Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 6, 2009

Kayuhan 'Stim'...

Nampaknya aku dah mula 'stim' dengan Gunung Inas. Seawal sesudah subuh bini dah tanya, "bang, pagi ni nak 'kayuh' mana pulak...? Aku jawab, Gunung Inas. Semalam aku dah mesej kat Yusri Kroh MTB bagitau aku nak panjat Inas esok pagi, Yus kata roger dan pagi ni dia bawak Nizam, Harun dan 'amoi' Wendy untuk join ngan aku... Kami habiskan 20 minit untuk minum pagi dan lebih kurang pukul 8.55 a.m kami mula panjat Gunung Inas. Atas permintaan ramai dan untuk menjimatkan masa Wendy yang bergegas untuk mengajar kelas tutionnya kami ambik keputusan untuk panjat ikut jalan lama...


8.32 pagi, Yus dan rakan2 sampai di Baling, eh... eh... ada 'amoi' la...

'Amoi' Wendy, nice to ride with u, but aku tak sempat nak duet ngan dia, dia ada kelas tution..next time I will 'catch' u...

Saudara Harun, dulu berat dia 90 lebih kilo, tapi sejak aktif dalam MTB dah susut tinggal 80 kilo ajer...

Biasalah bila sampai Kroh 'wajib' bagi aku untuk ke warung Haji Zullah ni. Kuah dhal capati dia resepi original dari Mumbay...Sekali rasa pasti nak lagi...

'Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut kenyih sampai nampak gusi'...yang di tengah tu Zul, puas kami empat orang menangkis serangan dia untuk belanja kami pagi ni...he...he...he...thanks bro...

Pulun yeop kejooor... Harun(L) & Nizam(R)...

Ooooppss, berenti...!!! berenti...!! ada road block la pullokp...

Selepas melewati sekatan Polis...

Aku yang keseorangan, hu...hu...hu...

Time balik aku memberanikan diri untuk 'snap' kelajuan aku, gayat woooii gerunnn...Menurut Abang RamlySP, saudara Roslan Mobil pernah cecah sampai 75 km/h sewaktu downhill Gunung Inas...Fuii caya lah...


No comments:

Post a Comment