Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 16, 2009

Day 1 ... Perlis ~ Kayuhan Syiok-syiok ...

Salam semua ...

Hari Jumaat malam Sabtu 14hb. Ogos 2009...

Punya teruja dan ghairah nak kayuh kat Perlis aku sampai tersilap masuk ke kawasan rumah Raja Perlis...Hahaha...sesuatu yang melucukan. Terkapa-kapa brader Polis yang jaga kat pintu pagar Rumah Raja Perlis. Kejadian berlaku sejurus aku tiba di Kangar. Macam biasalah, bila dah masok 'rumah' orang mesti la buat lapor diri dulu, kalau tidak alamat kena 'usir' dari negeri kayangan tu. Selepas urusan 'check in' di homestay di Bukit Temiang kami berenam iaitu aku, adik aku, Tok Megat, Abg jamal, Imran dan Hadi (anak Khalib) tanpa berlengah terus bergegas mencari lokasi TRM. Dengan sedikit info dari Pak Mentua adik aku kami berjaya mengesan lokasi TRM walaupun berlaku sedikit kesilapan sewaktu melintasi Titi Raja Muda. Aku terlajak ketika melewati simpang masuk ke Che Ah. Main belasah ajer, tak sangka pulak rumah yang aku masuk nak buat u-turn tu rumah Raja Perlis. Puas jugak dok bertabik kat brader Polis yang jaga di pagar rumah. Tapi menurut maklumat dari ZanKX, Raja Perlis hatinya mulia, kalau berjerembab dengan dia silap-silap haribulan dia pangge masuk minum dulu...Wa Don pulak kata, "kami dok sini pun tak besa dok pi masok tak ketahuan dalam rumah tu"...hahaha...Kadang-kadang kesilapan itu sesuatu yang menguntungkan. Dan pada hari ini juga lah aku baru maklum makna TRM tu ialah Titi Raja Muda yang menjadi lokasi berkumpul para 'penyamuns'.

Dalam dok kalut-kalut malam tu tertinggal pulak kamera di homestay tempat kami nak bermalam, nak patah balik pi ambik pun dah jauh. Jadi gambar yang ada ni pun atas ihsan Wa Don. Kepada sahabat-sahabat TRM yang hadir pada malam itu demi meraikan kami yang diketuai oleh Wa Don, ZanKx, Long Mie dan Dik Man terima kasih di atas baik budi tuan hamba semua. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kepada all of you ... makan di Che Ah memang sedap, semoga jumpa lagi ... InsyaAllah ...



~ ~ ~ ~ ~

... CERITA LANJUT 'PERLIS ~ SYIOK-SYIOK RIDE' AKAN MENYUSUL KEMUDIAN ...

~ ~ ~ ~ ~



No comments:

Post a Comment