Hari pertama KPLR, jarak kayuhan 148.84 km. Hari ini dalam sejarah, jarak yang paling jauh pernah aku buat sepanjang setahun jagung berkecimpung dalam dunia MTB. Cukup perit tapi tetap seronok walaupun kedua belah tapak tangan kebas sampai ke hari ini. Misi aku pada hari pertama berjaya disudahkan dengan jayanya tanpa sebarang situasi buruk yang berlaku, syukur pada Allah. Beberapa kali jugak 'tertipu' dengan jarak papan tanda yang dipamerkan sepanjang 30 km terakhir ke Hat Yai. Rasa macam kayuh tak mau nak sampai-sampai. Apa pun kayuh tetap kayuh jugak. Berenti merata, asal berenti saja minum, minum dan minum. Pada km yang ke 97 baru aku dapat 'tangkap' tiga sahabat RCT, Fuad Iguano, Rani Merida dan Pak Ya, tu pun masa tu depa dok tengah 'melantak' sup perut hehehe ( maaf pada Pak Ya kerana terpaksa meninggal kan anda di 20 km terakhir ) seterusnya kami bertiga tiba di Hotel Florida dalam lingkungan 5.30 petang . . .
Dahaga betul tu . . . terima kasih pada tuan-tuan semua . . . sewaktu di sini aku di'derma'kan pisang . . .
Besok ~ Last Update . . . Ragam Hari Ke - 2 . . .
No comments:
Post a Comment