Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 11, 2010

Semuanya Pasai RUN '10 . . . hehehe . . .


Tarikh: 11 Mac, 2010 . . .
Route: Lunas ~ Baling ~ Gunung Inas ~ Baling ~ Lunas . . .
Distance: Kena tanya Odd . . .
Riders: Odd, Mait Apit, Khalid Iron Man n Wan German . . .

Assalamualaikum . . .

Cerita hari ini berkisar kepada kehadiran tiba 'Ride Up North' kali yang pertama yang bakal tiba. Semua penggemar MTB seluruh Malaysia dengan cara masing-masing pakat dok 'pekemaih' diri sendiri demi untuk menjayakan RUN 10. Aku sendiri pun 3 hari 'back to back' panjat Gunung Inas, sekadar latihan untuk berhadapan dengan Bukit Botak . . . hehehe . . . Latihan tetap latihan, apa nak jadi di RUN 10 tak ketahuan lagi, insyaAllah harap tu yang baik-baik sahaja.

Begitu jugalah rupanya 3 orang sahabat kita ni Odd, Mait Apit dan Khalid Iron Man, sanggup mai dari Lunas mengharungi cuaca panas terik membina daya tahan untuk RUN 10 nanti, fuhhhh hebat . . . Begitu juga dengan Wan German, semasa aku nak balik ke pejabat selepas 'breakfast', nampak Wan laju saja lintas depan opis aku. Tak dan nak 'keloi' Wan, laju sungguh. Aku cuba hambat dengan moto pun tak dapat jugak, amboiiihhh laju sungguh. Cari no hp Wan tak dak, call Bang Ly tanya, last-last dapat jugak cakap dengan Wan. Wan kata " tu baru latihan ringan saja bang " . . . hehehe . . . dasyat-dasyat . . . Tu tak termasok lagi latihan yang Tok Megat anak beranak buat, dengak kata pagi petang layan offroad belakang rumah Khalib . . . huiiyoo . . . hebat . . .hebat . . . habis lah aku RUN 10 nanti, aduhhhhaaaiiii . . .

Ni dia para peserta yang baru memasuki jajahan Baling . . .

Mait Apit . . . makan pulut dakap sampai 3 ketoi . . . hehehe . . .

Odd . . . tengah menjampi serapah . . .

Tukang tarik . . . Khalid Iron Man, cool saja . . .


Masa makan tengahari selepas Odd, Apit dan Khalib turun dari Gunung Inas tetiba saja muncul Anak Siong ni . . . hehehe . . .



Nota:

Gunung Inas adalah salah satu 'route' yang menarik untuk 'latihan ringan' seperti mana yang Wan German kata, kalau tidak masakan Wan, Odd, Apit dan Khalid sanggup 'menyeksakan' diri mereka mai jauh dari Lunas untuk menawan Gunung Inas . . . Bravo . . .



Publish Post

Saturday, March 6, 2010

Lata Mengkuang . . . @ . . .'Kaki Tarik' . . .

Date: 6hb Mac 2007,
Route: Baling ~ Lata Mengkuang ~ Baling . . .
Distance: 62.46 km . . . Hilly . . .
Calories Burned: 1198.3 . . .
Participated by: Me, Anak Siong, Yus 'Kaki Tarik', Nizam Imigresen, Apit P. O, Cikgu Fizan, Cikgu Azlisham n Hazwan . . .

Salam sejahtera . . . Asal mula hari ini nak kayuh ikut cita rasa Nizam yang beria-ia nak ke Kuala Ketil (89 km 'home n away'). Golek dari rumah aku jam 8.15, baru 2 km kayuh terserempak dengan Apit P. O n Co. Selepas disoal siasat depa on the way nak ke Lata Mengkuang, selepas 'mesyuarat' majoriti nak kayuh ke Lata Mengkuang, roger . . . tak kisah mana pun, janji kayuh.

Maka bermulalah episod 'tarik menarik' dan 'cucok mencucok'. First 5 km Yus dah buat 'hal', padan la pulak dengan Nizam, tak dan apa-apa dok provok, cucuk pungkok Yus, kebetulan pulak hari ni Yus bawak RB dia. RB ibarat Proton Perdana kena cucok dengan MTB (Perodua Kancil) mau tak 'panas telinga' kawan . . . hahaha . . . dari 25 km/h naik mencecah sampai 39 km/h . . . aaarrrggghhh tak boleh tahan baru 10 km sementara nak sampai jajahan Anak Siong (15 km), nasib baik handphone bunyi, alasan kuat . . . hehehe . . . aku just maintain 28 - 30 km/h membiarkan Yus, Nizam n Hazwan 'tarik menarik' dan 'cucok mencucok' antara mereka . . .

Km yang ke 25 dah dapat 'buah tangan', climbing zone Bukit 10% . . . pacak giler . . . lutut berlaga dagu . . . peluh sampai siku . . . tapi Cikgu Fizan steady saja dia . . . bravo Cikgu . . .

Apit sampai jatuh tergolek . . . hahaha . . . "toloooong, jangan ambik gambag aku weeiii" . . .

Ni sorang lagi, senyum saja . . . 'staff baru' . . . hehehe . . . Cikgu Azlisham . . .

L~R: Anak Siong, Apit P. O, Yus, Hazwan, Aku, Nizam, Cg. Fizan n
Cg. Azlisham (mencangkung) . . . .

Time balik cuaca semakin panas, tapi hati semua kami puas. sambil-sambil tu aku ngan Nizam dok 'chating' pasai MTB cucok pungkok RB. Kami dua-dua orang dok gelak sama-sama kami, cuba kita pakat-pakat imagin sat macamana keadaan MTB cucok pungkok RB yang kayuh cecah sampai 40 - 45 km/h, pusing-pusing belakang tengok MTB dok ikut belakang sambil dok kenyih, tapi dia tak 'over take' RB tu, mau nak terlentang 'memba' yang bawak RB tu . . . hahaha . . . mental . . mental . . .

Terima kasih pada yang hadir hari ini dan jumpa lagi . . .




Monday, March 1, 2010

Daftar Segera . . . 'Kayuhan Ada Uummpphh' . . . Betong Offroad . . .


Salam sejahtera,

kepada semua pencinta 'basikal bukit', di atas permintaan ramai yang tak dapat ditolak maka pihak 'penganjur' di sini ingin memaklumkan kesinambungan daripada 'Betong Mountie Ride' tempohari diteruskan pada tarikh seperti di bawah, dan dengan ini juga diumumkan pada kadar yang serta merta pendaftaran untuk kayuhan tersebut adalah dibuka dengan seluas-luasnya . . .

Tarikh: 17hb April 2010 . . . Hari Sabtu . . .

Jarak Kayuhan: 45km ++ . . .

Bayaran Penyertaan: RM 35 untuk seorang . . ( Hotel dan Logistik) . .

Tarikh Tutup: 03hb. April 2010 . . .

*Pendaftaran perlu beserta dengan bayaran . .


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Saudara Megat Abdul Halim . . . 0134331909 . . .



"Rules Of The Ride"

"Enjoy The Ride . . . . Enjoy The Pain"

"Train ur' Legs . . . Train ur' Brain"

"Short Break . . . . . Long Ride"

"You Eat . . . . You Pay"

. . . ~ No Helmet, No Ride ~ . . .



PERINGATAN...!!!

Untuk tidor sana dengan aman dan damai
masing-masing jangan lupa bawak

. . . BORDER PASS . . .

. . . PASSPORT . . .






Wednesday, February 24, 2010

Kayuhan Amal . . . 'Namun Ku Punya Hati' . . .




Tarikh:~ 28th Feb. 2010 . . . Ahad . . .
Masa: ~ 07.30 pagi . . .
Starting:~ Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas . . . .


Untuk 'details' sila klik . . .

Jangan lupa kita mai ramai-ramai . . . berkayuh sambil beramal . . . sihatkan badan serta teguhkan kerohanian . . . InsyaAllah . . .






Tuesday, February 16, 2010

Satu Hari 2 Gunung . . .

Date: 16th Feb. 2010 . . .
Route: Baling ~ G. Inas ~ P/Hulu ~ G. Paku ~ Nenering ~ Baling
Distance: 75.69 km . . .
Calories Burned: 1664.3 . . .
Max. Speed: 77.1 (during downhill Gunung Inas) . . .
Riders: Me, Hj. Ramly, Bos Fadhil, Wendy, Nizam, Anas, Cg. Zubir (Perlis) n Ferhoud . . .

Satu hari belasah 2 gunung, semua orang suka naik gunung. Nama kata gunung memang best 'nikmat' nya. Gunung Inas dan Gunung Paku, first time aku balon sekali guih. Sebelom ni tak pernah. Selalu kalau kayuh Gunung Paku mesti mula di Petronas Kroh. Rolling Gunung Paku ke Felda Nenering memang 'cun', bernafas pun kot semua lubang yang ada. Downhill sikit pastu climbing pulak nala punya dok ada. mental habis, dalam cuaca panas pulak huhhh . . .

Golek dari Baling jam 7.45 pagi, jumpa Bang Haji awal lagi sesudah Subuh di depan Restoran Ketapang. Kelmarin Bang Haji maklum nak ride Gunung Inas n Gunung Paku mintak tolong ejas dengan Kroh MTB, roger n out. Mula-mula aku tak mau ikut sebab hari ini dah mula keja, tetapi memandangkan dua hari selepas kayuh 'Tarik Maksima' aku asyik makan saja, tak boleh jadi kena join jugak, ejas dengan bos di pejabat dia kata ok habis kayuh mai isi borang cuti . . .

Cuma Bang Haji n bos Fadhil saja brek 'tak makan', depa 2 bawak roadbike terus terlajak masok Betong, aku dan yang lain terus injut balik Baling . . .

Selepas panjat Gunung Inas, berkumpul depan Petronas Kroh . . .




Cg. Zubir dari Perlis, pernah jumpa di KPLR 09' yang lalu. Balik rumah mertua di Baling, tak sangka pulak no, selalu bila balik Baling dia kayuh sorang-sorang, lepas ni jangan segan silu halo saja kita kayuh sama-sama. Hari ni 'rezeki' Cg. Zubir, asal mula nak kayuh sampai Petronas saja, kena tangkap dengan Bang Haji dan bos Fadhil atas Gunung Inas akhirnya kena pelekoh naik Gunung Paku sekali . . . ambik kau . . . hehehe . . .


Wah . . . ! ! ! . . . Anas pun dah terus mengganas, kayuh pun belum 2 bulan, beskal pun baru beli, ada kawan yang beli beskal dah 2 tahun tapi Gunung Inas depa tak berani nak panjat lagi syabbas Anas . . . Semua pics hari ini tajaan Anas dengan menggunakan Canon SLX nya . . . thank's bro . . .



Wendy . . .







Rekod baru aku, turun Gunung Inas . . . hehehe . . .


. . . Sekian . . .

Lepas ni mana pulak? Tolong habag mai . . . hehehe . . .

Sunday, February 14, 2010

Baling ~ Sik . . . @ . . . 'Tarik Maksima ' . . .

Date: 13th Feb 2010 . . .
Route: Baling ~ Parit Panjang ~ Sik ~ Baling . . .

Distance: 89.94 km . . .

Calories Burned: 1648.4 . . .

Participated by: 9 Rider's . . . Me, Bos Fadhil, Angah, Kpl. Shahrom, Tn. Nordin, Sjn. Mael, Yuih, Anak Siong n Zainudin . . .



Asal mula tak mau kayuh belah pagi, saja nak 'relax'kan lutut yang terasa sakit sebab petang kemarin 'gatai' pi dok joging dengan bini. Joging tak jauh pun, 5 km saja tapi mak ooiii biasalah lama tak joging macam nak tercabuik lutuik . . . Pagi ni Tuan Padel pulak mai membawak 'ugutan' . . . "kalau hang tak join hari ni aku tak kan kawan ngan hang dah" . . . huihhh gerun tuu . . . last last lutut pun terus lega . . . hehehe . . .
Taya golek agak lewat, lebih kurang 8.30 am, sebulan dua ni cuaca pukul 8.00 pun dah panas lit lit. Mana dengan terik matahari bercampur dengan bahang tar yang meruap-ruap mak oiii 'nikmat'nya kayuh . . . Kayuh 'serlow-serlow' pun habis keluar toksid dalam badan, habis baju 'berkemutih' nampak huduh . . . Tambah-tambah lagi dok cucok pungkok Yuih, Anak Siong dan Zainudin . . . MasyaAllah depa tarik sampai 40 km/j . . . aduuuhhh tak tahan, memang buleh tercabuik lutuik ikut depa ni . . . Last 15 km sebelum sampai Baling dari Kg. Lalang kami 3 orang injut 25 minit sampai depan rumah aku . . . aarrgghhh puas, my personal best . . . sampailah pagi ini betis dan paha rasa macam ada ketoi batu tersangkut kesan dari 'tarik maksima' . . . hehehe . . .

Bos Fadhil dan warisnya . . . Angah . . . started dari Kroh . . .


Tok Megat pun ada, on the way to Kelantan untuk join Mahligai Extreme . . .


Awai-awai lagi dah cucuk mencucuk . . .

First 25 km . . . Depan Petronas Parit Panjang . . .

Dari kanan . . . Zainudin, Kpl. Shahrom, bos n Angah . . .

Siapa besar . . . ? ? ? . . .

Tuan rumah merangkap penaja makan tengahari (adinda Tuan Fadhil), sedap tak tau nak habag . . . terima kasih banyak-banyak Cikgu Din, terima kasih daun keladi . . .

Semua tak panggong kepala . . .

Gendang gendut tali kecapi . . .

Last check point . . . Lata Mengkuang . . .

Sjn. Mael . . .


Kepada semua terima kasih,
harap semua anda enjoy.
Kayuhlah sepertimana citarasa anda,
kayuhlah ikut kemampuan anda,
janji kayuh keluar peluh dan badan pun sihat . . .
InsyaAllah . . .


. . . . Sekian . . . .

Tuesday, February 9, 2010

Early Edition . . . Breakfast Ride . . . Sg. Petani ~ Baling ~ Betong ~ Sg.Petani . . .

9th Feb. 2010 . . .
Riders: Hj Ramly, Cg. Din n Saiful Manjung (SP),
Nizam Imigresen n Yus Kroh . . .

Dah dua hari aku tak layan internet, blog pun tak tengok. Jadi berita 'Breakfast Ride' ni baru tau pagi tadi selepas Bang Haji call jam 9.09 am, masa tu depa dah sampai area Kupang, Bang Ly kata "nak masok Baling nak lalu depan rumah hang, nak mintak lalu la . . ." hahaha . . . 1 jam 15 minit depa sampai di Ketapang Billion Baling, mak datoook !!! laju tuu . macamana aku nak pakai RB, pakai RB kena laju, aku serlow-serlow saja . . . Sejak pakai RB ni Bang Haji dah semakin ganas, ganas seganas ganasnya, distance mesti mau 100 km keatas . . . dahsyat . . . ! ! ! . . .

Sehingga lah berita ini sedang ditulis, Bang Haji dan rakan-rakan ditemani Nizam dan Yus masih 'bercengkarama' di Betong . . . HIDUP BETOOONNNGGG . . . . Khabarnya Bang Saiful Manjung first time layan Gunung Inas, bravo bang bravo . . .







. . . Sekian . . .