Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 20, 2009

KPLR 2009 . . . Hari Ke ~ 2 . . . Home Sweat Home . . .

Tidak ada aktiviti sampingan sepanjang bermalam di Hatyai, maksud aku shopping ataupun ronda~ronda. Cumanya ronda~ronda cari makan dengan Anak Siong, Lontruth, ComeyFZ dan beberapa orang teman lain yang aku tak perasan nama, kalau tak silap aku 12 orang kami malam tu. Macam-macam kami bedal, daging bakar, nasik goreng sea food, tomyam itik, telok dadar dan somtam. Memang sedap, tak rasa lagu di Malaysia. Habis makan kami 12 orang naik tuktuk balik ke hotel. Dreba tuktuk pun naik fenin dan tergelak tengok kelaku kami, mau lingkup tuktuk dia woo terutamanya menampung berat aku ngan Comey . . . kahkahkah . . .

Hari kedua sekadar 97.42 km dari Hatyai ke Kangar via Padang Besar. Flagg Off tepat jam 10 Malaysia. Perjalanan ke sempadan Padang Besar kurang lebih 57 km, terasa lega berbanding kayuhan pada hari pertama. Namun begitu kena berenti di dua tempat bagi menyempurnakan hajat sahabat-sahabat untuk minuman ringan dari sahabat Hatyai MTB dan Taratao MTB. Thank You Thailand . . . Selepas melewati imigration Padang Besar semua 'serabut' kayuh hari pertama semalam hilang entah ke mana. Legaaaa . . . segala-galanya selamat, cuma ada sedikit kemalangan kecil yang melibatkan 'peloton penyamuns' sewaktu hujan turun kira-kira 12 km ke sempadan. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius dilaporkan.






















































No comments:

Post a Comment