Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 7, 2009

Breakfast Dengan RamlySP...

Pagi ni aku tak kayuh. Aku tunggu kehadiran Abang Ramly dan rakan2 nak mai Baling. Maklumat dari Bang Ly pada mulanya kata 8 riders alih2 bertambah lagi 2 riders yang tidak diduga akan kehadiran mereka. Kali ni Abang Ramly bawak 3 jagoan TRM iaitu ZanKX, Cikgu Loso (kedua2nya first time aku jumpa) dan Wan Shahidan berserta dengan Wan German, Riza 'Rodie', Bang Said TRJ, Abang Roslan Mobil (pun first time aku jumpa jugak), Zaidi PFK dan Abang Yusof. Lebih kurang dalam pukul 8.00 Bang Ly call aku dia baru tolak dan maklumkan depa mungkin akan sampai dalam pukul 10.30 pagi. Tapi dalam pukul 10.04 pagi Bang Ly call aku sekali lagi memaklumkan rantai Roslan Mobil putus. Aku bergegas ke lokasi yang lebih kurang 4 km saja lagi sebelum sampai Baling (pekan Pulai). Apa yang mampu aku tolong hanyalah menunda Abang Lan berserta beskalnya ke pekan untuk dibaik pulih. Kepada Abang Lan mohon banyak kemaafan sekiranya servis di kedai beskal tu kurang bagus, sebab di Baling kedai tu saja lah yang ada pun, kedai lain aku kurang confident...

Cuaca pagi ni cukup indah sekali...

Malang tak ada bau, beskal Abg Lan putuih rantai...sorry la Abg Lan kedai ni saja yang ada...

Pagi ni meja panjang ni kita konker habis, orang lain tak leh tumpang...

Bro Wan Shahidan sedang 'memunggah' peha ayam kampung...

Riza (atas) dan Wan German (bawah), depa 2 ni dan lagi pi lepaih gian ragaih Gunung Inas...


Abang Ramly and ZanKX, senyum selalu...

Cg. Loso bersama pemegang rekod paling laju downhill Gunung Inas, Abang ROSLAN MOBIL 75km/h...

Aku tanya Bang Chop, Zaidi tu dah kawin ka? Bang Chop kata yang no 2 belum lagi he he he...

Bang Said TRJ, selalu chating dalam chat box, hari ini bersua juga...

Aku dan Cg. Loso yang serius ajer, gerenti murid2 dia cuak tengok dia...

Posing dengan ZanKX yang saiz badan dia setengah aku ajer...

Sweat memory, bila nak jumpa pulak tak tau lagi...
Berdiri: Riza, Wan German, ZanKX, Zaidi PFK, Wan Shahidan, Razif, Abg Roslan Mobil & Abg Said TRJ.
Duduk: Cg. Loso, Abg Yusof & Abg RamlySP...

Cg. Loso, still serius and focus...

Wan Shahidan me'leading' ZanKX...

Wan German...

Riza dan Zaidi, (bawah) Abang Ramly aksi ketika balik...

Selamat jalan dan panjang umur jumpa lagi...

Yang lain aku tak sempat ambik gambaq depa sebab dah laju ke depan...

1 comment:

  1. kerana nak jumpa Cik Razif lah saya boleh sampai keBaling hari ini pasai stamina hanya Taman Ria Jaya -Kuala Ketil-TRJ.
    Walau apa pun kita jumpa lain kali
    Terima kasih atas segalanya.

    ReplyDelete