View Larger Map
Mula-mula hari ini ingat tak mau kayuh, kononnya nak simpan tenaga untuk Jamboree Kulim esok. Tetapi nafsu telah mengatasi segala-galanya. Aku kayuh jugak. Kayuh panjat Gunung Paku. Nak tau tang mana Gunung Paku? Dari Pengkalan Hulu (Kroh) cuma lebih kurang 18km, tapi kami tak terus kayuh dari Pengkalan Hulu, kami masuk ikut jalan belakang melalui Felda Lepang Nenering dan pekan Kampung Lalang, total distance cuma 48.66 tapi, fullamak meleleh wooo...Ketinggian Gunung Paku dari paras laut ialah 402 meter, lebih tinggi dari Gunung Inas yang cuma 320 meter saja dari paras laut. Kayuhan hari ini cuma disertai oleh 5 orang peserta yang mana 2 darinya adalah peserta undangan...Sebelum kayuh ada sesuatu yang menarik telah berlaku, nak tau apa dia...? aku bawak kamera tapi terlupa bubuh memory kad...ha ha ha...jadi terpaksalah aku tangkap gambaq pakai handphone ajer...
Menuju puncak Gunung Paku...2 km climbing, ketinggian dari paras laut - 402 meter, menurut catatan pada jam Sukri...time ni aku tak dapat nak ambil gambaq banyak sebab terlalu memberi focus climbing...
Hat ni bahaya, jangan ada sapa-sapa dok gatai tangan pi tambah tang huruf L tu dengan huruf T...ha ha ha...
Lepas pekena capati Haji Zullah depan Petronas aku tumpang Zainudin balik Baling...kelihatan Zainudin sedang bertungkus lumus memperbetolkan kedudukan beskal aku...terima kasih bro...
Di sini juga aku mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Zainudin dan Sukri kerana sudi untuk join kayuh pada hari ini. Dengak kata Zainudin baru sampai dari KL pukul 5 pagi tadi, syabas bro...!!! bila-bila cuti mai lagi. Kepada Sukri, hang jangan serik no, balik cuti kita layan. Tak lupa jugak kepada Tuan Fadzil dan Yusri, terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan peransangan yang membina mental dan endurance aku...JUMPA LAGI...
No comments:
Post a Comment