke - 2 . . .




Yang Menarik Di KPLR . . .

Sudah menjadi kebiasaan, bila ada saja sesuatu 'event' mesti ada beberapa fenomena-fenomena yang menarik perhatian aku. Begitu juga dengan KPLR yang tak ketinggalan meninggalkan kenangan. Bukan apa, sekadar untuk berkongsi keseronokan . . .

Penampilan istimewa dari saudara Khalib Iron Man . . . siap dengan bawak anak kecik beliau kat belakang . . . tahniah bro . . .

Tu dia . . . siapakah yang misai melentin pakai baju putih tu . . ? Bang Said TRJ, walaupun tak kayuh tapi beliau sanggup datang dari jauh (Sungai Petani) untuk bagi semangat pada kawan-kawan, HHHIIIIDUUUUP Bang Said . . .

Yang ni lagi best. Inilah yang dikatakan keseronokan. Macam-macam kelaku dapat dilihat. Diminta pegawai penyiasat KPLR buat siasatan menyeluruh mengapa perkara ini boleh berlaku
. . . hahaha . . .

Yang paling best Adik Syami dari Manjung Team, kecil-kecil cili padi, baru 11 tahun beliau antara riders 'underaged' yang join KPLR, beliau sampai penamat 30 minit lewat selepas aku. Bravo Adik Syami. Lepas ni Adik Syami kena ambik Lesen DG Tower dan Lesen E Gunung Jerai pulak . . . ( Untuk keterangan lanjut sila klik tulisan berwarna merah dan hijau . . . )

Haji Zul Manjung . . . masa panjat Bukit Wang Kelian aku tengok dia dua tiga kali naik turun naik turun untuk support anakandanya hinggakan ada riders yang 'bersungut' . . . "kuat sangat ka dia ni . . ?" Hehehe, dalam hati aku jawab "memang betul pun dia kuat" . . . syabas Haji Zul . . .


Sekian Dulu . . . Next Update Peristiwa 'Malang' Di KPLR . . .



Tirai KPLR 2009 telah dilabuhi,
Pahit manis, suka duka dan jerih payah segar di sanubari.
Dengan harapan jangan dikesali.
Panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi.




Sunday, October 18, 2009

KPLR 2009 . . @ . . . Mission Completed Dan Sekalung Tahniah . . .

Date ~ 17th & 18th October 2009 . .
Route ~ Kangar > Wang Kelian > Hatyai > Padang Besar > Kangar . .
Total Distance ~ 246.26 km . .

Total Calories Burned ~ 3871.2 . .



Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah maka terlaksanalah acara Kayuhan Pecah Lemak Raya 2009 seperti yang dijanjikan dengan penuh 'adat dan istiadat' nya. Misi ini juga telah memecahkan rekod peribadi aku. Pada hari pertama sejauh 148.84 km jarak kayuhan yang betol-betol menguji segala jenis ketahanan baik dari segi mental dan fizikal. Muka dan lengan 'terbakar', kedua-dua belah jari tangan aku kebas, itulah penangan KPLR. Apa pun hati aku puas. Kayuhan aku 'serlow - serlow' tapi lancar, aku tidak memaksa diri just maintain speeding 20 ~ 25 km/h ajer, janji sampai. Seperti yang diharapkan, aku berjaya dengan selamatnya pergi dan balik di samping berjaya mengelakkan perkara yang paling tidak diingini . . . Alhamdulillah . . .

Kepada para peserta SYABAS kepada anda semua, tidak kira samada anda berjaya atau gagal menamatkan kayuhan. Yang penting dapat ramai kawan baru, dapat mengenali antara satu dengan lain dan mengeratkan tali persahabatan, itulah kejayaan kita yang sebenarnya. Anggaplah segala 'provokasi' mahu pun 'perang saraf' sebelum kayuhan sebagai dorongan dan semangat dan janganlah simpan di hati.

Kepada pihak penganjuran yang didokong oleh TRM, RamlySP, Manjung Team, Pak Megat & Khalib tahniah kepada anda semua di atas kejayaan penganjuran ini. Tidak lupa juga kepada 'Kerajaan Thailand' yang memberikan kerjasama yang sungguh mengagumkan. sampai buncit perut punya dok jamu ayaq. . . Semoga kita berjumpa lagi . . .

Friendship . . .

Wakil pihak penganjuran Cg Loso @ Wa Don mengucapkan hormat dan takzim kepada pihak Thailand sebelum semua peserta berlepas pulang . . .

Sejurus sampai di 'garisan penamat', jam 4.15 petang . . . gambar ihsan dari Cigu Fisol . . . terima kasih cikgu . . .


LAGI BERITA AKAN MENYUSUL ... NANTIKAN BERITA
'RIDER OF THE RIDE' ...

Tuesday, October 13, 2009

I'm Ready For KPLR 2009 . . .

Assalamualaikum . . .

Sepanjang beberapa minggu ini tidak ada sebarang 'kayuhan berat' yang aku buat. Blog pun dah berapa minggu tak 'update', sehinggakan mendapat teguran dari beberapa orang teman malah ada yang mengatakan aku "dok simpan lemak kot . . ?" Buleh jadi jugak,..he..he..he.. Apa pun kayuh tetap kayuh, tapi ringan-ringan saja. Pagi 20km, petang habis kerja aku injut lagi 20km, kalau 'angin' baguih aku kerabat Gunung Inas, training untuk climbing Wang Kelian, itu saja. Mudah-mudahan dapat membantu sewaktu KPLR nanti, insyaAllah. . .

Posting kali ini pun bukan nak cerita apa, sekadar nak bagitau inilah bukti yang aku bersungguh-sungguh untuk turut serta di KPLR '09. Pas Sempadan @ Border Pas, baru pi buat tengahari tadi. Siap dalam beberapa saat saja. Tahniah kepada Imigration Bukit Berapit, Pengkalan Hulu. Border Pas yang pertama untuk aku. Belum pernah buat, sebelum ni pun dok masuk Betong secara 'free' saja. Lepas ni mungkin buleh kayuh masok Betong secara solo dan senyap-senyap pi pekena 'nasik sea food' . . . he..he..he. . .

Sekian, jumpa di KPLR ..17 & 18 Oktober 2009..