Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 29, 2009

Bye-bye MERIDA ...

Bye~bye MERIDA . . .
Tarikh Kejadian ~ 28 Oktober 2009 . . .
Lokasi Pemunggahan ~ Jamil Best Kal Enterprise . . .
Setahun lebih aku menggunakan khidmat MERIDA TFS 300 ni, oleh kerana 'prestasi' yang kurang 'memberansang'kan dan kurang 'keselesaan' terutamanya semasa KPLR 2009 sekali lagi aku tanpa membuang masa selepas menerima nasihat dari beberapa sahabat yang pakar dalam bidang perbasikalan untuk beralih arah kepada 'jentera' baru iaitu GIANT XTC Team. Cuma framenya ajer, komponen lain masih yang lama jugak. Mudah~mudahan jentera baru ini boleh menambahkan lagi nafsu kayuhan aku pada masa akan datang dan mungkin akan kayuh lebih jauh lagi dari Hatyai tempoh hari . . . InsyaAllah . . .

Pertama kali aku sampai di Kedai Bang Jamil . . . walaupun dah bertahun~tahun dok lalu depan kedai dia tapi tak perasan la pullokpp . . .

Bang Jamil 'menyedekahkan' senyuman mautnya . . .

Pemandangan indah di ruang kedai Bang Jamil . . .

Bang Jamil mula 'melondeh' komponen dari MERIDA TFS 300 . . .

Bukan takat Bang Jamil saja, Khalib dan Tok Megat pun bertungkuih lomoih jugok . . .




Inilah dia rupa paras GIANT XTC Team aku . . .


Pandu uji oleh saudara Mait Apit . . .


Dan akhir sekali oleh 'tuan tanah' . . . he he he . . .

Pedoman untuk diri Aku :~

Kayuhlah ikut kemampuan . . .

Walau apa pun 'jenama' yang digunakan, semuanya adalah berdasarkan kemampuan individu itu sendiri . . .

Jangan salahkan permukaan tanah yang tidak rata kalau kita sendiri tidak tahu menari . . .

Ride for fun, health n to find friends . . .

Ayuh lah kita . . . Kayuh tetap kayuh . . .

3 comments:

  1. Salam Razif!
    bestnya body baru,
    semangat misti baru.
    jaga kau 'Gunung Inas'
    he he....
    "kayuh tetap Kayuh"

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana menjadi keluarga GIANT.
    Akupun pakai Merida, Bianchi, BH, tapi Giant juga yg lekat betui...
    Baru jumpa dan sembang ngan Amin Betong petang tadikat kedai dia, katanya ada gang SP organise ride Betong pada 21 Nov ni nu.
    Baguih la...Boleh testing Giant XTC kat Kebun Bunga.

    ReplyDelete
  3. Razif> Selamat tinggal MERIDA.. Aku saja masih dgn yang lama.. setia.. Tapi aku suka pada ayat terakhir dalam post tu..

    Pedoman untuk diri Aku :~

    Kayuhlah ikut kemampuan . . .

    Walau apa pun 'jenama' yang digunakan, semuanya adalah berdasarkan kemampuan individu itu sendiri . . .

    Jangan salahkan permukaan tanah yang tidak rata kalau kita sendiri tidak tahu menari . .
    .

    ReplyDelete