Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 28, 2009

Kayuhan d' Langkap...

Hari ini buat pertama kalinya aku sampai puncak Bukit Langkap. Memang dua tiga hari sebelum ni aku ada pasang angan-angan nak mai layan Bukit Langkap. Petang hari Khamis, lepas kerja hujan turun, tak leh kayuh, aku balik rumah bukak blog tengok 'chat box' aku ada mesej dari Bang Megat tanya "minggu ni kayoh mana?" Aku tak dan nak jawab dia tulis pulak "jom kayoh Bukit Langkap". Ehh...ehh..Bang Megat ni macam tau-tau la pullok...Aku terus halo kat dia, "kalau kerja saya selesai hari Jumaat, pagi Sabtu InsyAllah saya sampai..."Seperti yang telah ditakdirkan maka sampai lah jugak aku akhirnya di puncak Bukit Langkap...bertemankan beberapa orang sahabat yang diketuai oleh Abang Megat dan anaknya Imran, Pon 'Alia Corner' Tasek Gelugor, Hafzan, Chun dan Mie. Jadi kepada semua diucapkan terima kasih daun keladi terutamanya kepada Abang Megat dan keluarganya yang baik hati...nanti bila-bila aku mai lagi...Sebelum mai aku ada jugak smawa Odd dan Pon Hawk MTB tapi depa terpaksa menarik diri kerana Odd demam dan Pon pi kayuh di Jitra...Tak pa mungkin hari ni tak dak jodoh aku dengan depa...he he he...Walau macam mana pun Odd mesej kat aku kata dia hantar dua orang 'bonzer' dia teman aku kayuh hari ini...he he he...

Masa aku sampai depan traffic light Tunku Bainun, aku jumpa dua bro 'rodie' ni, mula-mula aku ingat depa nak kayuh ngan aku tapi dak depa nak pederaih pi Kulim...

Tanpa buang waktu dan lagi aku posing ngan depa...baju putih tu Haji Zol...yang merah tengah tu lupa nama nya...sori bro...

Inilah dia para 'pendaki' Bukit Langkap Hari ini...
L>R: Mie, Hafzan, Chun, Aku, Abang Megat, Pon 'Alia Corner' Tasek Gelugor dan Imran...


Jom kayoohh...

Abang Megat dan Chun, slow and steady...

Imran dengan beraninya memulakan pendakian Bukit Langkap...

Lepas ni giliaq sapa pulak...

Pon 'Alia Corner', senyum ada makna tuuu...

Di pertengahan, semua rileks sat...ambil nafasss...

Chun, salah seorang 'bonzer' Odd...

Anak bapak...

Berlatarbelakangkan Bandar PERDA...

Tu dia aihh sampai melelong-lelong...lagi sikit ajer dah nak sampai puncak....

Dah sampai pun...belakang tu Empangan Mengkuang...

Picture time...

Giliaq aku pulokk...

Mengkuang Dam...nan indah nan permai...

Bersama Chun...

'Bonzer' Odd yang nombor dua, Hafzan...

Bersama 'Taiko'...

Jom 'downhill' pulak...

OOoooitt...Imran hang dok kepak apa tu...

Aksi yang meyakinkan dari salah seorang peserta...sapa ha..??

Huiih...laju tu...pelan sikit bang...sat gi tomoih macam di KHT kot...he he he...

Pon, hang dok talipon sapa pulok dah, bini ka..?

Aksi aku lagi...wah banyak la aksi aku hari ini... Nak tau sebabnya, terima kasih pada Abang Megat kerana sudi menyusahkan diri dia untuk jadi kamera man bagi merakamkan aksi kami...90% gambar hari ini dirakamkan oleh Abang Megat...terima kasih bang...

Kot ni pakcik kot ni...Imran menunjuk arah...

Kalau saja-saja tarak pasai aku nak lalu kot bawah tunnel ni...di atas tu highway BKE...

Sebelah kiri tu Mie, macam pelesit...masa kami baru sampai puncak dia dah dok tunggu kami kat bawah dah...dia kata cemuih tunggu hang pa lambat sangat...he he he...

Downhill balik...

Imran yang licik di laluan licin...


Laluan sawit...





Climbing lagi...

Pulun...pulun...

Bukit Langkap yang telah kami tinggalkan...







...Sekian lah adanya...

1 comment: