Route: Baling ~ G. Inas ~ P/Hulu ~ G. Paku ~ Nenering ~ Baling
Distance: 75.69 km . . .
Calories Burned: 1664.3 . . .
Max. Speed: 77.1 (during downhill Gunung Inas) . . .
Riders: Me, Hj. Ramly, Bos Fadhil, Wendy, Nizam, Anas, Cg. Zubir (Perlis) n Ferhoud . . .
Satu hari belasah 2 gunung, semua orang suka naik gunung. Nama kata gunung memang best 'nikmat' nya. Gunung Inas dan Gunung Paku, first time aku balon sekali guih. Sebelom ni tak pernah. Selalu kalau kayuh Gunung Paku mesti mula di Petronas Kroh. Rolling Gunung Paku ke Felda Nenering memang 'cun', bernafas pun kot semua lubang yang ada. Downhill sikit pastu climbing pulak nala punya dok ada. mental habis, dalam cuaca panas pulak huhhh . . .
Golek dari Baling jam 7.45 pagi, jumpa Bang Haji awal lagi sesudah Subuh di depan Restoran Ketapang. Kelmarin Bang Haji maklum nak ride Gunung Inas n Gunung Paku mintak tolong ejas dengan Kroh MTB, roger n out. Mula-mula aku tak mau ikut sebab hari ini dah mula keja, tetapi memandangkan dua hari selepas kayuh 'Tarik Maksima' aku asyik makan saja, tak boleh jadi kena join jugak, ejas dengan bos di pejabat dia kata ok habis kayuh mai isi borang cuti . . .
Cuma Bang Haji n bos Fadhil saja brek 'tak makan', depa 2 bawak roadbike terus terlajak masok Betong, aku dan yang lain terus injut balik Baling . . .
No comments:
Post a Comment