Monday, August 31, 2009
Friday, August 21, 2009
Wellcome Ooohh Ramadhan ...
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surotul Baqarah ayat 183 ...
Ramadhan menjenguk lagi, sedari awal kedatangannya memang dinantikan. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT menjalani ibadah PUASA kepada semua umat Islam, semoga dapat menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan. Carilah KEREDHAAN ALLAH S.W.T.
Bulan Ramadan merupakan masa untuk kita umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolah, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja kita umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
"Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusidan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah: Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya; Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia; Mengawal perut daripada merasai
makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal; Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga". (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.
Sabda Rasulullah,
Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai; 6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan. Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Ramadhan jugalah bulan untuk mendisiplinkan diri manusia agar berjimat cermat bukan membazir. Berbelanjalah seadanya tapi jangan mengikut nafsu. Ingatlah mereka yang membazir itu adalah saudara syaitan. Banyakkanlah
berdoa dan memohon keampunan dari Allah, mudah-mudahan kita dijauh dan dihindarkan dari api neraka Allah ...

Sekian, mudah-mudahan puasa kita kali ini mendapat keberkatan dan diterima olehNya sepenuhnya ... InsyaAllah ...
'Les Copaque' ... Friday, Sawit Ride ... + ... DG Tower ...
Lokasi ladang sawit di Ambangan Height dan menara DiGi ...
Penyertaan 22 orang riders ... Kehadiran yang di luar dugaan ...
Tempat pengumpulan ... Tempat biasa ~ warung depan Cinta Sayang ...
Tayar golek ... Jam 8.01 minit pagi ...
Riders:~
Razif Baling, RamlySP, Nizam, Abang Lan Mobil, Cikgu Din, Pak Mael, Md. Noq Laguna, Tandope, Nasrul @ Lontruth, ComelFZ, Abang Ai Red Flag, Khalib Iron Man, Abdul Hafiz, Abdul Hadi (anak Khalib), Tok Megat, Megat Imran, Saiful Manjung, Zailani, Wan Blitz, Jamil SP, Cikgu Fisol dan Said TRJ ...
Acara hari ini lebih bersifat reakrasi, suka-suka dan syiok-syiok. Yang syioknya sebab dapat jumpa dengan rakan-rakan RedFlag yang kali pertama aku jumpa secara 'hidup' ... Nampak semuanya enjoy belaka. Mungkin kerana nak sambut posa esok kot. Kehadiran riders memang tak dijangka. Sambutan yang cukup hebat. Terima kasih dan tahniah kepada yang hadir dan juga kepada pihak penganjuran. Kayuh sawit memang syiok, peloh berketoi-ketoi. Baru setengah jam kayuh, peluh dah melimpah ruah. Climbing hari ni best, tiga empat kali aku jatuh. Tak dan nak cabut klip kasut. Downhill, macam biasa ... safety first ... banyak tempat aku tolak ... gayaaaat ...
Oklah, kepada semua selamat menyambut Ramadhon Al Mubaraq, maaf zahir dan batin ... InsyaAllah lepas raya kita jumpa lagi ...
... SEKIAN ...
Sunday, August 16, 2009
Day 2 ... Perlis ~ Syiok-syiok Ride ...
Hari Sabtu,
Peserta paling awal dikesan ... Anak Siong n Cikgu Fisol ...
Orang kuat Kayuhan Syiok-syiok ... Saudara Nasri n Ari@Perlis Power ... tahniah bro ...
Elwyn ... first time tengok di pakai t-shirt ... mungkin kemeja tu dia basuh kot hari ni ... hehehe ...
Left to Right ~ Tok Megat, Aku, RushDone n Tandope ... gambar aku kebas dari blog RushDone, harap-harap dapat jumpa lagi dgn RushDone ... InsyaAllah ...

Offroad di Ladang Tebu Cuping ... memang 'karen' route ni, nasib baik time sampai sini cuaca belum terik ...
Mula-mula ingat 2 awek ni nak bagi ayaq free bila sampai finishing, jangkaan melecet, kena bayau maa ...
Ni lah hadiah cabutan bertuah yang aku dapat. Set gelas untuk raya tahun ni, cantik maaa ... tak gadoh beli dah ... hahaha ...
Setakat ni saja, aktiviti kayuhan 'berat' aku akan dihentikan sempena kedatangan Ramadhon Al Mubarak. Sepanjang Ramadhon aku bercadang cuma nak buat kayuhan ringan-ringan saja tiap -tiap hari iaitu kayuh ke pasar Ramadhon ... InsyaAllah ...
... SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH ...
15hb. Ogos 2009,
Lokasi kejadian ~ Hotel Putra Palace, Kangar ...
Memang syiok kayuh di Perlis. Kayuh di kelilingi oleh pemandangan indah negeri Perlis Indera Kayangan. Kayuhan melalui kampung-kampung, dusun, batas bendang dan ladang tebu. Disulami dengan pemandangan bukit-bukau yang cantik. First time aku kayuh di Perlis. Tahniah kepada pihak penganjuran. Nampak sederhana tapi menarik dan meriah. Hati aku puas. Total distance 73.45km. InsyaAllah aku akan datang lagi ke Perlis. Mungkin suatu hari nanti aku akan buat 'solo touring' lepas ni. Projek yang tersemat di hati aku. InsyaAllah mudah-mudahan dikabulkan.
Laluan yang paling syiok sekali dan mencabar adalah tatkala melewati Ladang Tebu Cuping. Mujur waktu aku sampai cuaca masih kurang panas. Alhamdulillah, kayuhan berjalan lancar. Aku sampai penamat kurang lebih jam 11.15 pagi.
Walaupun begitu, suasana meriah pada hari ini dikejutkan dengan tragedi kematian seorang rider Pakcik Yusof, 68 tahun (gambar kecil di bawah , ehsan dari Blog Tandope) dari Kuala Perlis.
Khabarnya beliau mendapat serangan jantung sewaktu melewati kawasan Ladang Tebu Cuping. Mujur ada sahabat dari Perlis MTB memangku beliau sebelum menghembus nafas yang akhir. Kepada ahli keluarga Allahyarham diucapkan takziah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan bersama mereka-mereka yang beriman, insyaAllah.
Sekali lagi tahniah kepada pihak penganjur dengan harapan ada lagi 'event yang lebih besar' di Perlis yang akan menyusul, insyaAllah sokongan akan terus diberikan kepada anda. Terima kasih juga kepada Tok Megat dan Abang Jamil serta rakan-rakan TRM yang 'memeriahkan' suasana sebelum kayuhan. Tak lupa jugak kepada pengurusan Hotel Putra Palace yang menghidangkan jamuan tengahari yang lazat. Terima kasih.
Namun begitu aku ada sedikit kekeciwaan di akhir acara kerana masih belum dapat berkenalan dengan para sahabat seperti PC Mail, RushDone dan Jonz. serta yang lain. Mohon maaf kerana saya tidak dapat mengecam tuan-tuan semua. Mudah-mudahan dapat berjumpa lagi ... InsyaAllah ...
Lokasi kejadian ~ Hotel Putra Palace, Kangar ...
Memang syiok kayuh di Perlis. Kayuh di kelilingi oleh pemandangan indah negeri Perlis Indera Kayangan. Kayuhan melalui kampung-kampung, dusun, batas bendang dan ladang tebu. Disulami dengan pemandangan bukit-bukau yang cantik. First time aku kayuh di Perlis. Tahniah kepada pihak penganjuran. Nampak sederhana tapi menarik dan meriah. Hati aku puas. Total distance 73.45km. InsyaAllah aku akan datang lagi ke Perlis. Mungkin suatu hari nanti aku akan buat 'solo touring' lepas ni. Projek yang tersemat di hati aku. InsyaAllah mudah-mudahan dikabulkan.
Laluan yang paling syiok sekali dan mencabar adalah tatkala melewati Ladang Tebu Cuping. Mujur waktu aku sampai cuaca masih kurang panas. Alhamdulillah, kayuhan berjalan lancar. Aku sampai penamat kurang lebih jam 11.15 pagi.
Walaupun begitu, suasana meriah pada hari ini dikejutkan dengan tragedi kematian seorang rider Pakcik Yusof, 68 tahun (gambar kecil di bawah , ehsan dari Blog Tandope) dari Kuala Perlis.

Sekali lagi tahniah kepada pihak penganjur dengan harapan ada lagi 'event yang lebih besar' di Perlis yang akan menyusul, insyaAllah sokongan akan terus diberikan kepada anda. Terima kasih juga kepada Tok Megat dan Abang Jamil serta rakan-rakan TRM yang 'memeriahkan' suasana sebelum kayuhan. Tak lupa jugak kepada pengurusan Hotel Putra Palace yang menghidangkan jamuan tengahari yang lazat. Terima kasih.
Namun begitu aku ada sedikit kekeciwaan di akhir acara kerana masih belum dapat berkenalan dengan para sahabat seperti PC Mail, RushDone dan Jonz. serta yang lain. Mohon maaf kerana saya tidak dapat mengecam tuan-tuan semua. Mudah-mudahan dapat berjumpa lagi ... InsyaAllah ...
... Sekian ...

Bersama Tandope n orang kuat Perlis Abang Ron 97 ... baju hitam sebelah tu lupa namanya ...
Nombor bertuah aku ...
Setakat ni saja, aktiviti kayuhan 'berat' aku akan dihentikan sempena kedatangan Ramadhon Al Mubarak. Sepanjang Ramadhon aku bercadang cuma nak buat kayuhan ringan-ringan saja tiap -tiap hari iaitu kayuh ke pasar Ramadhon ... InsyaAllah ...
... SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH ...
Subscribe to:
Posts (Atom)