Twitter


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 16, 2009

Day 2 ... Perlis ~ Syiok-syiok Ride ...

Hari Sabtu,
15hb. Ogos 2009,
Lokasi kejadian ~ Hotel Putra Palace, Kangar ...


Memang syiok kayuh di Perlis. Kayuh di kelilingi oleh pemandangan indah negeri Perlis Indera Kayangan. Kayuhan melalui kampung-kampung, dusun, batas bendang dan ladang tebu. Disulami dengan pemandangan bukit-bukau yang cantik. First time aku kayuh di Perlis. Tahniah kepada pihak penganjuran. Nampak sederhana tapi menarik dan meriah. Hati aku puas. Total distance 73.45km. InsyaAllah aku akan datang lagi ke Perlis. Mungkin suatu hari nanti aku akan buat 'solo touring' lepas ni. Projek yang tersemat di hati aku. InsyaAllah mudah-mudahan dikabulkan.
Laluan yang paling syiok sekali dan mencabar adalah tatkala melewati Ladang Tebu Cuping. Mujur waktu aku sampai cuaca masih kurang panas. Alhamdulillah, kayuhan berjalan lancar. Aku sampai penamat kurang lebih jam 11.15 pagi.

Walaupun begitu, suasana meriah pada hari ini dikejutkan dengan tragedi kematian seorang rider Pakcik Yusof, 68 tahun (gambar kecil di bawah , ehsan dari Blog Tandope) dari Kuala Perlis. Khabarnya beliau mendapat serangan jantung sewaktu melewati kawasan Ladang Tebu Cuping. Mujur ada sahabat dari Perlis MTB memangku beliau sebelum menghembus nafas yang akhir. Kepada ahli keluarga Allahyarham diucapkan takziah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan bersama mereka-mereka yang beriman, insyaAllah.

Sekali lagi tahniah kepada pihak penganjur dengan harapan ada lagi 'event yang lebih besar' di Perlis yang akan menyusul, insyaAllah sokongan akan terus diberikan kepada anda. Terima kasih juga kepada Tok Megat dan Abang Jamil serta rakan-rakan TRM yang 'memeriahkan' suasana sebelum kayuhan. Tak lupa jugak kepada pengurusan Hotel Putra Palace yang menghidangkan jamuan tengahari yang lazat. Terima kasih.

Namun begitu aku ada sedikit kekeciwaan di akhir acara kerana masih belum dapat berkenalan dengan para sahabat seperti PC Mail, RushDone dan Jonz. serta yang lain. Mohon maaf kerana saya tidak dapat mengecam tuan-tuan semua. Mudah-mudahan dapat berjumpa lagi ... InsyaAllah ...

... Sekian ...

Peserta paling awal dikesan ... Anak Siong n Cikgu Fisol ...

Orang kuat Kayuhan Syiok-syiok ... Saudara Nasri n Ari@Perlis Power ... tahniah bro ...

Elwyn ... first time tengok di pakai t-shirt ... mungkin kemeja tu dia basuh kot hari ni ... hehehe ...

Left to Right ~ Tok Megat, Aku, RushDone n Tandope ... gambar aku kebas dari blog RushDone, harap-harap dapat jumpa lagi dgn RushDone ... InsyaAllah ...

Ameer ... lama tak jumpa ...

Tuan Lt pun mai jugak ...

Peserta tumpuan Imran n Hadi ...



Mula-mula tak perasan sapa, rupa-rupanya Apit ... baju hitam ...

Lama tak jumpa Haji Nik ... bila nak pi Betong pulak Haji ..?

Flag off ...

Suasana pagi yang berkabus ...


Laluan bendang yang luas ...

Offroad di Ladang Tebu Cuping ... memang 'karen' route ni, nasib baik time sampai sini cuaca belum terik ...

Mat Salleh ni kayuh tak kalut tapi 'maintain' jer ...

Saiful Manjung dapat no. 2 ...

Cikgu Fisol, dalam dok sakit mata pun sampai awai jugak ...

Mula-mula ingat 2 awek ni nak bagi ayaq free bila sampai finishing, jangkaan melecet, kena bayau maa ...

Wajah-wajah kelaparan ... hehehe ...

Bersama Tandope n orang kuat Perlis Abang Ron 97 ... baju hitam sebelah tu lupa namanya ...

Abang Jamil Bestkal ...

Hari ini Imran pancit ...

Kalungan bunga dari pihak penganjur ... tahniah ...

Makan time ...

Senyap sunyi penuh kosentrasi ...

Tunggu lucky draw ...

Nombor bertuah aku ...

Berat jugak ... apa dia haa ..?

Bang Ly pun dapat ...

Imran pun ...

Abang Jamil n Hadi jugak dapat ...

Last skali Anak Siong ...

Lepas ni adik Imran masok paper lagi ...

Ni lah hadiah cabutan bertuah yang aku dapat. Set gelas untuk raya tahun ni, cantik maaa ... tak gadoh beli dah ... hahaha ...

Setakat ni saja, aktiviti kayuhan 'berat' aku akan dihentikan sempena kedatangan Ramadhon Al Mubarak. Sepanjang Ramadhon aku bercadang cuma nak buat kayuhan ringan-ringan saja tiap -tiap hari iaitu kayuh ke pasar Ramadhon ... InsyaAllah ...


... SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH ...






2 comments:

  1. selamat menyambut Ramadan Al Mubarrak to Razif n d gengs from TOKI Manjung

    ReplyDelete
  2. Great moments and picture shared here...i really enjoyed ..

    deepika bhatt
    Cash Online Get Easy cash at your door step

    ReplyDelete