Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 18, 2009

KPLR 2009 . . @ . . . Mission Completed Dan Sekalung Tahniah . . .

Date ~ 17th & 18th October 2009 . .
Route ~ Kangar > Wang Kelian > Hatyai > Padang Besar > Kangar . .
Total Distance ~ 246.26 km . .

Total Calories Burned ~ 3871.2 . .



Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah maka terlaksanalah acara Kayuhan Pecah Lemak Raya 2009 seperti yang dijanjikan dengan penuh 'adat dan istiadat' nya. Misi ini juga telah memecahkan rekod peribadi aku. Pada hari pertama sejauh 148.84 km jarak kayuhan yang betol-betol menguji segala jenis ketahanan baik dari segi mental dan fizikal. Muka dan lengan 'terbakar', kedua-dua belah jari tangan aku kebas, itulah penangan KPLR. Apa pun hati aku puas. Kayuhan aku 'serlow - serlow' tapi lancar, aku tidak memaksa diri just maintain speeding 20 ~ 25 km/h ajer, janji sampai. Seperti yang diharapkan, aku berjaya dengan selamatnya pergi dan balik di samping berjaya mengelakkan perkara yang paling tidak diingini . . . Alhamdulillah . . .

Kepada para peserta SYABAS kepada anda semua, tidak kira samada anda berjaya atau gagal menamatkan kayuhan. Yang penting dapat ramai kawan baru, dapat mengenali antara satu dengan lain dan mengeratkan tali persahabatan, itulah kejayaan kita yang sebenarnya. Anggaplah segala 'provokasi' mahu pun 'perang saraf' sebelum kayuhan sebagai dorongan dan semangat dan janganlah simpan di hati.

Kepada pihak penganjuran yang didokong oleh TRM, RamlySP, Manjung Team, Pak Megat & Khalib tahniah kepada anda semua di atas kejayaan penganjuran ini. Tidak lupa juga kepada 'Kerajaan Thailand' yang memberikan kerjasama yang sungguh mengagumkan. sampai buncit perut punya dok jamu ayaq. . . Semoga kita berjumpa lagi . . .

Friendship . . .

Wakil pihak penganjuran Cg Loso @ Wa Don mengucapkan hormat dan takzim kepada pihak Thailand sebelum semua peserta berlepas pulang . . .

Sejurus sampai di 'garisan penamat', jam 4.15 petang . . . gambar ihsan dari Cigu Fisol . . . terima kasih cikgu . . .


LAGI BERITA AKAN MENYUSUL ... NANTIKAN BERITA
'RIDER OF THE RIDE' ...

2 comments:

  1. Razif & rakan-rakan peserta KPLR09...tapik spring..krn dpt menamatkan kayuhan ni...semoga sukan berbasikal dpt melahirkan insan-insan yg sihat dan berdisipln..tak dpt join..krn bertugas

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semua selamat..
    Hebat abang kita ni... dapat menamatkan kayuhan KPLR 09 tu... Tabik spring la... Apa macam bukit Wang Klian tu kacang ka? he hee

    ReplyDelete